Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Showing posts with label Nabi Isa A.S.. Show all posts
Showing posts with label Nabi Isa A.S.. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Akibat Tidak Mengerjakan Solat, Satu Kampung Musnah


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama". 

Pada suatu hari Nabi Isa A.S. telah melawat sebuah perkampungan, kesemua penduduk kampung itu sangat taat beribadat kepada Allah S.W.T. Nabi Isa memberi salam kepada mereka dan beliau pun duduk bersama mereka. 

Nabi Isa A.S. melihat makanan dan minuman mereka itu terdiri dari buah-buahan yang beraneka warna, sementara anak-anak dan para ibu pula kelihatan cukup cantik. Perhiasan yang dihiasi di kampung tersebut tidak dapat digambarkan kerana kecantikan yang amat sangat. Setelah itu Nabi Isa A.S. pun beredar dari situ. 

Tidak berapa lama kemudian, Nabi Isa A.S. datang semula ke perkampungan tersebut. Alangkah terperanjat apabila melihat kesemua penduduk itu termasuk anak-anak kecil dan ibu-ibu kesemuanya mati dan keadaan kampung tersebut juga musnah sama sekali. 

Nabi Isa A.S. pun berdoa kepada Allah S.W.T. untuk mengetahui apa yang telah berlaku: "Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kepadaku sebab-sebab penduduk kampung yang taat kepadaMu ini menjadi begini? Adakah sebabnya mereka ini telah meninggalkan solat atau mereka ini telah menderhaka kepadaMu?". 

Allah S.W.T berfirman: " Wahai Isa, penduduk kampung ini tidak menderhaka kepadaKu tetapi telah lalu seorang yang telah meninggalkan solat di kampung ini dan dia telah membasuh mukanya dengan air mereka itu, maka setiap titis air yang jatuh ke bumi telah memusnahkan mereka". 

kalau kita tidak mahu mengajak seseorang mendirikan solat dan mentaati perintah Allah maka apabila turun siksa Allah maka kesemua mereka yang beriman juga akan menerimanya. Oleh itu, janganlah kamu mementingkan diri sendiri sahaja tetapi hendaklah menasihatkan orang lain yang lalai dengan dunia supaya kembali mengingati Allah S.W.T. 


Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< Kredit Mesra Ilmu >>

4000 Tahun Merasa Sakitnya Sakaratul Maut

gambar sekadar hiasan



Diriwayatkan bahawa Nabi Isa A.S. telah menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah S.W.T. Orang-orang kafir telah berkata : " Wahai Isa, sesungguhnya kamu telah menghidupkan orang yang baru mati, mungkin mereka yang kamu hidupkan itu belum betul-betul mati. Kalau kamu orang yang benar maka cubalah kamu hidupkan orang yang mati pada zaman pertama dahulu supaya dapat kami lihat".

Nabi Isa berkata : " Katakanlah orang yang hendak kamu lihat".

Orang-orang kafir berkata : " Hidupkanlah Sam Bin Hud supaya kami dapat lihat kebenaranmu".

Nabi Isa A.S. pun pergi ke kubur Sam Bin Hud lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Maka dengan izin Allah S.W.T. maka hiduplah Sam Bin Hud.

Setelah Sam Bin Hud dihidupkan, Nabi Isa melihat rambut dan janggutnya sudah putih, lalu Nabi Isa A.S. berkata: " Wahai Sam kenapa rambut kamu putih beruban padahal rambut kamu tidak begini sebelum ini?".

Sam Bin Hud berkata : " Aku telah mendengar panggilan kamu, aku sangka kiamat sudah tiba maka rambut dan janggut aku menjadi putih beruban sebab takutnya hari kiamat".

Nabi Isa A.S. berkata: "Sudah berapa lama kamu meninggal?".

Sam Bin Hud berkata: "Aku telah meninggal sejak 4,000 tahun, tetapi sampai sekarang belum lagi hilang sakitnya sakaratul maut dan cukup pedih".



Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< Kredit Mesra Ilmu >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk