Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, July 29, 2013

Cara Kelima Iblis Menganggu Makhluk Allah


Dan Iblis mengatakan kepada Rasulullah S.A.W. : “Ya nabi Allah, apabila mereka telah terlanjur melakukan maksiat itu, setelah fikiran mereka kembali normal lalu mereka akan berasa takut kepada Allah S.W.T. dan mereka ingin berubah dan insaf serta hendak bertaubat.
Lalu mereka hendak melakukan ibadah kepada Allah S.W.T., maka dimasa itu aku akan mencari tektik baru yang seboleh-bolehnya supaya mereka tidak meneruskan impian dan cita-cita mereka yang baik itu. Aku akan membisik kepada mereka supaya menangguhkan hingga ke satu masa lain, kerana mereka masih muda dan umur masih panjang lagi.

Ketahuilah berapa banyak umatmu yang telah aku perdayakan serta telah kupesongkan diri mereka dan aku menyuruh semua anak buahku dari kalangan syaitan dan jin supaya dapat mencari sebanyak-banyak anak Adam untuk bersama denganku. Kalau mereka melakukan amal pula maka aku akan masuk kedalam hati mereka dan membuat mereka itu riya’k dalam melakukan amalannya dan sum’ah serta juga takabur, ujub dan sombong akan dirinya yang banyak melakukan amalan kepada Tuhannya. Dan akan aku buat dia memandang orang lain tidak sama taraf dengan kebaikkan yang telah dia lakukan selama itu.


Apabila aku masuk kelidahnya pula, aku akan membuat dia suka bercakap bohong dan dusta serta suka sekali mengumpat dan mengeji orang lain. Ketahuilah bahawa hasutan dan perdayaku ini akan berterusan berjalan siang dan malam”. 

Cara Keempat Iblis Menganggu Makhluk Allah


Berkata Iblis kepada Rasulullah S.A.W. :- “Ya nabi Allah, banyak kaum lelaki dank aum wanita yang akan aku perdayakan mereka itu tanpa disedari sedikitpun, sehingga iman mereka menjadi lemah dan gugur sama sekali. Apabila iman mereka sudah lemah maka kau akan kerahkan semua bala tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin untuk menarik mereka semua dengan senang kejalan maksiat, demikian juga didalam masa gembira ( di dalam majlis perayaan piknikk, walkaton, marathon ) dan apa sahaja majlis yang bercampur lelaki dengan wanita secara tidak halal.


Maka tempat seperti itulah aku akan mengerahkan bala tentera ku yang ramai, dengan cara aku menghidangkan makanan dan minuman yang haram, yang mana kesemua mereka itu akan hilang rasa malu dan maruahnya sama sekali. Dan disinilah masanya aku akan menaburkan syahwat keinginan antara satu sama lain, lalu aku bukakan kepada mereka beberapa pintu maksiat yang mana kadang-kadang membawa kepada zina”. 

Cara Ketiga Iblis Menganggu Makhluk Allah

Seperti yang diterangkan sebelum ini cara pertama dan kedua Iblis menganggu makluk Allah , kini diterangkan pula cara ketiga Iblis menganggu dan menghasut makhluk Allah.
Berkata Iblis :

“Ya nabi Allah, sesetengahnya pula aku melalaikan mereka dengan benda dan mas, perak, rumah yang besar, kebun, sawah, dan sebagainya. Supaya segala hasil daripada kekayaan itu akan dipergunakan untuk berbuat maksiat, noda dan dosa serta durhaka kepada Allah”.

Mereka yang lalai akan dengan kekayaan dan kemewahan hidup di dunia ini, mereka itu adalah yang menurut kehendak syaitan dan Iblis. Di dalam Al-Quran telah disebutkan :-
Yang bermaksud ; “Sebenar-benarnya harta benda dan anak pinakmu itu adalah fitnah”

Firman Allah S.W.T. ;-
Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah melalaikan akan dirimu kerana harta bendamu, dan anak pinakmu daripada mengingati akan Allah S.W.T. Dan barang siapa yang berbuat demikian itu, itulah orang-orang yang rugi sekali”



[Surah Al-Munafiqun ayat 9]

Cara Kedua Iblis Menganggu Makhluk Allah

Seperti yang sudah diterangkan sebelum ini, cara pertama iblis menganggu makhluk Allah, kini diterangkan pula tentang cara kedua Iblis Laknatullah menganggu dan menghasut makhluk Allah S.W.T.

Berkata Iblis kepada Rasulullah S.A.W. :

“Ya nabi Allah, sesetengahnya pula ku lalaikan mereka dari sembahyang. Dan aku akan perdayakan mereka dengan makanan dan minuman yang haram dan akan membuat mereka itu sukakan kepada maksiat”.

Telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. bahawa sembahyang lima waktu itu adalah wajib bagi setiap hamba Allah S.W.T. kecuali dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syara’.

Perhatikan beberapa hadis yang bersangkutan dan menerangkan tentang sembahyang. Didalam kitab Azzawajir susunan Imam Ahmad bin Hajar Alhaitami r.a. berkata: “Ada disebutkan didalam hadis;sesiapa yang menjaga sembahyang lima waktu maka Allah akan memberi dia dengan lima perkara;-
  • -         Dihindarkan dari kesempitan hidup.
  • -          Dihindarkan dari siksa kubur.
  • -          Diberi kitab amalan dengan tangan kanannya.
  • -          Berjalan di atas titian Mustaqim seperti kilat.
  • -          Dimasukkan kedalam syurga dengan tidak di hisab.

Dan barangsiapa yang meremehkan (meringan-ringankan) sembahyang lima waktu, ia akan dihukum dengan lima belas seiksaan. Lima didunia, tiga ketika hendak mati, tiga di dalam kubur dan tiga lagi waktu dibangkitkan dari kubur. Lima siksa diatas muka bumi waktu hidupnya ialah:-
  • -          Dicabut berkat umurnya.
  • -          Tanda orang soleh akan dihapukan dari wajahnya (mukanya).
  • -          Semua amalan yang dilakukan semasa hidupnya tidak diterima oleh Allah S.W.T. dan tidak diberi pahala.
  • -          Doanya tidak dimakbulkan.
  • -          Tidak mendapat bahagian dari doa orang-orang soleh.

Tiga perkara yang akan terjadi keatasnya sewaktu hendak mati antaranya :-
  • -          Matinya sebagai mati yang sangat hina.
  • -          Mati didalam kelaparan.
  • -          Mati didalam keadaan yang sangat haus. Diberitakan bahawa kalaulah dituangkan semua air yang berada di dunia ini kedalam mulutnya maka tidaklah akan hilang hausnya itu.



Tiga jenis siksaan yang akan dihadapi di dalam kubur antaranya:-
  • -          Disempitkan kuburnya sehingga beradu antara tulang rusuk kiri dengan yang kanan.
  • -          Dinyalakan api neraka didalam kuburnya siang dan malam.
  • -          Akan datang kepadanya ular yang bernama ‘Syuja ulakrok’ memagut dan menggigitnya hingga hari kiamat.

Tiga siksa yang akan dihadapinya sewaktu bangun dari kubur antaranya:-
  • -          Diberatkan akan hisabnya yang memakan masa yang lama sekali.
  • -          Allah sangat murka kepadanya dan tidak mahu melihatnya.
  • -          Dimasukkan kedalam neraka. 


Friday, July 26, 2013

Cara Pertama Iblis Menganggu Makhluk Allah


Rasulullah S.A.W.: “Wahai Iblis bagaimanakah cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah?”
Berkata Iblis: “Ya Nabi Allah, aku mempunyai beberapa tektik yang aku gunakan untuk menganggu makhluk Allah mengikut keperluan semasa aku.

Pertama, bagi mereka yang bernama perempuan, aku akan menaikkan nafsu syahwat mereka, supaya mereka merenggangkan kedua peha mereka untuk lelaki yang bukan suaminya, sehingga mereka mengeluarkan benih-benih yang salah ( menjadi anak zina ) yang dikeji oleh Allah”.

Larangan Allah tentang hal ini disebutkan dalam Al-Quran;-

Yang bermaksud:
“Dan janganlah mendekati perzinaan, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang sangat keji dan juga perbuatan yang jelek sekali”.             [Surah Al-Isra ayat 32]

Zina juga membawa kepada beberapa perkara sumbang dan kejahatan serta penyakit rohani bagi sepelakunya, ini telah disebutkan di dalam sebuah hadis nabi S.A.W. ;-

Yang bermaksud:
“Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah S.W.T. sesudah Syirik. Daripada titisan mani yang dipancutkan dalam rahim yang haram baginya”.
[Hadis Riwayat Ibnu Abiddunnia r.a.]

Hadis kedua menerangkan;-

Yang bermaksud:
“Jika seseorang melakukan zina maka keluarlah Iman daripadanya bagaikan paying diatas kepalanya, dan bila dihentikan zina itu barulah kembali Iman kepadanya”.
[Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Al Bhaihaqi serta At Turmizi r.a.]

Hadis ketiga menerangkan;-

Yang bermaksud:       
“Awas kamu kepada zina, kerana pada zina itu ada empat perkara ;
1.     Menghapuskan kejernihan pada wajah
2.     Memutuskan rezeki
3.     Dimurkai oleh Allah S.W.T.
4.     Kekal didalam Api Neraka

                                                            [Riwayat Imam At Thabrani r.a.] 



Hukum Raup Muka Selepas Selesai Beri Salam

Gambar sekadar hiasan


Kenapa raup muka selepas selesai memberi salam ketika selepas solat? Ketika saya membaca di harian Metro, terdapat artikel yang menarik bagi saya untuk saya kongsikan semula pada anda. Ia tentang pertanyaan seorang hamba Allah kepada seorang ustaz.

kisah lanjut nya seperti di bawah :

Bolehkan Dr memberikan sedikit penjelasan mengenai hukumnya? 
Ini kerana setahu saya ada dua hadis mengenai meraup muka dan kebanyakan ulama mengatakan kedua-dua hadis itu sangat daif serta tidak boleh dijadikan hujah.
Jawapan : 
Secara umumnya perbuatan itu tidak haram atau bidaah, malah ada hujah seperti yang anda katakan iaitu terdapat dalam riwayat hadis daif. 

Hadis daif dihukum boleh beramal dengannya dan sesiapa yang beramal dengannya mudah-mudahan mendapat ganjaran sunat. 

Antaranya hadis: “Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa: ‘Asyhadu an la ilaaha illallah ar-Rahman ar-Rahiim. Allahumma azhib ‘an al-hamm wa al-aza’ 

(Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan).” (Riwayat at-Thabrani) 

Sementara itu, meninggalkannya tidak menjejaskan solat kerana perbuatan meraup atau menyapu muka selepas selesai memberi salam berlaku di luar solat.

Rujukan : Harian Metro

5 Kisah Mimpi Menjadi Pengajaran

Saya sempat membaca dari petikan akhbar metro yang boleh saya kongsikan semula kepada anda semua tentang lima kisah mimpi yang dilalui seorang Nabi. Mungkin kisah ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua akan teladan yang tersirat di dalamnya. 

Kisahnya mengenai Abu Laits as-Samarqandi, ahli fiqh yang masyhur. Satu ketika, dia pernah berkata: “Ayahku menceritakan bahawa antara Nabi yang bukan Rasul, ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi pada satu malam, diperintahkan dengan mimpi yang menyatakan: “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

“Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Nabi itu kebingungan sambil berkata: “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.

Nabi itu mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan ‘Alhamdulillah’.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula sebuah mangkuk emas. Dia teringat arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.

Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Selepas tiga kali, berkatalah Nabi itu: “Aku sudah melaksanakan perintah-Mu.” 

Lantas dia meneruskan perjalanannya dan tanpa disedarinya, mangkuk emas itu tetap terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”

Mendengar rayuan burung itu, hatinya berasa simpati lalu memasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu datang menghampiri Nabi itu sambil berkata: “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu, janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh memutuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.

Akhirnya, dia membuat keputusan mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberi kepada helang itu.

Setelah mendapat daging itu, helang itu terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi berkenaan meneruskan perjalanannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu pula satu bangkai yang sangat busuk baunya, dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. 

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, kembalilah Nabi itu ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi berdoa. Dalam doanya dia berkata: “Ya Allah, aku sudah melaksanakan perintah-Mu sebagaimana diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskan kepadaku erti semua ini.”

Dalam mimpi, beliau diberitahu oleh Allah bahawasanya: “Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, marah akan menjadi lebih manis daripada madu.

“Kedua, semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, ia tetap akan nampak juga. Ketiga, jika menerima amanah seseorang, jangan kamu khianat kepadanya.

Keempat, jika seseorang meminta kepadamu, usahakan untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 

Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita berikutan lima perkara ini sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian, terutama dalam soal memperkatakan hal orang lain. 


Hindarkanlah diri kita dari pelbagai perkara-perkara yang boleh mencacat celakan amalan kita di bulan mulia ini agar kita sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Rujukan : Harian Metro

Thursday, July 25, 2013

Kelebihan Bulan Syaaban




Kebaikan,Keistimewaan,Kelebihan Bulan Syaaban
Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.
Bulan Syaaban juga merupakan bulan untuk kita mengejar kebaikan bagi persediaan menghadapi Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”.

As-Syeikh Othman Ahmad Syeikh al- Khaubawi di dalam kitab Duratun Nasihin menceritakan tentang amalan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampaihari Kiamat.”

Pada malam Nisfu Syaaban ditekankan agar umat Islam melakukan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Taubat kerana pada malam ini ialah malam terbaik untuk meminta pengampunan dan rahmat daripada Allah seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit duniaketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah)

Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam bulan Syaaban ialah:
1). Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.
2). Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.” (Riwayat: Abdullah Umar)
3). Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.
” Begitulah sedikit sebanyak kebaikan,keistimewaan dan kelebihan bulan Syaaban. Marilah kita tingkatkan amalan kita dan rebutlah peluang yang ada.

sumber: JAKIM dan IKIM
http://harianislam.com/



Apabila Iblis Menyatakan Musuh Utamanya


Ketika Iblis datang menghadap Rasulullah S.A.W., telah berlaku satu dialog antara Rasulullah S.A.W. dengan Iblis. Soalan-soalan daripada Rasulullah S.A.W. dituju kepada Iblis dan dijawab secara benar dan jujur oleh Iblis.

Sabda Rasulullah S.A.W. : “Wahai Iblis, siapakah musuhmu yang paling utama dan yang paling besar sekali, bagaimana pula perasaanmu terhadapku?”


Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah, musuhku yang paling utama ialah engkau dan yang paling besar di dunia ini juga”. 

Sewaktu Iblis berkata demikian, Rasulullah S.A.W. menatap dan membulatkan pandangan pada Iblis sehingga membuatkan Iblis terketar-ketar ketakutan yang amat sangat. Iblis berkata lagi: “Wahai Nabi Allah, aku ini boleh menyerupai berbagai-bagai rupa, aku ini boleh bertukar berbagai-bagai suara, samaada menyerupai manusia atau pun binatang-binatang. Tetapi tidak boleh menyerupai rupa dan bentukmu wahai Muhammad. Aku tidak sanggup untuk melanggar teguran Allah S.W.T., jika aku melanggar perintah Allah S.W.T, maka seluruh diriku ini akan hancur menjadi abu ya nabi Allah”.

Berkata Iblis lagi: “Ya nabi Allah, sebagaimana engkau berusaha bersungguh-sungguh siang malam, penat lelah, bersusah payah untuk memberi nasihat dan membimbing umatmu ke jalan yang benar, lagi benar belaka, dengan iktikad yang sah dan jelas sehingga mereka berada di jalan yang lurus di dalam agama Islam yang suci. Maka begitu juga aku berusaha sedaya upaya aku, mengerahkan bala tenteraku dengan seluruh kekuatan dan tenaga, untuk sentiasa mendorong anak Adam dengan penipuan,segala muslihat, tipu dayaku, sehingga mereka sesat dan sesesatnya sehingga terjerumus ke dalam kekafiran dan keingkaran. Aku tetap akan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya mereka yang sudah Islam akan dapatku jebakkan meninggalkan jalan yang lurus, dan pergi ke jalan yang salah dan bathil, supaya mereka (orang yang sesat) dapat bersamaku ke dalam neraka kelak”.

Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan bimbingan supaya tidak terjerumus ke dalam neraka. Insyallah…

Rujukan : Pemahaman Dari Pembacaan Admin Bersumberkan Yang Bernas Lagi Benar 


Apabila Iblis Laknatullah Menghadap Rasulullah S.A.W.

Telah diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W. bahawa setiap detik, setiap saat, setiap jam, Iblis Laknatullah akan sentiasa menyesatkan anak-anak Adam sehingga kiamat kelak, hingga di tiup tiupan sangka kala.

Diketahui, bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah Nabi yang diutuskan Allah S.W.T untuk semua umat manusia di bumi Allah. Ia bukan lah untuk hanya sekelompok agama, bangsa, kaum mahupun negara, tetapi beliau diutuskan oleh Allah S.W.T. untuk seluruh manusia, dan juga jin.


Mengikut sejarah, Allah S.W.T. telah menitahkan kepada Malaikat untuk menyuruh Iblis bertemu dengan Rasulullah S.A.W. dan menjawab semua soalan-soalan dari Rasulllah S.A.W. dengan jujur, dan amanah!. 

Iblis telah diingatkan oleh Allah S.W.T. akan balasan dan seksaan jika menjawab soalan Rasulullah S.A.W. dengan tidak betul dan bercampur dengan tipu daya Iblis itu. Sekiranya Iblis menipu nescaya Allah S.W.T. akan memutuskan urat-urat sarafnya, dan dia akan di seksa dengan sehebat-hebatnya seksaan nanti.

Setelah Iblis mendengar perintah Allah S.W.T. dia pun merasa takut lalu dia menghadap Rasulullah S.A.W. dengan merupakan dirinnya sebagai seorang manusia tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut yang amat panjang sekali.


Apabila Iblis sampai dihadapan Rasulullah S.A.W., Iblis telah memberi salam sebanyak 3kali kepada Rasulullah S.A.W. dan salam Iblis tidak dibalas sama sekali. Berkata Iblis : “Ya Rasulullah, kenapa engkau tidak menjawab salam dariku, bukankah engkau tahu salam itu sebagai penghormatan dan juga doa kepadamu yang datang dari Allah S.W.T.?

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: “ Wahai A’duwallah kepada akukah yang engkau hendak menunjukkan tipu dayamu?, sebagaimana engkau telah menipu nabi Adam a.s. menyebabkan beliau keluar dari syurga bersama Hawa? Atau seperti anaknya Qabil yang telah engkau melakukan tipu daya sehingga dia sanggup membunuh adiknya sendiri (Habil) disebabkan hal kecil? Atau sebagaimana engkau telah membuat tipu sulit kepada nabi Ayub a.s. dengan menghembuskan angina racun semasa beliau bersujud kepada Allah S.W.T. sehingga dia sakit melarat yang lama? Atau bagaimana engkau telah menipu nabi Sulaiman dan mencuri cincinnya dan ramai lagi yang telah engkau sesatkan dan engkau khianati? Kini aku pula engkau hendak cuba membuat tipu daya kepada aku? Wahai Iblis, aku kenal sangat engkau dan kerana aku kesal atas perbuatan engkaulah aku tidak menjawab salam engkau itu! Salam kamu sahaja aku tidak mahu menjawab kerana kepadamu adalah haram untuk kamu mengucapkan salam, disebabkan laknat dari Allah S.W.T. hingga hari kiamat kelak. Kini jelaslah kenapa engkau datang bertemu dengan ku!”

Berkata Iblis: “Ya Rasulullah, janganlah engaku marah wahai Khatamun Nabiyin. Sebenarnya kedatanganku adalah atas perintah Allah S.W.T. yang mengkehendaki aku datang berjumpa denganmu dan menjawab segala soalan darimu. Dan jika aku tidak menjawab dengan benar, nescaya akan hancur luluhlah badanku ini walaupun dengan sepatah kata yang dusta”.


Setelah Rasulullah S.A.W. mendengar akan kata Iblis itu, maka Rasulullah S.A.W. tersenyum dan berkata dalam dirinya, inilah peluang untuk aku menyiasat semua perbuatan Iblis dan akan menjadi saksi oleh para sahabatku nanti. Semoga akan menjadi peringatan  dan pengajaran kepada seluruh umatku kelak. 

Rujukan : Pemahaman Dari Pembacaan Admin Bersumberkan Yang Bernas Lagi Benar 

Keistimewaan Ayat ‘LA ILAHAILLAALLAH

Kisah ini berlaku pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat itu mati, maka Nabi Musa A.S. mendapat tahu bahawa ahli ibadat itu termasuk di dalam senarai ahli neraka.

Sesudah itu mati pula seorang penderhaka, maka Nabi Musa A.S. mendapat tahu hal ini maka dia pun pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya : “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?” Maka isteri ahli ibadat itu berkata : “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya”.


Nabi Musa A.S. bertanya lagi : “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” Lalu isteri ahli ibadat itu berkata: “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: ‘Alangkah beruntungnya kami, kalau apa yang diajar Nabi Musa itu benar’”. 

Setelah Nabi Musa A.S. mendengar penjelasan dari isteri ahli ibadat itu maka dia pun pergi ke rumah penderhaka itu, setelah sampai di rumah penderhaka itu, maka Nabi Musa A.S. pun bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu?”. Isteri penderhaka itu berkata: “Engkau pun tahu suamiku itu penderhaka, dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata”. Kemudian Nabi Musa bertanya lagi: “Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain dari itu?” Maka isteri penderhaka itu berkata: “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca la ilaha illaallah walhamdu lillah atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa A.S.”

Dalam kisah ini, kita dapat bayangkan bahawa ahli ibadat itu tidak yakin 100% dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S. maka Allah S.W.T. masukkan dia ke dalam senarai ahli neraka, oleh itu hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh  khusyuk dan dengan harapan bahawa kita pasti akan bertemu dengan Allah, dan jangan ragu-ragu tentang itu. 

Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang mengucap ‘la ilaha illallah’, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar dari mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit sehingga terdengar dengungannya di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh : “Tenanglah, diamlah”. Maka burung itu berkata : “Tidak, sebelum engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya”.

Maka Allah S.W.T. pun mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah tersebut lalu burung itu diberi 70 lidah untuk membaca istigfar bagi orang yang membaca ‘La illaha illallah’ itu sehingga hari kiamat.

Dan apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah tersebut dan menontonnya masuk ke syurga.

Dikisahkan pula ketika Allah S.W.T. menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa A.S. maka pada waktu itu Nabi Musa telah berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah aku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatMu dan kurniaMu ini”.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman: “Wahai Musa, bacalah ‘la illaha illallah’”. Lalu Nabi Musa bertanya lagi: “Ya Allah ya Tuhanku, tambahkanlah lagi untukku”.

Maka Allah S.W.T. berfirman: “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ‘la illaha illallah’ di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat bahagian ‘la illaha illallah’ itu”. 

Abu Lait berkata: “Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah S.W.T. dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya itu sebanyak buih di laut. Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduanya baik baginya”.

  1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulakanlah dengan ‘Bismillah’.
  2. Apabila setelah selesai mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca ‘Alhamdulillah’.
  3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik maka hendaklah segera menyatakan ‘Astagfirullah’.
  4. Kalau hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’.
  5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’.
  6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun’.
  7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca ‘Laa illaha illallah’.  



Tuesday, July 23, 2013

Kisah Jin Dalam Surah Al-Ahqaaf Pada Ayat 29 Hingga 32

gambar sekadar hiasan

Pada suatu  malam datang beberapa Jin kepada Rasulullah S.A.W. ketika itu Rasulullah S.A.W. sedang membaca Al-Quran dalam sembahyang, lalu jin tersebut mendengarkan bacaan ayat al-quran sambil itu berkata Jin sesame mereka: “Diamlah dan dengarlah ayat Al-Quran itu baik-baik”.

Setelah Rasulullah S.A.W. selesai membaca, lalu kembalilah Jin-Jin tersebut kepada kaumnya dengan berkata: “Wahai kaumku, sesungguhnya kami telah mendengar bunyi kitab Al-Quran yang diturunkan sesudah Musa dan membenarkan kitan yang dahulu serta menunjuki kebenaran dank e jalan yang lurus. Kaumku, ikutlah orang yang menyeru kepada Allah (Muhammad S.A.W.) dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah S.W.T. akan mengampuni dosa kamu dan memelihara kamu dari seksa api neraka. Sesiapa yang tidak suka mengikut orang yang menyeru kepada Allah S.W.T. maka orang-orang itu dalam kesesatan yang nyata”.

Dari Said bin Jubir berkata: “Tidakkah Rasulullah S.A.W. membacakan Al-Quran kepada Jin dan tidak pula dilihat Jin itu, hanya Rasulullah S.A.W. membaca  Al-Quran dalam sembahyang, ketika itu melintaslah beberapa Jin lalu mereka berhenti dan mendengarkan  bacaan Al-Quran itu, dan Rasulullah S.A.W. tidak sedar akan hal demikian, kemudian Allah S.W.T. memberitahu Rasulullah S.A.W. bahawa beberapa Jin mendengarkan bacaannya itu.

Kisah ini Allah S.W.T. menerangkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Ahqaaf ayat 29 yang bermaksud :-

“Ingatlah ketika kami hadapkan kepada engkau  (ya Muhammad) suatu kaum di antara jin, supaya mereka mendengarkan Al-Quran. Maka tatkala mereka hadir dekatnya, mereka berkata sesamanya : “Diam (dengarkanlah). Setelah selesai mereka kembali kepada kaumnya memberi peringatan”.

Dalam Surah Al-Ahqaaf ayat 30 yang bermaksud :-

“Mereka berkata: “Hai kamu kami, sungguh kami telah mendengar kitab(Quran) yang diturunkan kemudian Musa dan membenarkan kitab yang dahulunya, serta menunjuki kepada kebenaran dank e jalan  lurus”.

Dalam surah Al-Ahqaaf ayat 31 menerangkan yang bermaksud :-

“Hai kaum  kami, turutlah orang yang menyeru kepada Allah (Muhammad S.A.W.) dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah mengampuni dosamu dan memeliharakan kamu dari seksa yang pedih”.

Dalam surah Al-Ahqaaf pada ayat 32 menerangkan yang bermaksud :-

“Sesiapa yang tidak menurut orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak dapat melemahkan (mengalahkan Allah) di muka bumi dan tidak ada baginya wali-wali selain daripadanya. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata”.



Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan



Kisah Iblis Dengan Nabi Musa A.S.

gambar sekadar hiasan

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa A.S. dengan berkata: “Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah S.W.T. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung”.

Kemudian Nabi Musa A.S. berkata : “Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?”


Lalu berkata Iblis: “Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakana pada Tuhanmu bahawa seorang makhluknya ingin minta taubat kepadanya”. Lalu Nabi Musa A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. dan menyampaikan apa yang diucapkan oleh Iblis, kemudian Allah S.W.T. pun menurukan wahyu yang bermaksud : “ Wahai Musa, katakana padanya bahawa sesungguhnya aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya”. 

Setelah Nabi Musa A.S. menerima wahyu dari Allah S.W.T. maka  Nabi Musa A.S. pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah S.W.T. perintahkan.

Sebaik sahaja selesai Nabi Musa A.S. memberitahu segala perintah Allah S.W.T. maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata : “Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika di Syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati”.

Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah S.W.T.

Dikisahkan bahawa di akhirat nanti siksaan yang dikenakan ke atas Iblis adalah sangat berat. Dikatakan kepadanya: “Bagaimana kamu rasa akan seksaan Allah S.W.T.?”. Maka berkata Iblis; “Seberat seksaan  yang ada”. Kemudian dikatakan padanya lagi: “Wahai Iblis sesungguhnya Nabi Adam A.S. berada di dalam taman-taman syurga, jadi sujudlah kamu kepada dia dan ajukan udzur sehingga kamu diampuni”.

Tetapi Iblis tetap menolak dan dikenakan seksa yang bertambah dahsyat lagi keatasnya dengan 70,000 kali ganda penghuni neraka.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000 tahun sekali dan mengeluarkan Adam A.S. serta memerintahkan Iblis supaya bersujud kepada Adam A.S. Disebabkan  sikap angkuhnya dia tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam  neraka. 

Dikisahkan lagi apabila tiba hari kiamat maka akan diletakkan kerusi dari api neraka dan duduk Iblis di atasnya. Syaitan-syaitan dan orang kafir berkumpul disampingnya. Dan dia bersuara seperti suara keldai dan berkata: “ Wahai ahli neraka, bagaimana kamu rasakan hari ini terhadap apa yang dijanjikan oleh Tuhanmu?” . Lalu berkata mereka: “Sesungguhnya telah nyata benar”. Dan berkata Iblis lagi: “Hari ini adalah hari yang mana kau telah putus asa dari rahmat”.

Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan para malaikatnya memukul Iblis dan para pengikutnya dengan beberapa cambuk dari neraka, lalu mereka terjun ke dalam neraka itu selama 40 tahun dan mereka tidak mendengar lagi perintah Allah untuk keluar buat selama-lamanya.

Dikisahkan lagi bahawa di hari kiamat nanti akan diperintahkan  Iblis duduk di atas kerusi dari api dan pada lehernya dikalungkan kalung laknat. Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan para malaikat penjaga ke dalam  neraka. Maka kesemua malaikat-malaikat penjaga berusaha untuk melemparnya ke dalam neraka maka tidak berjaya.

Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan Jibrail A.S. bersama 80,000 malaikat untuk mengangkat Iblis itu untuk dilemparkan ke dalam neraka, maka mereka juga gagal berbuat demikian. Lalu Allah S.W.T. memerintahkan malaikat Israfil dan Izrail bersama 80,000 malaikat melemparkan Iblis ke dalam neraka, maka mereka juga gagal berbuat demikian.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Sekiranya berlipat kali ganda malaikat yang aku cipta itu berkumpul, sudah tentu tidak boleh mereka melakukan selagi kalung laknat itu masih di leher Iblis itu”.


Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan  

Kisah Nabi Nuh A.S. Dengan Iblis Sewaktu Dalam Bahtera

gambar sekadar hiasan


Telah diriwayatkan bahawa sesungguhnya sewaktu Nabi Nuh A.S. telah memuatkan semua makhluk Allah S.W.T. setiap sepasang sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. maka Nabi Nuh A.S. terpandang seorang tua yang tidak dikenali duduk dalam bahtera beliau, maka beliau pun berkata : “Apakah yang mendorong kamu masuk ke sini?”.

Kemudian orang tua itu berkata : “Kedatangan ku mari adalah  untuk mendapatkan hati para sahabat kamu, biar hati mereka bersamaku dan tubuh mereka bersama kamu”.  Setelah Nabi Nuh A.S. mendengar kata-kata orang tua itu, maka tahulah Nabi Nuh A.S. bahawa orang tua itu adalah Iblis laknat. Lalu berkata Nabi Nuh A.S. “ Keluarlah kamu dari bahtera ini wahai musuh Allah, kamu adalah orang yang dilaknati”.
Kemudian Iblis laknat berkata: “Aku ada 5 cara untuk membinasakan manusia dengannya, tetapi aku hanya akan memberitahu kamu 3 sahaja dan aku tidak akan menceritakan kepada kamu bakinya dua itu”.

Setelah itu Allah S.W.T. menurunkan wahyu yang bermaksud : “Wahai Nuh, sesungguhnya kamu tidak memerlukan yang tiga itu, tetapi hendaklah dia memberitahu yang dua itu”.

Lalu Nabi Nuh A.S. berkata : “ Katakanlah kepadaku yang dua itu”. Iblis berkata: “ Ada dua hal yang tidak pernah membohongi aku dan tidak pernah mereka menyalahi aku, dan dengan keduanya aku celakakan manusia itu dengan kerakusan dan kedengkian. Dengan sebab kedengkian  itulah aku dilaknat dan menjadikan aku orang yang terkutuk. Dan adapun kerakusan  itu telah diperolehi di syurga seutuhnya bagi Adam kecuali syajarah, lalu aku mendapatkan keperluan aku  melalui Adam sebab kerakusan. Di antaranya kenyang dari makanan, walaupun makanan itu halal dan bersih, akan  tetapi kekenyangan akan menguatkan kesenangan-kesenangan nafsu, dan  kesenangan itu adalah pedang-pedang syaitan”.



Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan


Kisah Sembahyang Hari Jumaat

Gambar sekadar hiasan


Dalam hadis Anas r.a. dari Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Bahawa sesungguhnya telah datang kepadaku Jibrail A.S. dan ditelapak tangannya terdapat cermin yang putih dan berkata Jibrail A.S. : “Ini adalah Jumaat, Tuhanmu telah memfardhukannya kepadamu agar Jumaat itu menjadi hari raya bagimu dan bagi umatmu sepeninggalanmu”.

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apakah yang ada bagi kamu di dalamnya, lalu Jibrail A.S. berkata: “Di dalamnya kamu memiliki sebuah saat yang paling baik dan sesiapa yang berdoa di dalamnya dengan kebaikan yang dibagikan kepadanya, Allah akan memberinya kabaikan itu dan tidak ada bahagian yang disimpan untuk lebih agung dari itu, atau dia berlindung dari kecelakaan yang telah merupakan hal yang ditulis atas dia kecuali Allah S.W.T. akan mengampuninya dari yang lebih dari itu. Dia adalah pemimpin dari semua hari bagi kita dan kita akan menyebutnya esok di hari kiamat dengan “hari tambahan”.

Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya: “Mengapa begitu”. Berkata Jibrail A.S. : ‘Sesungguhnya Tuhanmu Azza Wa Jalla telah membuat sebuah lembah yang sangat semerbak bau wanginya dan juga sangat putih. Dan apabila datangnya hari Jumaat maka turunlah Allah S.W.T. dari Illiyyin ke atas kursinya dna Nampak kepada mereka, sehingga mereka memandang kepada Zatnya yang agung”.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari di dalamnya adalah hari Jumaat, di hari yang diciptakan Adam A.S, di hari yang dimakukkan Adam A.S. ke syurga, di hari yang Nabi Adam A.S. diturunkan ke Bumi, di hari yang diterimanya taubat Adam A.S. dan hari Jumaat juga hari yang Nabi Adam A.S. wafat dan di hari Jumaat jugalah akan berlakunya kiamat itu. Hari itu di sisi Allah S.W.T. adalah hari penambahan. Begitulah malaikat-malaikat menyebutnya di langit. Dan hari Jumaat jugalah hari melihat kepada Allah S.W.T.”.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya  Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila selamat hari Jumaat, maka selamat pula hari yang lainnya”.

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya neraka Jahim itu menyala setiap hari sebelum zawal (yakni matahari tergelincir dari tengah langit) yakni waktu Istiwa matahari (di tengah langit) dalam jantung langit. 
Oleh itu janganlah kamu sembahyang di saat ini  kecuali hari Jumaat, kerana pada hari itu waktu solat seluruhnya dan sesungguhnya neraka Jahanam tidak menyala di dalamnya”.

Ka’ab r.a. berkata : “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengutamakan mekah di antara beberapa negeri, bulan Ramadhan di antara beberapa bulan dan Jumaat di antara beberapa hari dan Lailatul Qadar di antara beberapa malam”.

Dikisahkan  sesungguhnya burung-burung dan bangsa serangga itu bertemu antara mereka di antara satu sama lain pada hari Jumaat dan mereka berkata; “Selamat,selamat,ini adalah hari yang baik”.
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang mati pada hari Jumaat, atau malam Jumaat, amak dituliskan baginya pahala orang mati syahid dan terpelihara dari seksa kubur”.

Hari Jumaat adalah  satu  hari yang sangat mulia di antara hari-hari yang lain. Oleh itu hendaklah kita berada di masjid lebih awal dengan mengerjakan solat-solat sunat dan minta kepada Allah S.W.T., sebab dalam masa tersebut ada suatu masa yang mana doa kita akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.


Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah  Teladan 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk