Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Saturday, November 05, 2011

10 GANGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa. 2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib. “Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim). 3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari). 5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah. Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim). 6) Melakukan gerakan yang tidak perlu Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi). 7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari). 8) Menguap dan mengantuk Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 9) Bersin berulang kali ketika solat Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani). Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.” 10) Terasa ingin buang angin atau buang air Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim). Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan. Doa ini boleh sama-sama kita beramal ^_^ Kepada semua pembaca yang saya hormati ^_^ saya harap anda sudi 'like' fanpage saya ye ^_^

ENAM GOLONGAN ORANG YANG SUKAR TERIMA DAKWAH

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah: Ayat 255 Banyak buku-buku yang menerangkan tentang metod berdakwah, ciri-ciri pendakwah, mendekati orang yang ingin didakwahkan dan sebagainya. Akan tetapi, penulisan mengenai siapakah orang paling sukar menerima dakwah adalah sangat kurang. Contohnya, apabila ditanya kepada beberapa orang Islam, apakah isi khutbah jumaat (selepas solat jumaat), mereka tidak ingat malah ada yang tertidur. Ditanya pula apakah isi ceramah, tazkirah dan seumpamanya pada beberapa orang selepas tamat sesi tersebut, jawapan mereka lebih kurang sama. Perkara ini berlaku pada kebanyakan orang, anda boleh bertanya kepada diri sendiri dan boleh juga bertanya pada orang lain untuk melakukan uji kaji kendiri jika mampu bagi memastikan kebenarannya. Mengenai orang bukan Islam pula, apabila ditanya mengenai agama Islam, mereka lebih mempercayai media cetak, media elektronik, "media angin" (khabar angin), memerhatikan tingkah laku orang Islam yang buruk dan menganggap semua agama adalah sama. Malah tidak kurang juga yang mengatakan Islam menggalakkan keganasan dan mencabuli hak kemanusiaan serta melanggar Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia. Contohnya seperti poligami, menutup aurat dan sebagainya. "Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai." - Surah An-Nahl: Ayat 108 (Ayat ini ditujukan kepada orang kafir.Sila lihat empat ayat sebelumnya). Sebenarnya mengetahui sukarnya segelintir golongan menerima dakwah adalah sangat penting kerana segala isi pengajaran yang didapati dalam sesi pembelajaran atau dakwah itu perlu diaplikasikan dalam diri. Dakwah perlu difahami, dipastikan kebenarannya, menerima kebenaran itu dengan jujur, dan kemudian barulah diyakini serta beramal dengannya. Satu contoh yang mudah, jika seseorang itu berdakwah dengan mengatakan sembahlah Allah yang Maha Besar, maka perlu kita fahami makna "Maha Besar" itu; iaitu tidak ada yang lebih besar melainkan Allah. Kebenarannya, lihatlah isi di langit dan di bumi. Mampukah manusia sekecil kita mencipta bulan, matahari, tanah, lautan dan lain-lain? Kemudian terimalah kebenaran itu dengan jujur dan seikhlas hati dan mengucapkan tiada Tuhan selain Allah yang Maha Besar. Katakanlah: "Taat kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban Rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang." - Surah An-Nuur: Ayat 54 Mereka yang Sukar Menerima Dakwah Persoalannya, sejauh manakah dakwah para pendakwah benar-benar berkesan terhadap penerima dakwah? Sedikit kajian, pemerhatian dan penelitian dalam al-Quran, hadis dan sirah Nabi Muhammad SAW, didapati ada beberapa golongan yang sangat sukar menerima dakwah dan berdakwah kepadanya. Moga-moga kita terhindar daripada menjadi golongan seperti ini. 01.Mereka yang Menolak Kebenaran "Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun." - Surah Al-Anfaal: Ayat 22 Maksudnya, manusia yang paling buruk di sisi Allah yang Maha Agung ialah yang tidak mahu mendengar dan memahami kebenaran. (Rujukan : Tafsir Ibn Katsir) Zaman ini, setelah mendengar seruan Nabi Muhammad SAW, mereka mengingkarinya dan mengatakan itu adalah amalan orang-orang lama (konservatif) dan pemikiran yang beku (jumud). Mereka menolak hadis-hadis daripada Rasulullah SAW dengan pelbagai alasan, malah mengatakan hadis-hadis inilah punca perselisihan dan perpecahan umat Islam sekarang. Orang-orang seperti ini sangat sukar menerima dakwah kerana mereka sendiri enggan mengakui akan kebenaran Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW. Perkara ini bukan hanya terjadi pada orang kafir dan munafik sahaja, malah tergolong juga pada orang-orang yang mengaku Islam pada mulutnya, tetapi tidak beriktikad dalam hatinya. Mereka tetap bersolat dan melaksanakan ibadah sebagai seorang Muslim, tetapi mereka menolak apa yang diperintahkan Allah yang Maha Agung melalui Rasul-Nya dan sebenarnya mereka tidak mengetahui mereka telah cenderung kepada kemunafikan dan kekufuran. Contohnya; Mereka mengatakan ada perkataan dan hukum yang lebih baik daripada Al-Quran, malah mencaci pula Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa taat kepadaku, bererti dia telah taat kepada Allah SWT; dan barangsiapa menderhakaiku, bererti dia derhaka kepada Allah SWT." - Sahih Ibnu Majah: 0003 02.Mereka yang Taksub Mengikuti Tradisi "Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"- Surah Al-Baqarah: Ayat 170 Maksudnya, mereka yang telah diseru supaya mengikut perintah dan larangan Allah yang Maha Agung, tetapi mereka ingkar dan beralasan tradisi nenek moyang tidak boleh ditinggalkan, iaitu penyembahan berhala dan membuat sekutu-sekutu bagi Allah yang Maha Agung. (Rujukan: Tafsir Ibn Katsir) Zaman ini, manusia tidak terlepas daripada mengikut tradisi nenek moyang mereka walaupun hal itu bertentangan dengan syariat. Amalan-amalan khurafat zaman dahulu seperti keris sakti pusaka, cincin geliga yang mampu menyembuhkan penyakit, gelang dan rantai yang dapat memberi kesihatan dan pelbagai lagi sekutu-sekutu yang diciptakan bagi menidakkan kekuasaan Allah yang Maha Agung. Selain itu ada pula yang mengikuti tradisi kitab. Apabila berdakwah kepadanya mengenai sesuatu amalan atau ibadah yang bercanggah dengan syariat dan dikemukakan kebenaran dan faktanya, mereka mengatakan kitab itu hasil nenek moyang mereka dan mereka tetap mengikut kitab itu. Walhal kitab itu penuh penyelewengan seperti penuh hadis palsu, salah faham dalam penafsiran dan sebagainya. Orang-orang seperti ini sangat sukar berdakwah kepadanya kerana mereka begitu taksub dengan tradisi mereka. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menyeru ke jalan petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun daripada pahala-pahala amal mereka sama sekali. Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya dosa semisal (sama) dosa orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun daripada dosa-dosa mereka sama sekali." - Sahih Ibnu Majah: 0172 03.Menyangka Majoriti adalah Kebenaran Apa yang dimaksudkan adalah melihat ramai orang yang melakukan sesuatu kemungkaran dan kita menyangka bahawa perkara itu dibolehkan dalam syariat. Contohnya wanita yang memakai tudung yang jarang, wanita yang berbaju lengan pendek dan mempamerkan bentuk badan, wanita yang menyanyi di pentas (anugerah itu dan ini) dan pelbagai lagi yang bertentangan dengan syariat. Walaupun contoh diatas pelakunya adalah wanita, tetapi di belakangnya terdapat kaum lelaki yang membiarkan malah menganjurkannya pula kerana mereka (lelaki) juga menyangka perkara itu dibolehkan. Ini termasuk para suami dan para bapa, sedangkan lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita dan mereka akan ditanya tentang kepimpinan mereka. Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)." - Surah An-Nisaa': Ayat 34 Apabila tiba hari pembalasan, orang yang dipimpin akan mula menyalahi para pemimpinnya kerana terlalu takut. Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." - Surah Al-Ahzab: Ayat 67 Apa yang penting adalah, kebenaran itu didasari dengan ilmu. Di manakah pula cara, atau sumber kepada ilmu bagi mendapatkan kebenaran? Jawapannya adalah al-Quran dan hadis termasuk juga ijtihad dan kesepakatan seluruh ulama. Selain itu, terdapat juga ijtihad perseorangan ulama yang muktabar (kepelbagaian pendapat). Kebenaran itu tidak semestinya mengikut majoriti, jika terdapat kesalahan dan kesilapan orang terdahulu kemudian setelah diketahui kebenarannya, hendaklah kita menerima dengan hati yang terbuka dan perbetuli kembali kesalahan dan kesilapan itu agar tidak membiarkan generasi akan datang terus menerus dalam kesilapan. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran." Ia (Abu Hurairah) bertanya, Bagaimana orang (yang) tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?" Beliau (Nabi SAW) menjawab, "Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran." - Sahih Bukhari: 1746 04.Mereka yang Berilmu Pengetahuan "Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu." - Surah Al-Mukmin: Ayat 83 Di antara orang yang paling sukar didakwahkan juga adalah orang yang menyangka dia sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Sebarang pendapat yang berlainan dengannya akan ditentang habis-habisan walaupun bertentangan dengan hadis Nabi SAW. Mereka akan berhujah dengan kitab itu dan ini, kata-kata guru itu dan guru ini malah mereka lebih mengikut pendapat guru dan kitab mereka melebihi perkataan Rasulullah SAW sendiri. Apa yang lebih melucukan adalah, mereka menggunakan dalil yang langsung tidak layak seperti surat khabar, radio dan sebagainya bagi menentang atau beralasan menolak hadis Rasulullah SAW. 05.Orang yang Mempunyai Pangkat, Harta dan Kuasa "Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat daripada Kami, ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui." - Surah Az-Zumar: Ayat 49 Umum kita mengetahui sepanjang sejarah dakwah para Rasul dan Nabi mempunyai banyak tentangan daripada orang yang mempunyai pangkat, harta dan kuasa (sila rujuk sirah para Nabi dan Rasul). Keadaan ini berterusan pula sehingga ke hari ini, tetapi perlu diingat bahawapengulangan sejarah ini adalah sebagai satu pengajaran buat umat zaman akhir ini. Apakah yang telah terjadi kepada orang-orang yang menentang risalah Rasul mereka? Mereka menerima kebinasaan di dunia dan di akhirat. Mereka menganggap segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Maha Agung adalah kerana hasil usaha mereka sendiri. Mereka lupa bahawa nikmat itu pasti akan ditanya kembali pada hari pembalasan mengenai apakah yang telah mereka perbuat terhadap nikmat itu. Mari kita perhatikan kata-kata Qarun: Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka. - Surah Al-Qashash: Ayat 78 Kedua-dua ayat diatas menyatakan akan kesombongan golongan yang kelima ini. Apabila didakwahkan kepada mereka agar mentaati perintah Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya, mereka sangat sombong; mereka berkata ada perkataan yang lebih baik dari itu pada zaman moden ini. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk menambah kekayaan mereka sahaja dan takut rugi dari segi kehilangan pengaruh dan kuasa. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Setiap umatku masuk ke dalam syurga, selain orang yang enggan." Mereka bertanya, "Ya, Rasulullah, Siapakah yang enggan (masuk syurga) itu?" Jawab Nabi saw, "Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintah ku, maka sesungguhnya orang itu enggan (masuk syurga)." - Sahih Bukhari: 1952 06.Sangka Buruk "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian daripada prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjing (memfitnah, mengumpat atau mengata) satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." - Surah Al-Hujuraat: Ayat 12 Mereka ini sentiasa bersangka buruk pada orang lain, terutamanya kepada orang-orang yang mempunyai kelebihan daripada mereka. Mereka mencari-cari kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri. Mereka juga menganggap mudah mengenai hal-hal ilmu agama dan melihat orang lain lebih rendah dari mereka. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik daripada mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. - Surah Al-Hujuraat: Ayat 11 Mencela diri sendiri juga bermaksud mencela para mukmin yang lain. Orang seperti ini sukar didakwahkan kerana mereka menganggap orang lain semua sama seperti mereka termasuk juga para ilmuwan dan pendakwah. Padahal dalam al-Quran jelas mengatakan orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang jahil. "... Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az-Zumar: Ayat 9 Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." - Sahih Bukhari: 1915.

PERINGATAN ILAHI

Kiamat semakin hampir???Takan semua manusia tak terfikir apa yang ALLAH S.W.T nak tunjukan kepada kita semua dengan kejadian tsunami,gempa bumi khususnya di Jepun.Takan negara secanggih tu kena tsunami?itu kita tidak dapat nafikan lagi.ALLAH sudah beri peringatan kepada seluruh hamba-NYA.Semuanya telah tertulis di dalam AL-QURAN awal dulu lagi.Sekarang apa yang tertulis ternyata.Sama-sama kita fikirkan??? Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur. Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA. Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Friday, November 04, 2011

4 Golongan Lelaki yg Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka♦

♦4 Golongan Lelaki yg Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka♦


1 • Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


2 • Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


3 • Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


4 • Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

---------------------------------------------------------------

♦ Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦


Firman ALLAH S.W.T ~

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"

(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)

Friday, July 29, 2011

Blog Elektronik MyEnik: Membina litar projek

Blog Elektronik MyEnik: Membina litar projek: "Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai teknik membina litar projek di atas PCB. Untuk membina litar projek di atas PCB memerlukan pelba..."

Blog Elektronik MyEnik: Membina litar projek

Blog Elektronik MyEnik: Membina litar projek: "Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai teknik membina litar projek di atas PCB. Untuk membina litar projek di atas PCB memerlukan pelba..."

Friday, July 08, 2011

jadilah pencatur, bukan yang dicaturkan

Al-Fadzil Arifin



Apa yang terjadi di TANAH MELAYU terkesan di seluruh Nusantara

Kami bawakan anda konspirasi ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU



UMNO = United Malays National Organisation

PAS = Parti Islam SeMalaysia

PKR = Parti Keadilan Rakyat

(Artikel Suntingan Oleh MISTISFILES dari terbitan Lodgekeeper )



Dalam pesanan ringkas ini, saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak, dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal.Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada,

bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.



Gunakan akal anda.Bertindak dengan bijak.



Saya menujukan pesanan ini khusus kepada orang Islam di Malaysia atau Muslim Malaysia, khasnya orang Melayu kerana mereka adalah tunjang kepada majoriti umat Islam di Malaysia.



Saya mulakan dengan realiti politik di Malaysia.Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi.

Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,maka untuk tujuan propaganda,muncullah parti-parti politik.



Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai.

Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi; siapa meraih undi paling banyak,

dialah juara.

Maka untuk maksud ini, muncullah hukum Machiavelli-matlamat menghalalkan cara.

Penganut-penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara untuk mencapai undi paling maksimum.



Anda boleh memakihamun, menjatuhkan maruah lawan, mengeluarkan video lucah atau lompat parti.

Anda boleh merasuah pengundi, menabur janji palsu atau menipu undi pos.

Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu, memberi kerakyatan kepada warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali.

Anda boleh membuat persempadanan semula, merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media.

Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.



Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI.

UNDI ialah Tuhan demokrasi.

Dari rakyat kepada rakyat.

Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.



Dalam sistem demokrasi, dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak, sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu. Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang. Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang bodoh tadi mati.



Jadi, adakah kini kita menjadi pencatur atau kita sendiri dicaturkan?



Dalam sistem Islam, secara ringkasnya, kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura.

Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai, alim ulama, mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai.

Syura bukanlah kerajaan, tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan.



Jadi nampak di sini,

bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis.

Orang bijak yang memilih kerajaan, bukan majoriti.



Ini adalah sistem Islam. Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika nabi wafat, para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.

Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya. Mereka tidak menubuhkan parti.

Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.

Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan.

Mereka tidak hantar memorandum ke pada raja Mekah.

Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.

Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.

Bukan buang masa terpekik terlolong di jalanan.



Adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?



Dalam situasi di negara kita, kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM.

Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia.

Bukan sahaja kita yang terkena, malah Thailand sebagai contoh juga mengamalkan demokrasi walaupun majoritinya Buddha.

Ini boleh dipertimbangkan kerana Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan sistem politik kepada murid-muridnya.

Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan.



Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara.

Sistem Syariah di Malaysia berjaya mendaulat bab munakahah, iaitu hal ehwal kekeluargaan Islam.

Sistem ekonomi Malaysia semakin maju mendaulatkan bab muamalat, urusan sesama manusia dalam konteks ini,hal ehwal kewangan Islam.

Sistem ekonomi Islam baru popular sejak pertengahan 90-an setelah orang ramai nampak keberkesanannya, dan ia adalah pilihan (option) yang terbaik bagi mereka yang ingin lari dari sistem kapitalis yang bertuhankan kadar faedah,bunga atau penindasan ekonomi.



Bila orang hendak kahwin, mereka mahukan syariat.

Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan, mereka mahukan syariat.

Namun bila mahu mentadbir negara, mereka buang syariat.

Adakah hukum AlQuran boleh diambil dan dibuang sesuka hati?



Di dunia, anda boleh terlepas bebas, namun di akhirat anda tidak boleh lari.

Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti.



Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian?

Tunku Abdul Rahman,

Tun Abdul Razak

dan Tun Hussein Onn telah dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya, mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia?

Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.



Adalah Allah s.w.t menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan?

Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'?

Apa itu 'Negara Kebajikan'?

Rasulullah s.a.w pernah atau tidak bercakap tentang Negara Kebajikan?

Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam?



Ingat,

jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya namun masih tidak berjaya, anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti.

Namun apabila anda buang hukum-Nya dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya,

apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?

Anda layak diletakkan di kelompok para Sekular dan Komunis yang anda kecam dan makihamun semasa di dunia.



Jadi, adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?



Mari kita lihat apa yang ada di atas papan catur.

Kita ada UMNO,PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam.

Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh non-muslim, Selebihnya ialah NGO.

NGO ialah badan bukan kerajaan seperti Sister In Islam,Suaram,Perkasa dan lain-lain.

Dalam sesetengah keadaan, NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti.

Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti.



Dalam isu terkini, seperti isu Bersih 2.0, kita sebagai orang Islam, khasnya orang Melayu kena berfikir matang dan waras.



Pertamanya,

siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA.

Siapa penganjurnya,

siapa pendukungnya?

Jika anda tahu siapa di belakangnya, anda kaji, apakah pandangan sosio-politiknya, fikrahnya atau halatujunya.

Jika anda tahu siapa penggeraknya, tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?



Perempuan keturunan INDIA yang telah diWARGENEGARAkan menjadi rakyat Tanah MELAYU

(hari ini dengan lantang membuat sesuatu yang anda sendiri tak selesa untuk melihatnya)



Baca apakah motif mereka mengadakan perhimpunan tersebut.

Tanya diri, adakah menjadi keperluan untuk aku sertai mereka ?



Orang Melayu kena bijak,

kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 2.0 nanti.

Bagaimana? Anda kena baca tentang PAS yang berjanji akan menggerakkan kira-kira 300,000 orang

untuk menyertai perhimpunan itu.

Siapa mereka? Orang Melayu-Islam.

Adakah kita mendengar tentang janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 2.0?

Adakah anda terbaca, DAP akan menggerakkan 300000 orang Cina untuk menyertai Bersih 2.0?

TIDAK.

Tidak ada janji seperti itu.



Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam.

Yang buat kerja adalah Melayu Islam.

Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam.

Yang buang masa di tengah panas adalah kita, yang tolong tengok adalah mereka.

Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.



Mereka akan berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



Saudara-saudaraku, ini tempat lepak orang Melayu.



Lihat, masjid Kampung Baru ada dalam senarai. Mengapa mahu berkumpul di masjid, tidak di gereja atau tokong?

Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam.



Mengapa gunakan masjid?

INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.

Mengapa berkumpul di SOGO, bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang ?

Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu membeli belah dan 'hang out'.



Sekali lagi...

ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.

Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bukan di depan Berjaya Times Square?

Why?

Why my brothers?



Jadi,

adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?



Cukup.

Cukup kita dipergunakan. Jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu.

Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam.

Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR. Untuk tidak nampak dipergunakan, beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.

Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat.



Provokasi dijalankan, hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang.

Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang.

Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah.

Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan.

Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.

Mereka berselisih pendapat.

Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran,

musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda.

Silap haribulan, yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.

Non-Muslim akan bertepuk tangan

dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.



Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi.

Tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan adalah salah satu instrumen demokrasi sebagai satu cara kempen menentang yang dibenarkan.

Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi.

Masuk pilihanraya, dia masuk pilihanraya.



Berkempen,

oklah...

dia pun berkempen.

Raih undi,

dia pun raih undi.

Bila kalah,

maka demokrasi pun suruh PAS tunjuk perasaan.

Pas pun tunjuk perasaan.

Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO.

Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan.

Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah.

Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR, maka hukum Allah boleh diketepikan?



Siapa yang masuk tong najis, maka dia akan terpalit najisnya.

Pas terpaksa menanggung segala kebodohan ini sebab dia bermain dalam demokrasi.

Lihat PKR, dia tidak pandai hidup dalam tong najis, maka dialah yang paling hina dilemaskan dalam air tahi.

Yang pandai bermain tahi setakat ini adalah UMNO dan DAP.

Menariknya DAP memijak kepala PKR dan PAS untuk 'bernafas' di dalam tong najis.

Sekarang UMNO yang memiliki tong najis dan dia berhak mengawal tong najis supaya najis-najis tetap hidup segar bugar dalam tong.

Penjajah mengajar UMNO supaya jangan bersihkan tong najis. Jadi dia selesa memeluk tong najis.



Saya berpesan kepada saudara-saudara sayasupaya fikirkan tentang ini.

Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu,iaitu TUNGGU DAN LIHAT.

Jangan turun ke perhimpunan.

Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas.

Ingat, biar mereka yang buat kerja, bukan kita.



Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan.

Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong, paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong.

Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.



Ahli PAS, buat macam ini.

Tolong.

Anda kena bijak.

Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati,

INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA.



Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam.

UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam.

Kita kasi cantas dahulu musuh Islam.

Kemudian kita rawat UMNO, ajak mereka ke masjid, solat berjemaah.

Beritahu mereka kebesaran Allah s.w.t.

Keluarkan dari hati mereka kebesaran makhluk.

Masukkan kebesaran Allah ke dalam hati mereka.

Beritahu mereka keindahan Islam.

Hikmah melaksanakan perintah Allah.



Cintakan Allah,cintakan nabi.



Ingat, caranya mesti tepat dan betul, untuk menang di atas papan catur.

Tidak perlu saya beritahu adakah pesanan saya ini diizinkan untuk disebar atau tidak.

Adakah perlu turun ke perhimpunan atau tidak.

Jadilah pencatur, bukan yang dicaturkan

Sunday, May 29, 2011

free gaza

http://www.youtube.com/watch?v=l0aEo59c7zU&NR=1&feature=fvwp

Thursday, April 21, 2011

KISAH TELADAN



Manusia Berdiri Di Enam Persimpangan
Dari Abu Bakar r.a.:
            Yang bermaksud : “ Sesungguhnya Iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu. Nafsu di sebelah kirimu dan dunia berada di belakang engkau. Semua anggota tubuhmu berada di sekitar dirimu. Sedangkan ALLAH diatasmu. Maka Iblis ( kutuk ALLAH tertimpa ke atasnya), mengajakmu meninggalkan agama. Jiwa mengajakmu kea rah maksiat. Nafsu mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat. Dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat.
            Anggota tubuh mengajak untuk melakukan dosa. Dan Tuhanmu mengajak engkau masuk syurga serta mendapatkan keampunanNYA, sebagaimana firmannya yang bermaksud: “Dan ALLAH mengajak ke syurga serta menuju keampunanNYA”. Dan siapa yang memenuhi ajakan Iblis, maka hilang agama dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Siapa yang memenuhi ajakan nafsunya, hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan ALLAH Taala, maka hilang dari dirinya semua kejahatan, serta ia memperoleh semua kebaikan”.

Terbitan SYARIKAT NURULHAS
HIMPUNAN KISAH-KISAH TELADAN

KISAH TELADAN 2



Manusia Berdiri Di Enam Persimpangan
Dari Abu Bakar r.a.:
            Yang bermaksud : “ Sesungguhnya Iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu. Nafsu di sebelah kirimu dan dunia berada di belakang engkau. Semua anggota tubuhmu berada di sekitar dirimu. Sedangkan ALLAH diatasmu. Maka Iblis ( kutuk ALLAH tertimpa ke atasnya), mengajakmu meninggalkan agama. Jiwa mengajakmu kea rah maksiat. Nafsu mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat. Dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat.
            Anggota tubuh mengajak untuk melakukan dosa. Dan Tuhanmu mengajak engkau masuk syurga serta mendapatkan keampunanNYA, sebagaimana firmannya yang bermaksud: “Dan ALLAH mengajak ke syurga serta menuju keampunanNYA”. Dan siapa yang memenuhi ajakan Iblis, maka hilang agama dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Siapa yang memenuhi ajakan nafsunya, hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan ALLAH Taala, maka hilang dari dirinya semua kejahatan, serta ia memperoleh semua kebaikan”.

Terbitan SYARIKAT NURULHAS
HIMPUNAN KISAH-KISAH TELADAN

KAWALAN MOTOR DAN JENIS MOTOR ELEKTRIK



4.1 Pengenalan Kawalan Motor
            Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.

4.2  Fungsi Sistem Kawalan Motor.

1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan.
( No-volt coil atau No-volt release )
3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup         Bintang- Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.
4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem yamg mengawalnya.
5. Menghidupkan motor secara berperingkat.
6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.


4.3   Jenis-Jenis Penghidup Motor
  1. Penghidup Talian Terus ( Direct On Line Starter )
-       0HP hingga 3HP ( 0.37 kW hingga 3.7kW )
  1. Penghidup Bintang Delta ( Star-Delta Starter )
-       3HP hingga 10HP (2.3kW hingga 7.46kW)
  1. Penghidup Bintang Delta Mara Songsang ( Star Delta Forward / Reverse Starter )
-       3HP hingga 10HP (2.3kW hingga 7.46kW )
  1. Penghidup Alat Ubah Auto (Autotransformers Starter)
-       10 HP hingga 25 HP ( 7.46 kW hingga 18.6 kW )

kebaikan mengurangkan arus mula
Ø  Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung
Ø  Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor.
Ø  Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
Ø  Mengurangkan susutan voltan talian.
Ø  Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan
Keburukan mengurangkan arus mula
Ø  Mengurangkan daya kilas.
Ø  Kos meningkat dalam menyediakan alat-alat bagi sistem penghidup.
Ø  Keperluan penyelanggaran meningkat.

4.4   Jenis alat kawalan yang digunakan
-       Alat penghidup

Penghidup, pemula atau kawalan bermaksud satu sistem yang paling mudah untuk membantu menghidupkan dan menghentikan pergerakkan sesebuah motor. Ia juga dibekalkan dengan pelindung beban lampau (over load leakage).

-       Alat penyentuh

Merupakan sejenis suis yang dikendalikan oleh satu electromagnet yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan melengkapkan litar dengan menggunakan punat tekan.

Arus akan mengalir ke dalam gegelung dan menghasilkan urat daya magnet yang menarik omboh supaya ia bergerak dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.

Sesentuh-sesentuh suis disambung secara mekanikal ke omboh supaya apabila omboh bergerak kepada keadaan menutup,ia juga akan turut sama tertutup.
                    
Rajah 4.4.1      gambarajah binaan sesentuh

Prinsip kendalian penyentuh

- Boleh berfungsi pada 240V atau 415V.
- Bila gelung mendapat bekalan aruhan elektromagnet wujud pada teras besi.          - Teras tetap menarik teras boleh gerak dan juga menggerakkan bar bersilang.
- Bar bersilang mempunyai sesentuh boleh gerak dan menggerakkan sesentuh        tersebut.
- Saiz sesentuh bergantung pada keupayaan membawa arus sesentuh tersebut.

Simbol  Sesentuh

[untitledaaa.JPG]

-       Pelindung beban lampau

Untuk menghalang sesebuah motor elektrik dari terbakar ,maka satu pelindung beban lampau perlu diadakan untuk satu alat kawalan motor.

Semasa beban lampau berlaku terhadap sebuah motor,ianya akan mengeluarkan arus yang berlebihan yang mana akan menyebabkan kepanasan yang boleh merosakkan gegelung motor tersebut . Tetapi dengan adanya pelindung beban lampau,bekalan akan diputuskan bagi memutuskan arus pada motor dan beban.

Alat ini juga bertujuan untuk menjauhkan sesebuah motor dari mengeluarkan arus berlebihan.

-       Punat Tekan / Push Button

Terdapat berbagai bentuk dan jenis punat tekan (p/b) yang mana ia berfungsi sebagai p/ tekan hidup (p/b on) atau p/tekan henti (p/b off) untuk sesuatu kawalan motor.

Punat tekan ini biasanya dipasang pasa tempat yang mudah dicari atau ditemui oleh pengguna.

Ia menggunakan kekunci  sebagai keselamatan di mana ia sebuah kawalan motor tidak boleh dihidupkan tanpa kekuncinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net