Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, March 31, 2011

CERITA HANGAT!

ANDA MEMANG CANTIK
Dalam kebanyakkan program motivasi yang saya kendalikan, selalu saya bertanya, "Anda semua yang berada di dalam dewan ini, siapa rasa dirinya cantik sila angkat tangan." Tiada. Kemudian saya ulang, "Siapa –siapa yang merasa dirinya cantik sila angkat tangan." Masih tiada. "Hai, tak ada seorang pun dalam dewan yang besar ini cantik?" Soal saya.
Kemudian saya akan bertanya lagi buat kali ketiga, "Sesiapa di dalam dewan ini yang merasakan dirinya lawa dan cantik silalah angkat tangan." Adalah dua tiga orang yang mengangkat tangannya, itu pun malu-malu, takut-takut dan  antara ya dan tidak. Sebenarnya bukan tangan yang diangkat tetapi jari, rendah paras dada, takut dilihat dek orang. "Sungguh kita ini tak tahu diuntung". Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik. Padahal kita dicipta oleh ALLAH, yang Maha Bijaksana. Beranikah anda mengatakan diri anda tidak cantik, sedangkan anda dicipta oleh ALLAH?" Senyap…
Kemudian saya akan bertanya lagi, "Siapa –siapa disini metrasakan dirinya masih tidak cantik, sila angkat tangan." Masing-masing toleh menoleh dan bertukar senyum, setengah-setengah tertawa kecil tetapi tiada siapa sanggup mengangkat tangan. "Jadi, kalau begitu, apakah ini bermakna anasemua cantik? Ya atau Tidak. Jawab, " Yaaaaa!!!!" jawab semua orang sambil tertawa dan juga bersemangat. "Baik, soalan saya yang terakhir. Siapa-siapa didalam dewan ini yang merasakan dirinya cantik sila angkat tangan, tinggi sekali." Seluruh dewan riuh dan tangan-tangan kelihatan menceracak di sema sudut. "Ha, barulah betul," kata saya. Dewan terus riuh dan dan gamat sekali dengan tertawa ceria dan juga cakap-cakap yang tidak jelas butir bicaranya. "Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan ALLAH? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan ALLAH itu tidak cantik? Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik, sedangkan kita dicipta oleh ALLAH?" Soal saya. "Setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham sekarang ini adalah ukuran manusia. Ukuran ALLAH berbeza. Amat berbeza malah jauh sekali daripada ukuran yang kita buat".
Begitulah kita, selalu gagal merangsang diri sendiri dengan keyakinan-keyakinan yang padu, padahal hidup itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut, hati, perasaan, emosi, kemahuan, kehendak, cita-cita, azam, usaha, pemikiran dan segala macamnya lagi.
Bagaimana hidup ini hendak dijalani dengan penuh tertib dan adil jika kita marasakan TUHAN tidak adil terhadap kita. TUHAN menciptakan kita dengan pelbagai rupa sebagai bukti kekuasaannya dan selagi namanya ciptaan ALLAH tiada yang buruk. Kita semua cantik, lawa, macho, handsome, menarik, unik, mengancam dan segala-galanya. Bagaimanapun keadaan anda, anda adalah cantik. Anda bukan sahaja cantik, bahkan menarik sekali. Anda akan bertambah cantik sekali jika disulami akhlak, peribadi, dan pegangan agama yang kukuh. Setiap  kali melihat cermin tanyalah diri apakah ALLAH saying padaku? Jika anda boleh menjawab spontan tanpa teragak-agak atau berfikir sejenak, anda seorang yang baik, tetapi sebaliknya jika anda tidak dapat menjawab atau mereka-reka jawapan, anda mungkin termasuk di kalangan orang yang tidak berapa baik. Yakinilah diri anda cantik luar dan dalam. Cantik luar dan dalam bermakna anda baik. Jika anda baik anda tentu disayangi oleh semua orang termasuklah TUHAN yang menciptakan. Syabas, anda memang cantik!.

sekeping nota buat 'AYAH'

SEKEPING  NOTA BUAT AYAH

Ayah! Di tubir pantai ini aku termangu
Mengimbau sebuah catatan masa
Yang detiknya kian menjauhi aku
Kerana terpisahnya dunia antara kita berdua.
Andai aku punya keupayaan mesin waktu
Hangat bersamamu pasti ku ulang semula
Cinta kasih dan ketegasan itu
Dulu sering mendesahkan sukmaku
Menyimpul banyak pertanyaan
Namun aku resah pada jawapan…
Apakah benar engkau mengasihi aku?
Sejujurnya memang engkaulah bapa hebatku
Cuma aku yang buta dan tuli naluri
Sering menganjur tindakan sendiri
Biarpun jutaan bakti yang pernah engkau berikan
Bagaikan tak pernah wujud harga penghargaan!
Kini engkau sudah aman di kampung abadi
Dalam nostalgia yang syahdu ini
Munajatku panjangkan buatmu
Sayu terus membelenggu
Lantaran kesal tanpa kesudahan!




Ayahku sayang!
Ini resah penyesalan  dan hamburan air mataku
Jitu menadahkan doa dan al-fatihah buatmu
Agar di sana rohmu dicucuri rahmat oleh-Nya
Kini di setiap detik waktu berlalu
Doa dan pahala ku kirimkan buatmu!
Semoga dirimu tenang dalam pengabdian.
Ya Allah, Pencipta segala ciptaan
Ampunilah segala dosaku buat ayah tercinta
Begitu juga dosanya terhadap-Mu ya Allah!
Kini biar kesal bergunung ku utarakan
Pasti dia tak mungkin kembali
Kerana engkau lebih menyayangi dirinya
Namun inilah ikrar dalam naluri
Agar aku akan lebih menghargai
Kasih sayang seorang lelaki bernama ayah
Dalam lanjutan batas kesayangan
Di titisan zuriat generasi mendatang!
Aduhai ayahku
Izinkan aku terus mengenang cinta kasihmu
Lewat sekeping nota di pinggir hariku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk