Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Wednesday, August 28, 2013

Memperolehi Harta Melalui Cara Haram


Memperolehi harta melalui cara haram bermaksud mencari rezeki atau memperoleh harta melalui cara berjudi, riba, menipu dalam perniagaan, mencuri dan lain-lain yang dil arang oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.

Di Malaysia, masih ada juga tempat-tempat yang digunakan untuk kerja-kerja seperti ini. Kerja-kerja sebegini banyak akan memberi kesan yang negatif jika dilakukannya sehingga memakan dari hasil yang haram.

Antara kesan-kesan negatif yang akan terjadi jika kita memperolehi dari sumber-sumber yang haram ialah : 

  • Memberi impak yang buruk kepada generasi-generasi atau keturunan-keturunan seseorang jika hasil rezeki perolehi dari sumber yang haram.
  • Hasil dari sumber haram akan membuatkan seseorang akan lupa pada Allah S.W.T. kerana mereka akan bergantung dengan sumber berkenaan sahaja.         
  • Membuatkan seseorang akan merasa angkuh dan bongkak jika mula mendapat hasil yang lumayan dari kerja-kerja seperti penipuan di dalam perniagaan.      
  • Membuatkan kebahagiaan di dalam hidup seseorang akan hilang.   
  • Menjadikan orang lain akan hilang kepercayaan dan hilang rasa hormat kepada diri orang yang mengerjakan kerja-kerja yang haram.    
  • Dan lain-lain.

       Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

     “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan  jalan yang batil” 


       ( Surah Al-Baqarah Ayat 188 )

      Maka, hendaklah seseorang yang bergelar khalifah di bumi Allah S.W.T. menghindarkan diri dari melakukan kerja-kerja atau memperolehi harta dari sumber-sumber yang haram kerana yang haram ini adalah kerja yang dikutuk dan di laknat oleh Allah S.W.T.

     Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. Insyallah…

     Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

    << Kredit Mesra Ilmu >>


Tuesday, August 27, 2013

Sifat Riak Termasuk Syirik Kecil




Riak adalah perbuatan yang dilakukan bertujuan untuk supaya orang lain melihat dan memuji akan apa yang telah dikerjakan oleh seseorang. Riak boleh berlaku di dalam pelbagai aspek, antaranya ketika berjalan dengan bersifat riak, ketika solat menunjuk-nunjuk dengan riak, bercakap, ketika bekerja dan sebagainya. 

Pujian dan sanjungan yang diharapkan itu ialah terhadap peribadinya. 

Di dalam Al-Quran surah al-Ma'un Allah mencela orang yang riak dengan firman-Nya yang bermaksud : 

" Celakalah orang yang bersolat tanpa khusyuk dan orang yang riak dan orang yang tidak mahu menolong orang dengan barang yang berguna yang ia miliki " 

( Surah Al-Ma'un ; Ayat 4-7 )

Orang yang riak juga disebut sebagai orang yang mensyirikkan Allah, kerana riak termasuk salah satu daripada syirik kecil. 

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda , maksudnya: 

" Berjalan dengan sifat riak termasuk syirik (kecil) "

(Riwayat Al-Hakim)


Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< Kredit Mesra Ilmu >>

Perbuatan Mengungkit Tidak Masuk Syurga




Perbuatan mengungkit ini adalah menyebut-menyebut akan pemberian yang telah diberikan kepada seseorang. Sifat ini timbul kerana adanya sifat ketidak ikhlasan di dalam diri seseorang (pemberi) yang sentiasa mengharapkan balasan atas apa yang telah diberikan sebelum ini. 

Perbuatan mengungkit ini adalah perkara yang mesti dielakkan oleh setiap orang kerana perbuatan seperti ini membuatkan orang lain kurang berasa senang dengan sifat sebegini. Malah, akibat sifat mengungkit dan ketidak ikhlasan akan sesuatu pemberian, menimbulkan pula sifat mencela bagi orang yang menerima pemberian tersebut serta boleh menjatuhkan maruah seseorang. 

Perbuatan sebegini adalah berdosa besar di sisi Islam kerana ia boleh menyakiti hati seseorang dan boleh mencetuskan perpecahan persaudaraan dan persahabatan sesama Islam. 


Allah berfirman di dalam Al-Quran, maksudnya : 

" Wahai orang yang beriman, janganlah kamu membatalkan sedekah kamu dengan cara mengungkit-ungkitnya dan menyakiti hati orang yang menerimanya " 

( Surah Al-baqarah ; ayat 264 ) 


Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : 

" Ada tiga golongan yang tidak dapat masuk syurga, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa, peminum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya" 

( Riwayat An-Nasa'i ) 



Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< Kredit Mesra Ilmu >>


Akibat Umat Islam Mengutuk Sesama Islam



Di dalam agama Islam yang suci ini, kita dilarang sama sekali untuk mengutuk sesama saudara seislam kita, walaupun mereka berbangsa lain, berkulit lain, dan bahasa yang lain. Ini kerana setiap perbuatan yang kita lakukan ini akan dapat memecah belahkan tali persaudaraan Islam. 

Setiap umat Islam perlulah menjaga setiap tutur kata kerana ia adalah dituntut di dalam Islam. Dengan amalan sebegini, ia dapat menjadi contoh kepada masyarakat yang bukan beragama Islam. 

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : 


"Mencaci sesama Islam termasuk perbuatan fasik (jahat) dan membunuh (tanpa hak) menjadi kafir" 

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Abu Hurairah pula meriwayatkan hadis bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : 


"Tidaklah seorang yang beriman itu suka mencerca (mengutuk), menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk, berbuat keji dan bercakap yang tidak sopan" 

( Riwayat Muslim )

Hadis ini menjelaskan bahawa orang yang beriman tidak akan melakukan perkara-perkara tersebut. Akan tetapi sekiranya kita dapati ada orang yang mengakui beragama Islam atau beriman, tetapi ia melakukan perbuatan yang dilarang tersebut, maka menunjukkan ia bukanlah tergolong dari golongan orang yang beriman. 


Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< Kredit Mesra Ilmu >>

Kisah Imam Hambali Menolak Pemberian Hamdan



Pada suatu hari, Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh bersama-sama teman-temannya. Kerana jauhnya perjalanannya, mereka kehabisan makanan dan perbelanjaan. Untuk mendapatkan sesuatu, Imam Hambali dan teman-temannya singgah di rumah seorang yang bernama hamdan Bin Sinan Al-Wasity yang kebetulan orang berada.

Rombongan itu menceritakan keadaan mereka. Hamdan bersimpati ke atas mereka dan memberikan bantuan kepada semua teman-teman Imam Hambali. Mereka menerima pemberian itu, kecuali Imam Hambali sahaja yang tidak mahu menerima bahkan beliau mnegeluarkan sehelai bajunya dan berkata : “Siapa yang mahu menjualkan baju ini, aku kuberi hadiah”.

Hamdan mengeluarkan seuncang wang dan menyerahkannya kepada Imam Hambali. Namun Imam Hambali menolak dan tetap ingin menjual bajunya yang dibuat dari bulu itu. Isteri Hamdan berkata : “Dia adalah seorang yang soleh dan tidak suka menerima pemberian sedikit pun”.

Kini Hamdan ada cara lain iaitu mengambil baju kurung Imam Hambali untuk membelinya. Diapun  membayar dengan harga yang tinggi dengan harapan Imam Hambali mahu menerima wang penjualan itu. Sayang setelah Imam Hambali mengetahui bahawa wang sebanyak itu tidak patut untuk harga sehelai baju kasar, beliau pun mengambil baju itu semula dan terus pergi meninggalkan rumah Hamdan tanpa mengambil apa-apa.


Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin

<< Kredit Mesra Ilmu >>


Monday, August 26, 2013

Merdeka 2013 “ Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”



Ambang Kemerdekaan kali ke-56 hampir tiba. Kini, Negaraku Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 2013. Kemerdekaan pada tahun ini telah bermula dengan pelancaran bendera Jalur Gemilang 2013 di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah pada 16 Ogos 2013 yang lepas pada jam 8.00 malam.

Teristimewa ulang tahun yang akan menjadi kenangan selamanya adalah ambang kemerdekaan akan disambut dengan unggulnya di Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya. Sambutan bermula pada jam 8.00 malam bertarikh 30 Ogos 2013 untuk menunggu detik-detik kemerdekaan tepat jam 12.00 tengah malam. 

Awal pagi 31 Ogos 2013, jam 7.30 pagi akan berlangsungnya Acara Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-56 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Acara ini akan disambut dengan gilang-gemilang dengan pelbagai aktiviti bagi memperingati perjuangan-perjuangan terdahulu demi membebaskan maruah Tanah Melayu dari gengaman penjajah.


Mengimbau kembali ketika Peristiwa Pengistiharan Tarikh Kemerdekaan pada 1 Januari 1956, rombongan rundingan kemerdekaan telah  bertolak ke Karachi, Pakistan dengan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia. Seramai 10,000 orang yang sebilangan terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah pergi mengikuti rombongan tersebut di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. 

Ketika menjelang malam 30 Ogos, Bandar kuala lumpur diterangi dengan cahaya-cahaya lampu kenderaan yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Berpuluh-puluh ribu rakyat Tanah Melayu, tidak kira tua atau pun muda, berpusu-pusu menuju ke Kelab Padang Selangor. Di sepanjang Batu Road, kedai-kedai terbuka sehingga larut malam, bagi meraikan sambutan kemerdekaan yang pertama bagi Tanah Melayu.




Wartawan-wartawan, pihak-pihak media, dan jurugambar dari pelbagai rantau negara berkumpul di sekitar padang bagi mendapatkan liputan peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu. Tiga tiang bendera dipacakkan di tengah-tengah padang bagi mengibarkan bendera UMNO disebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. 

Kini, peristiwa-peristiwa dahulu akan kembali menyegarkan ingatan setiap anak-anak Tanah Melayu akan perjuangan dan erti kemerdekaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kedaulatan Tanah Melayu sentiasa akan disemai di setiap jiwa dan raga rakyat-rakyat Malaysia, supaya tidak ditenggelam dek zaman, dengan arus pembangunan dan peredaran zaman. 


Sumber : Sambutan Merdeka, MalaysiaMerdeka – 56

<< Kredit Mesra Ilmu >>


Azab Bagi Kaum Wanita Di Neraka

 


Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W. menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W., mengapa beliau menangis.

Rasulullah S.A.W. menjawab :  "Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. Rasulullah S.A.W. menjawab:  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?" Rasulullah S,A,W, menjawab : "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung payudaranya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.



Sumber : Daripada hamba Allah dengan pesanan ( Kongsikan kepada semua khalifah-khalifah Allah sebagai peringatan )

<< Kredit Mesra Ilmu >>


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net