Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Showing posts with label neraka. Show all posts
Showing posts with label neraka. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Perbuatan Yang Menjamin Masuk Neraka Ialah Membunuh Diri



Membunuh diri adalah seseorang yang berusaha untuk membinasakan dan merosakkan diri dari pelbagai cara lantaran kerana ia kecewa untuk hidup. Mereka yang membunuh diri adalah mereka yang hilang keyakinan kepada Allah S.W.T. dan berputus asa dengan rahmat Allah.

Orang yang membunuh diri layaklah ia dimasukkan ke dalam neraka. Perbuatan membunuh diri adalah kerana dengan pelbagai faktor yang telah berlaku di dalam diri seseorang. Di Malaysia, kejadian membunuh diri berlaku melalui beberapa akibat dan masalah. Antaranya mereka membunuh diri kerana berhutang. Apabila seseorang telah berhutang terlalu banyak, dan mereka sentiasa rasa tertekan akan hutang-hutang yang telah mereka hadapi, jalan penyelesaian terkahir mereka adalah membunuh diri.

Perkara membunuh diri ini boleh dielakkan dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Akibat mereka lupa kepada Allah S.W.T, hati mereka tidak mendapat cahaya yang suci dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“Janganlah kamu membunuh diri mu sendiri. Sesungguhnya Allah amat menyayangi diri kamu”

( Surah An-Nisa’ Ayat 29 )


Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin


<< Kredit Mesra Ilmu >>

Saturday, August 24, 2013

Anak Kecil Menasihati Orang Dewasa



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Semasa dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang menangis sambil mengambil wudhuk. 

Apabila orang tua itu melihat si anak kecil yang sedang menangis, maka dia pun bertanya: "Wahai anak kecil, kenapa engkau menangis?". 

Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai ke ayat yang berbunyi 'Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum' yang bermaksud, 'Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu akan dirimu'. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka". 

Orang tua itu berkata: "Wahai anak kecil janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka". 

Anak kecil itu berkata: "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan memasukkan ranting-ranting dahulu kemudian baru mereka akan memasukkan kayu yang besar. Jadi tentulah saya yang akan dibakar terlebih dahulu barulah akan dibakar orang dewasa". 

Orang tua itu berkata sambil menangis: "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa, maka bagaimana keadaan kami nanti". 

Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< kredit Mesra Ilmu >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk