Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, June 24, 2013

Kisah Hidup Rabiah Al-Adawiyah (Rabiatul Adawiyah)


RABIAH BASRI atau lebih dikenali sebagai Rabiah al-Adwiyah adalah salah seorang wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia telah meninggalkan segala-galanya yang bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuhnya dirinya kepada ALLAH SWT.
Dia telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai empat orang adik beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-macam cerita yang aneh-aneh. Pada malam dia dilahirkan, di rumahnya tidak mempunyai apa-apa bahkan minyak untuk menyalakan lampu pun tiada. Malahan secebis kain untuk membalut dirinya apabila dilahirkan kelak juga tidak ada. Ibunya meminta ayah Rabiah supaya meminjam pelita minyak daripada jiran mereka. Ini merupakan cubaan bagi si ayah yang malang itu.
Sebelum itu ayahnya telah berjanji kepada ALLAH untuk tidak meminta pertolongan dari sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka dia pun pergi juga ke rumah jirannya. Sebaik saja tiba di rumah jirannya, dia terus mengetuk pintu rumah jirannya itu. Malangnya tiada jawapan pun dari dalam rumah itu. Dia berasa lega dan mengucap syukur kepada ALLAH kerana tidak ingkar pada janjinya.
Setelah itu dia pun pulang ke rumahnya dan terus tidur. Pada malam itu dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Dalam mimpinya itu Nabi Muhammad SAW telah memberikan tanda kepadanya dengan menyatakan bahawa anaknya yang bakal dilahirkan itu telah ditakdirkan akan menduduki tempat paling tinggi di sisi ALLAH.
Tidak berapa lama setelah Rabiah dilahirkan kedua –dua ibu bapanya telah meninggal dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia akibat kelaparan yang ketika itu melanda Basra. Rabiatul kemudiannya dipelihara oleh seorang lelaki yang kejam. Dia telah dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah. Majikannya juga bengis orangnya.
Dalam usia yang masih muda dia telah menghabiskan waktunya dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya dia sentiasa berdoa ke hadrat IIiahi.
Pada suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiah iaitu ketika Rabiah berdoa kepada ALLAH katanya: “Ya Rabbi ! Engkau telah menjadikan aku budak belian seorang manusiasehingga aku terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu”.
Tiba-tiba sebaik saja dia selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya. Melihat kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya Rabiah telah dimerdekakan.
Memperhambakan Diri
Setelah dibebaskan, Rabiah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani hidup dengan bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya dia sampai ke sebuah pondok dekat dengan Basra. Di situ dia hidup seperti bertapa. Segulung tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah, seketul batu bata. Semuanya itu merupakan harta yang dimilikinya.
Di pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri berdoa. Pada suatu hari dia telah didatangi oleh sekumpulan orang bertujuan untuk meminangnya. Orang ramai itu adalah wakil kepada Gabenor Basra. Oleh kerana dia terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada ALLAH maka diapun menolak pinangan itu.
Pada ketika yang lain Sufian Suri seorang soleh dan dihormati datang menemui Rabiah. Sebaik saja dia sampai dia terus berdoa: “Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Kuasa, aku mohon harta duniawi dariMu”. Mendengar isi doa itu, Rabiah pun menangis. Lantas Sufian Suri pun bertanya kenapa dia menangis, maka Rabiah pun berkata : “ Harta itu sesungguhnya didapati setelah meninggalkan segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda hanya mencarinya di dunia ini saja”.
Menurut satu riwayat, ada seorang insan telah mengirim wang sebanyak empat puluh dinar kepada Rabiah, lantas dia pun menangis seraya mengangkat tangannya : “Engkau tahu Ya ALLAH ! Aku tidak pernah meminta harta dunia dari Mu, meskipun Engkau pencipta dunia ini. Lantas bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang, sedangkan wang itu sesungguhnya bukan kepunyaannya”.
Setiap kali dia mengajar muridnya dia sentiasa menasihati mereka agar jangan menunjukkan perbuatanbaik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan menutupi perbuatan baik itu sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat mereka.
Segala penyakit datangnya adalah atas kehendak ALLAH kerana itu Rabiah selalu menghadapinya dengan hati yang tabah dan berani. Rasa sakit yang bagaimana pun tidak pernah mengganggunya. Dia seringkali tidak menyedari ada bahagian tubuhnya yang terluka sampai dia diberitahu oleh orang lain.
Suatu hari dia telah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya berdarah, kemudian seseorang telah bertanya : “Apakah anda tidak berasa sakit?”. Jawab Rabiah “Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Aku berhubung erat dengan-Nya, aku disibukkan-Nya dengan hal-hal lain daripada apa yang kamu rasakan”, jawabnya lembut.
Semasa hayatnya, banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, Rabiah mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang aneh-aneh. Diriwayatkan bahawa, ketika Rabiah sedang menghadapi sakaratul maut, dia meminta teman-temannya meninggalkan dia seorang diri. Kemudian dia mempersilakan para utusan ALLAH datang kepadanya.
Sewaktu teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadah, dan ada pula suara yang menjawab: “Jiwa, tenanglah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu pada-Nya, ini akan memberikan kepuasan kepadanya”.
Di antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang dipanjatkannya pada waktu malam di atas atap rumahnya, katanya: “ Oh…Tuhanku, bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu”.
Manakala doa lainnya :”Ya Rabbi, bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di dalamnya. Bila aku menyembah Mu,kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya kerana Engkau, maka janganlah Engkau tutup keindahan abadiMu”.
Rabiah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi. Dia telah dimakamkan di rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya.
Cintailah ALLAH kerana Dia mencintai kita, tunaikanlah perintah ALLAH kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana ALLAH sebab yang akan menilai setiap amal adalah ALLAH.
Apabila kita rapat dengan ALLAH maka sudah semestinya kita akan menjadi orang kesayangan ALLAH dan semua makhluknya, dan pada hari pengadilan nanti sudah tentu ALLAH tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hamba-Nya yang sangat takut kepada-Nya.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan fahaman-fahaman karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah kamu semua di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya akhirat itulaah tempat kami dann tujuan hidup kami”. Amin

Sumber: Kisah-Kisah Benar 7. NurulHas / http://harianislam.com/ 

Maksiat Yang Menurunkan Bala

Firman Allah SWT:
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rum (41).
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

Maksiat Yang Menurunkan Bala

    1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
    2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
    3. zakat dijadikan hutang
    4. suami memperturutkan kehendak isteri
    5. anak derhaka terhadap ibunya;
    6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
    7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
    8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid
    9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
    10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
    11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
    12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
    13. para artis-artis disanjung-sanjung
    14. muzik banyak dimainkan
    15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)
p/s:Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. Untuk syarahan lengkap sila rujuk Kitab 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah “MEMBANGUN BERSAMAISLAM

Golongan Ahli Neraka

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

“Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, “Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-


Golongan Ahli Neraka

  • Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
  • Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
  • Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
  • Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
  • Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengautkeuntungan dalam jual beli atas penipuan.
  • Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
  • Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
  • Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
  • Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
  • Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
  • Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.”

Mengenal Fardu Ain & Fardu Kifayah

Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Suka untuk saya terangkan disini secara ringkasnya untuk kita sama-sama faham dan boleh amalkan insyaAllah. Fardhu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika tidak ditunaikan maka berdosa. contohnya seperti solat, puasa, zakat, cari ilmu dan sebagainya. Ringkasnya fardhu ain ini wajib dibuat dan dilakukan oleh individu, setiap dari kita yang bergelar Muslim.
Fardhu Kifayah pula ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atai tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa. Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pendidikan, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara lain yang boleh mendatangkan kepentingan kepada Ummah.
Malah pernah saya mendengar kata-kata ilmuan agama dan ustaz yang mana sesebuah masyarakat yang ada seorang hafiz atau hafizah telah terlepas dari fardhu kifayah. Jadi kita tidak patut memandang hafiz dan hafizah ini sesuatu yang leceh atau membazir masa bahkan ada segelintir dari kita yang memandang rendah dengan melabelkan hafiz dan hafizah tidak setanding mereka yang menuntut di Universiti atau kolej. Sungguh menyedihkan.
Beza Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Terdapat perbezaan antara kedua-dua jenis fardhu ini, mungkin anda telah mengetahuinya namun saya cuba untuk senaraikan dengan ringkas. Fardhu Ain wajib dilakukan oleh setiap individu muslim manakala fardhu kifayah pula menjadi kewajipab secara umum sahaja bagi golongan tertentu. Bagi individu yang meninggalkan fardhu ain akan berdosa besar manakala kewajipan telah tertunai sekiranya sabahagian telah menunaikan fardhu kifayah. Fardhu ain meliputi ibadah secara langsung (direct) dengan AllahS.W.T tetapi ibadah fardhu kifayah mempunyai pertalian dengan masyarakat dan sesama manusia.
Akibat meninggalkan Fardhu Ain
1. Jiwa kita akan selalu rasa resah dan gelisah serta mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
2. Kita akan mudah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah @ melakukan dosa.
3. Tidak mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T
4. Maruah diri kita menjadi buruk dan tidak mampu dijaga.
5. Akhlak akan sentiasa buruk dan sering melanggar batas dalam Islam.
Akibat meninggalkan Fardhu Kifayah
1. Masyarakat Islam pasti akan mundur dan terkebelakang berbanding masyrakat lain dalam pelbagai bidang.
2. Kita ( Umat Islam) akan mudah ditipu, dipengaruhi dan dipermainkan oleh Umat lain.
3. Umat islam akan hidup dalam kemelaratan kerana tidak mahir dalam sesuatu bidang ilmu untuk meningkatkan taraf hidup kita.
Penting ke Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah???
YA. SANGAT PENTING bagi kita umat Islam. Umat Islam yang mantap dalam fardhu ain pasti menjadi individu yang taat akan perintah Allah, berilmu dan beramal dengan fikiran yang positif dan rasional.Umat Islam juga akan peka dan lebih berdaya saing untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi
Kita juga akan menjadi contoh yang baik kepada Umat lain dalam kehidupan seharian disamping dapat menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia. Syiar Islam dapat ditegakkan dan kemajuan dalam negara akan bertambah dari masa ke semasa.Negara Islam akan disegani dan dihormati bukan sahaja dari aspek ekonomi malah dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran yang ada.
Anda sendiri nampak akan kesan dan betapa pentingnya Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah ini bukan? insyaAllah, sama-sama kita cuba terapkan dalam hidup kita sehari-harian. Sekali lagi penulis tekankan bahawa ini hanyalah ringkasan dan catatan ilmu yang sedikit sahaja, hanya untuk perkongsian dengan sahabat sekalian dan lebih kepada peringatan kepada diri sendiri yang dhoif.
Anda bebas untuk sebarkan dan share dengan semua diluar sana kerana bagi saya ilmu itu adalah milik Allah. Kita hanya meminjam nya untuk sementara. Anda setuju bukan? insyaAllah..sama-sama kita dapat manfaat yer, InsyaAllah.

Thursday, June 20, 2013

Hantu Kak Limah


Selawat Tihh


Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup

Inilah Berita Mengenai Pelajar Maahad Tahfiz Yang Meninggal Baru-Baru Nie :::

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup

Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT



Syiah Cinta Keluarga Nabi?

Wahai Syi'ah, Benarkah Cintamu kepada Keluarga Nabi Terbukti?

1. Mereka mencaci maki dan mengkafirkan Abu Bakar As Shiddiq, padahal beliau adalah mertua Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

2. Mereka mencaci maki dan mengkafirkan Umar bin Al Khattab, padahal beliau adalah mertua Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

3. Mereka mencaci maki dan mengkafirkan Usman bin Affan, padahal beliau adalah menantu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

4. Mereka mencaci maki dan mengkafirkan Aisyah, padahal beliau adalah isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Adakah mereka melakukan itu kerana membela keluarga nabi?

Adakah mereka melakukan itu kerana cinta dan sayang keluarga nabi?

Keluarga yang mana? bukankah mertua, menantu dan isteri adalah keluarga yang paling dekat?

Adakah rela seorang Rasul memilih mertua Kafir?

Adakah rela seorang Rasul memilih menantu Kafir?

Adakah rela seorang Rasul menikahi perempuan kafir?

Imam Malik berkata: “Orang yang mencela para sahabat Nabi, maka dia tidak termasuk dalam golongan Islam.”

Bertaubatlah wahai syi'ah !


www.facebook.com/Zunnuun 

Realiti Atau Fantasi???

ALKISAH-KISAH PAK PANDIR DENGAN TAHI..

Nak dijadikan cerita,suatu hari pak pandir melalui satu lorong kecil semasa hendak pulang ke rumahnya.
Entah macam mana,di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul tahi yg masih lagi panas. 

Tapi dia masih lagi konpius samada betul ke benda yg dia jmpa tu seketul tahi.
OLeh kerana kemusykilan yg teramat sangat tu,pak pandir mengambil keputusan utk mgkaji sampel najis
tersebut.

Pak pandir tengok dgn lebih dekat taik tersebut,lalu dia berkata,
'hmmm...bentuk macam taik...'
Lepas tu dia pegang pulak taik tu,lalu brkata,
'Bentuk macam taik...'
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu mghidu taik tu seraya  berkata,
'Bau macam taik..'

Oleh kerana pak pandir masih ragu2 dgn taik tu lalu dia mengambil keputusan utk menjilat taik tersebut.

Sebaik saja dia mnjilat taik berkenaan dia pon menjerit.....

'MEMANG SAH TAIK!!NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!!!'


PENGAJARAN:jangan jadi macam pak pandir yer...hehehe

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

1.Cahaya yang pertama seperti bintang2.
2.Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
3.Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.



Adapun cahaya yg pertama adalah cahaya wajah2 manusia yg ketika di dunia,mereka akan terus meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil wudu' apabila terdengar azan.

Yang kedua adalah cahaya wajah orang2 yg mengambil wudhu' sebelum azan.

Cahaya yg ketiga adalah cahaya matahari,mereka ketika di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.
www.facebook.com/Zunnuun

Di Mana Kita Berada??

Cuba perhatikan dan teliti di mana kita berada di waktu yg sepatutnya kita berada..meh sama2 kita ushar...

Subuh : Macam biasalah.Di kamar beradulah kita kan,lena diulit mimpi indah.Dengan selimut tebal dan bantal empuk lagi2 kalau pasang air cond.Pergghh!!!Waktu ni nak bangun solat??soriii BRO!!!
Alamatnya sampai ke cerah la baru bangkit..terlepas solat subuh...

Zuhur : waktu ni selalunya orang tengah sibuk bekerja.Bekerja itu baik,tapi kita selalu leka bekerja sampai luput waktu solat zuhur tu.Ingat melewat-lewatkan solat tu tidak baik di sisi agama.

Asar : selalunya kita ada kat dalam kereta nak pulang ke rumah.Kadang2 jem kat jalan sampai terlepas solat asar.Sepatutnya solat la di tempat kerja sebelum balik,tak la bila sampai rumah nanti kalut...

Maghrib : waktu ni memang feberet kita jalan2 kat pasar malam.Round2 satu pasar malam tapi tak beli apa pun.Tok bilal dah azan baru tergopoh-gapah balik ke rumah,ada yang lagi dahsyat buat2 dek je.Yang tu kira tahap hati batu tu.



Isya' : waktu ni kita bawak famili pergi Tesco atau Giant membeli belah,beli apa yang patut,lepas tu pergi makan2 dulu.Balik rumah penat kadang2 terus tido...

Sepatutnya 5 waktu tersebut kita bersiap-siap nak ke masjid.Lagi elok kalau dah ada kat masjid sebelum tok bilal bang.Macam zuhur dan asar mungkin boleh dimaaf lagi sebab time tu time kerja.Tapi bagaimana dengan waktu yg selebihnya???
Nanti di sana jangan salahkan Allah bila kita berada di tempat yg menyusahkan kita.Pasal apa??Pasal masa kat atas dunia tak fikir,buat2 tak endah je bila dengar azan.Ikut sangat nafsu tu.Ingat,kita hidup tak lama kat dunia,bila2 masa je nyawa kita boleh diambil,takut2 nyawa kita diambil time kita leka dengan dunia..INGAT NAAA...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA....
www.facebook.com/Zunnuun

Setiap Hari...

Ada orang bertanya kepadaku,hang ni tak sambut hari Ibu ka?
Aku jawab..TAK.
Hang ni tak sambut hari Bapa ka?kan hari ni hari Bapa?
Aku menjawab..TAK.


Awat jadi lagutu?hang tak ingat ka jasa orang tua hang?dari kecik sampai besaq depa jaga hang bagai menatang minyak yang penuh,berpeluh bergadai cari duit,didik hang sampai hang sampai hang berjaya la ni..sampai hati hang buat laguni kat depa?hang tak ingat ka jasa depa??

Ni aku nak habaq kat hang ni..sebab aku ingat semua jasa orang tua aku la aku tak sambut hari ibu dengan hari bapa!!!sebab bagi aku setiap hari adalah hari ibu!!setiap hari adalah hari bapa!!jadi buat apa aku sambut hari ibu dan bapa kalau dah setiap hari aku sambut?!!aku nak tanya hang,layak ka dengan jasa dan pengorbanan mereka,dengan titik peluh dan keringat depa, kita peruntukkan satu hari sahaja untuk mereka?just one day?how stupid idea bro!!(speaking la pulak)hanya satu hari ja ka kita ingat kat depa?hanya satu hari ja ka yang special untuk depa??awat dulu masa kita kecik-kecik,depa ada pilih hari special ka untuk jaga kita??no it is'nt bro!!(sori,terspeaking lagi)jawapannya TAK!!Setiap hari depa jaga kita,setiap hari depa cari duit nak bagi kita makan,setiap hari depa basuh kencing berak kita,setiap malam kita keriau mengacau tidoq depa,setiap hari depa ajaq kita alif ba ta,ABC,ajaq kita mengira 1,2,3 pastu hantaq kita pi sekolah sampai berjaya masuk kolej,universiti sampai dapat keja elok-elok sampai kita dapat hidup senang.Lalu apa yang depa dapat?hanya satu hari special!!hanya satu hari ja untuk dihargai!!hanya satu hari ja untuk di'wish'!!!hanya satu hari untuk kita telefon depa???!!!!what da nonsense!!!stupid!!!fool!!!primitive!!!nomad idea!!!(ok,aku mengaku kalau tengah marah aku speaking b.i)

Hang tau tak,dari mana mai idea hari ibu ngan hari bapa ni??dari barat bro!!!hang tau tak anak-anak depa kat sana tu bila dah besaq panjang depa tinggal mak pak depa lagutu ja..depa tak bagi dok sekali,jadi tinggal la mak pak depa ni keseorangan bsama anjing-anjing peliharaan depa..makan sekali ngan anjing,tidoq pun bertemankan anjing.Lalu pemikir-pemikir barat buat satu hari untuk meraikan mak pak yg kesunyian ni.Lalu jadilah hari ibu,jadilah hari bapa seperti yg semua orang sambut hari ni.
Sepatutnya setiap hari adalah special,setiap hari berharga,setiap hari kita jaga ibu bapa kita...
Aku nak nasihat kat hang kita tak perlukan cara hidup mereka yg dari barat tu.Kita ada cara hidup yg lebih baik,bagus dan sempurna dari tu yaitu ISLAM!!!ISLAM!!!ISLAM!!!

Setiap hari,hari IBU,setiap hari,hari BAPA.

Takbir!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!!
www.facebook.com/Zunnuun 

Tok Imam Dan Syiling 20 Sen

"Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. "Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur." Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam." Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!" Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik. 



Share Dari : Tok Wan
www.facebook.com/Zunnuun

Kisah Solat Para Sahabat

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari. 

Kisah 1: 
Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit. 

Kisah 2: 
Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju. 

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri. 

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian. 

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain. 

Kejar Aku Kejar(Awan Degil)

Kejar aku kejar... 
Jangan tertinggal seperti keretapi malam yang terakhir... 
Senyum mukadimah sebelum kenal... 
Esok cinta tiap hari aku hadir... 


Kejar aku kejar... 
Keretapi tetap berlalu laju... 
Aku kepenatan lalu terdampar... 
Di kejauhan lambaian tanganmu buatku sayu... 

Ku tak putus asa lalu ku kejar... 
Mengejar gerabak mendung yg hanya didiami jasadmu... 
Kernaku tahu hatimu tiada di situ... 
Ia ada di dalam genggaman tanganku... 

Ku capai gerabak mendung yang memenjara jiwamu... 
Ku sepak-sepak pintu awan degil yang menghalang pandanganku dan matamu... 
Kau terpana namun masih tersenyum... 
Ya..!itulah senyuman mukadimah yang ku kenal dulu... 
Juga senyuman tika kau membasuh VIVA putihmu 'waktu' itu..

www.facebook.com/Zunnuun 

Fabregas Kol Aku Bukan Aku Kol Fabregas

AMRI-ang kta x mau kluaq wei..

FABREGAS-aku kna blik tmpat asai aku..brat hti aku nk tgglkn arsenal..

AMRI-smpai hti ang noh..wenger bela ang smpai jd mcm ni..tudia blasan ang..

FABREGAS-lmbat atau cepat aku kna blik..ang kna pham..rmai lg player yg bleh gnti aku..

AMRI-aku xtau mcm mna arsenal nti xdak ang..aku tau ang kluaq bkan sbab duit..xmcm nasri 2..xbleh ka pkiaq blik??

FABREGAS-aku dh x dak apa2 kpentingan kt arsenal 2..

AMRI-sapa kta...???ang x tgk ka apa yg jd kt henry lpas dia p barsialona..?aku x mau ang jd mcm 2..

FABREGAS-awat ang ckap mcm 2..?barsialona..x bek kta kt team aku mcm 2..kalo barsa xdak aku xkn jd mcm ni..

AMRI-bela la sgt team barsiaiiaalona ang 2..puiihh!!..

FABREGAS-sory k..


(Perbualan Talipon Antara Salah Sorang Fan Arsenal Dan Fabregas)

Keluhan Teruna Dan Dara

Keluhan si Teruna.... 

Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !Aku ingin kahwin, 
Tapi tak mampu! 
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju. 
Apa nak buat, sudah nasibku.Operator kilang bateri pekerjaanku 
Gajiku pulak, tak sampai seribu.. 
Tapi bakal isteriku tu editor.. 
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !! 
Hai.. Aku pun tak tahu..Apa nak jadi, dengan bangsaku. 
Makin jauh dan tenggelam,Dalam keduniaan dan pembaziran. 
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan. 
Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut ! 
Bersanding kan adat Hindu,Apasallah kita ni, dungu ? 
Kitakan dah Islam..Beratus tahun dahulu ? 
Kenduri kahwin tu, bukannya salah 
Asalkan dibuat, mengikut sunnah 
Takde pembaziran, takde bid'ah 
Lebih gembira, lebih meriah ! 
Kalau duit tu, kita buat sedekah 
Dirikan masjid ke, atau madrasahKan lebih baik, dan barakah ? 
Mendekatkan kita, kepada Allah ? 
Aku nak kahwin, dan merasa bahagia.. 
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa 
Tapi kalau begini, macam mana ? 
Boleh jadi papa kedana ! 
Hai Muslim.. Hai Muslimah..Bilakah kita, akan berubah ? 
Ikutilah cara Rasulullah..Kan lebih baik, dan diberkati Allah ? 

KELUHAN SI DARA..... 
Ayah ! Ibu !Ampunkan Daku ! 
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu ! 
Kahwin itu besar pengertiannya 
Bukan sekadar suka-suka 
Semua orang kahwin minta bahagia 
Aku pun mahu berteman jugaBukan harta benda ataupun rupa 
Mahupun bujang atau yang duda 
Aku tak kisah tua ke mudaAsalkan baik hati budinya 
Ku cuba cari teman sejatiYang memahami hati ini 
Seorang yang berjiwa murni 
Teguh peribadi dan positif personaliti 
Seorang Muslim yang solehah 
Gaya hidup mengikut Sunnah 
Menjadi contoh anak isteriMembimbing keluarga yang mithali 
Duit hantaran dan persandingan 
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan amanYang penting pernikahan 
Adat resam mesti dijagaAsal tidak melanggar Aqidah 
Ramai Melayu masih lupa 
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah 
Buatlah majlis yang sederhana 
Ijab kabul biar sempurna 
Pasangan mempelai diraikan bersama 
Sebagai pengumuman pada semua 
Duit hantaran jangan dibazirkan 
Buat simpanan masa hadapan 
Suami isteri harus muafakat 
Agar ekonomi keluarga terselamat! 
Wahai Ayah ! Wahai Ibu !Ku mohon doa ku mohon restu 
Biar pun lambat jodoh ku temu 
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku 

www.facebook.com/Zunnuun 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk