Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]

Thursday, April 21, 2011

KISAH TELADAN

Manusia Berdiri Di Enam Persimpangan
Dari Abu Bakar r.a.:
            Yang bermaksud : “ Sesungguhnya Iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu. Nafsu di sebelah kirimu dan dunia berada di belakang engkau. Semua anggota tubuhmu berada di sekitar dirimu. Sedangkan ALLAH diatasmu. Maka Iblis ( kutuk ALLAH tertimpa ke atasnya), mengajakmu meninggalkan agama. Jiwa mengajakmu kea rah maksiat. Nafsu mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat. Dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat.
            Anggota tubuh mengajak untuk melakukan dosa. Dan Tuhanmu mengajak engkau masuk syurga serta mendapatkan keampunanNYA, sebagaimana firmannya yang bermaksud: “Dan ALLAH mengajak ke syurga serta menuju keampunanNYA”. Dan siapa yang memenuhi ajakan Iblis, maka hilang agama dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Siapa yang memenuhi ajakan nafsunya, hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan ALLAH Taala, maka hilang dari dirinya semua kejahatan, serta ia memperoleh semua kebaikan”.

Terbitan SYARIKAT NURULHAS
HIMPUNAN KISAH-KISAH TELADAN

KISAH TELADAN 2

KAWALAN MOTOR DAN JENIS MOTOR ELEKTRIK

4.1 Pengenalan Kawalan Motor
            Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.

4.2  Fungsi Sistem Kawalan Motor.

1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan.
( No-volt coil atau No-volt release )
3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup         Bintang- Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.
4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem yamg mengawalnya.
5. Menghidupkan motor secara berperingkat.
6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.

4.3   Jenis-Jenis Penghidup Motor
  1. Penghidup Talian Terus ( Direct On Line Starter )
-       0HP hingga 3HP ( 0.37 kW hingga 3.7kW )
  1. Penghidup Bintang Delta ( Star-Delta Starter )
-       3HP hingga 10HP (2.3kW hingga 7.46kW)
  1. Penghidup Bintang Delta Mara Songsang ( Star Delta Forward / Reverse Starter )
-       3HP hingga 10HP (2.3kW hingga 7.46kW )
  1. Penghidup Alat Ubah Auto (Autotransformers Starter)
-       10 HP hingga 25 HP ( 7.46 kW hingga 18.6 kW )

kebaikan mengurangkan arus mula
Ø  Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung
Ø  Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor.
Ø  Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
Ø  Mengurangkan susutan voltan talian.
Ø  Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan
Keburukan mengurangkan arus mula
Ø  Mengurangkan daya kilas.
Ø  Kos meningkat dalam menyediakan alat-alat bagi sistem penghidup.
Ø  Keperluan penyelanggaran meningkat.

4.4   Jenis alat kawalan yang digunakan
-       Alat penghidup

Penghidup, pemula atau kawalan bermaksud satu sistem yang paling mudah untuk membantu menghidupkan dan menghentikan pergerakkan sesebuah motor. Ia juga dibekalkan dengan pelindung beban lampau (over load leakage).

-       Alat penyentuh

Merupakan sejenis suis yang dikendalikan oleh satu electromagnet yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan melengkapkan litar dengan menggunakan punat tekan.

Arus akan mengalir ke dalam gegelung dan menghasilkan urat daya magnet yang menarik omboh supaya ia bergerak dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.

Sesentuh-sesentuh suis disambung secara mekanikal ke omboh supaya apabila omboh bergerak kepada keadaan menutup,ia juga akan turut sama tertutup.
                    
Rajah 4.4.1      gambarajah binaan sesentuh

Prinsip kendalian penyentuh

- Boleh berfungsi pada 240V atau 415V.
- Bila gelung mendapat bekalan aruhan elektromagnet wujud pada teras besi.          - Teras tetap menarik teras boleh gerak dan juga menggerakkan bar bersilang.
- Bar bersilang mempunyai sesentuh boleh gerak dan menggerakkan sesentuh        tersebut.
- Saiz sesentuh bergantung pada keupayaan membawa arus sesentuh tersebut.

Simbol  Sesentuh

[untitledaaa.JPG]

-       Pelindung beban lampau

Untuk menghalang sesebuah motor elektrik dari terbakar ,maka satu pelindung beban lampau perlu diadakan untuk satu alat kawalan motor.

Semasa beban lampau berlaku terhadap sebuah motor,ianya akan mengeluarkan arus yang berlebihan yang mana akan menyebabkan kepanasan yang boleh merosakkan gegelung motor tersebut . Tetapi dengan adanya pelindung beban lampau,bekalan akan diputuskan bagi memutuskan arus pada motor dan beban.

Alat ini juga bertujuan untuk menjauhkan sesebuah motor dari mengeluarkan arus berlebihan.

-       Punat Tekan / Push Button

Terdapat berbagai bentuk dan jenis punat tekan (p/b) yang mana ia berfungsi sebagai p/ tekan hidup (p/b on) atau p/tekan henti (p/b off) untuk sesuatu kawalan motor.

Punat tekan ini biasanya dipasang pasa tempat yang mudah dicari atau ditemui oleh pengguna.

Ia menggunakan kekunci  sebagai keselamatan di mana ia sebuah kawalan motor tidak boleh dihidupkan tanpa kekuncinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk