Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Akibat Tidak Mengerjakan Solat, Satu Kampung Musnah


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama". 

Pada suatu hari Nabi Isa A.S. telah melawat sebuah perkampungan, kesemua penduduk kampung itu sangat taat beribadat kepada Allah S.W.T. Nabi Isa memberi salam kepada mereka dan beliau pun duduk bersama mereka. 

Nabi Isa A.S. melihat makanan dan minuman mereka itu terdiri dari buah-buahan yang beraneka warna, sementara anak-anak dan para ibu pula kelihatan cukup cantik. Perhiasan yang dihiasi di kampung tersebut tidak dapat digambarkan kerana kecantikan yang amat sangat. Setelah itu Nabi Isa A.S. pun beredar dari situ. 

Tidak berapa lama kemudian, Nabi Isa A.S. datang semula ke perkampungan tersebut. Alangkah terperanjat apabila melihat kesemua penduduk itu termasuk anak-anak kecil dan ibu-ibu kesemuanya mati dan keadaan kampung tersebut juga musnah sama sekali. 

Nabi Isa A.S. pun berdoa kepada Allah S.W.T. untuk mengetahui apa yang telah berlaku: "Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kepadaku sebab-sebab penduduk kampung yang taat kepadaMu ini menjadi begini? Adakah sebabnya mereka ini telah meninggalkan solat atau mereka ini telah menderhaka kepadaMu?". 

Allah S.W.T berfirman: " Wahai Isa, penduduk kampung ini tidak menderhaka kepadaKu tetapi telah lalu seorang yang telah meninggalkan solat di kampung ini dan dia telah membasuh mukanya dengan air mereka itu, maka setiap titis air yang jatuh ke bumi telah memusnahkan mereka". 

kalau kita tidak mahu mengajak seseorang mendirikan solat dan mentaati perintah Allah maka apabila turun siksa Allah maka kesemua mereka yang beriman juga akan menerimanya. Oleh itu, janganlah kamu mementingkan diri sendiri sahaja tetapi hendaklah menasihatkan orang lain yang lalai dengan dunia supaya kembali mengingati Allah S.W.T. 


Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< Kredit Mesra Ilmu >>

Anak Kecil Menasihati Orang Dewasa



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Semasa dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil wudhuk. 

Apabila orang tua itu melihat si anak kecil yang sedang menangis, maka dia pun bertanya: "Wahai anak kecil, kenapa engkau menangis?". 

Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai ke ayat yang berbunyi 'Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum' yang bermaksud, 'Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu'. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka". 

Orang tua itu berkata: "Wahai anak kecil janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka". 

Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan memasukkan ranting-ranting dahulu kemudian baru mereka akan memasukkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang akan dibakar terlebih dahulu barulah akan dibakar orang dewasa". 

Orang tua itu berkata sambil menangis: "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kami nanti". 

Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< kredit Mesra Ilmu >>

Rukun-Rukun Solat


Solat adalah tiang utama di dalam perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk mengerjakannya. Untuk mengerjakan solat, pengetahuan dan ilmu tentang solat itu terlebih dahulu perlu di ketahui untuk mengelakkan hilangnya atau tertinggal salah satu rukun yang wajib dilakukan di dalam solat. 

Rukun Solat

Rukun solat ada tiga belas iaitu : 

1. Niat di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat.
Niat itu berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratulihram iaitu tatkala ia menyebut “Allahu Akhbar” maka hatinya berkata;

  •                                         Sengaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.
  •                                         Sengaja aku solat fardhu asar 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.
  •                                         Sengaja aku solat fardhu maghrib 3  rakaat tunai kerana Allah Taala.
  •                                         Sengaja aku solat fardhu isya’  4 rakaat tunai kerana Allah Taala.
  •                                         Sengaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala.

2. Takbiratul-Ihram : iaitu Allahu Akhbar yang dikehendaki disebut semasa dengan takbiratul Ihram.
Semasa ia memulakan bacaan tersebut maka haramlah ia melakukan sesuatu kecuali apa yang menjadi
kewajipan dalam solat. Perkataan Allahu Akhbar itu tidak boleh ditukar dengan yang lain
umpamanya Arrahmanhu Akhbar.

3. Berdiri betul bagi orang yang berkuasa : Sekiranya ia berdiri tetapi condong ke hadapan, ke
belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukumnya tidak sah. 
Sekiranya  tidak sanggup berdiri bolehlah duduk, baring miring sebelah kanan, kiri, menelentang atau sekadar yang ia boleh melakukannya. 

4. Membaca Al-Fatihah : Membaca Al Fatihah pada tiap-tiap rakaat dan Bismillah adalah salah satu daripada ayat fatihah.

Perlu diingat bahawa adalah  wajib memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah itu. Oleh itu sekiranya seseorang itu menukar sebutan DHAD kepada ZO atau sebagainya seperti hack kepada       maka tidak sah bacaannya, tetapi sekiranya memang tidak boleh maka solatnya sah. 

5. Ruku’ serta tumakninah : Sekurang-kurangnya ruku’ ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangannya terletak di atas dua kepala lututnya serta tumakninah, iaitu berhenti sebentar sekadar bacaan Subhanallah; sedang anggota-anggota berat hendaklah berhenti.

Anggota-anggota berat itu termasuklah kedua tangan termasuk pergelangan tangan, kepala, kaki. Sekiranya anggota-anggota ini masih bergerak semasa ruku’ tanpa berhenti maka tidak lagi dikira sebagai tumakninah.

6. I’tidal : Ertinya berdiri tegak semula selepas ruku’ dan tumakninah (berhenti sekejap semasa berdiri). Oleh itu apabila I’tidal hendaklah semua anggota berat berhenti sebentar sebagaimana yang telah diterangkan dahulu.

7. Sujud : Sekurang-kurang sujud meletakkan dahi diatas tempat sujud dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Tetapi sekiranya terpaksa dahi itu dibalut kerana luka dan sebagainya maka tidaklah diwajibkan membukanya.

Begitu juga umpamanya dahi terlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab maka solat itu tidak sah. Tetapi kalau terlupa maka wajib sujud sekali lagi sekiranya teringat dalam solat itu. Apabila telah selesai solat, baru teringat tidak sujud wajib mengulangi solat itu semula.

Anggota Sujud ada tujuh ;
  •      Dahi
  •     Dua tapak tangan
  •     Dua lutut
  •     Dua perut jari kaki  

8. Duduk di antara dua sujud dan tumakninah :

Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara 2 sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu sekiranya mengangkatnya kerana tujuan lain umpamanya mengelakkan daripada binatang maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara 2 sujud merupakan rukun pendek maka tidak boleh dipanjangkan masa duduk.

Dan sunat membaca :


Maksudnya :
Ya Allah ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9. Tahiyat/Tasyahhud awal :

Membaca tahiyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya.

Lafaznya ialah : 


Maksudnya :
Segala penghormatan yang berkat serta solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

10. Duduk Tahiyat  akhir :

Ertinya tidaklah boleh seseorang itu membaca tahiyat sedang berdiri, sujud atau sebagainya. 

11. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. :

Sekurang-kurangnya bacaan selawat ialah : 


Ya Tuhan kami, selawatkanlah  ke atas Nabi Muhammad.

Sebagus-bagus selawat ialah : 


Maksudnya :
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan ke atas keluarganya. Sebagaimana engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agong.

Perhatian :
  •       Selawat ka atas Nabi adalah  rukun.
  •      Selawat kepada kaum keluarga Nabi adalah sunat Ab’adh.
  •       Selawat kepada Nabi Ibrahim dan  seterusnya adalah sunat Hai’ah.
12. Salam pertama :

      Sekurang-kurang salam  “Assalamualaikum” dan yang sempurna ialah “Assalamualikum Warahmatullah” sejahtera ke atas kamu beserta rahmat Allah. 

     13. Tertib :

     Segala rukun yang tersebut adalah dari mula sehingga akhir. Sekiranya tertinggal ketertiban itu maka solat itu tidak sah.

     Tertib bolehlah ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. 
     
     
Nota ini adalah peringatan kepada kita semua, agar ingatan dan serta rujukan untuk semua generasi Islam akan datang sebagai petunjuk diri.

Petikan ini diambil dari artikel yang sah dan lagi bernas nas-nasnya.

--- >> Kredit Mesra Ilmu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk