Bercakap bohong ialah berkata-kata akan perkataan berlawanan
dengan kenyataan sehingga menjadikan orang lain percaya bahawa apa yang ia kata
atau ceritakan itu dianggap sebagai benar. Termasuk juga perkara yang diertikan
sebagai bohong ialah menyangka buruk terhadap seseorang. Iaitu mentafsirkan
dengan pengertian buruk terhadap perbuatan baik seseorang.
Bercakap bohong boleh juga mengakibatkan pergaduhan diantara
saudara-saudara, rakan taulan dan orang lain. Mereka yang suka bercakap bohong
tergolong di dalam golongan orang yang munafik.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya :
“Tiga tanda seseorang itu dikira sebagai munafik, walaupun ia
melakukan solat, puasa dan ia menyangka
menjadi seorang muslim. Tiga tanda itu ialah apabila bercakap ia berbohong,
apabila ia berjanji ia mungkir, dan apabila diamanahkan sesuatu ia khianat”.
( Riwayat Muttafak Alaihi )
Bercakap bohong ini banyak memberi kesan yang buruk kepada seseorang. Antaranya :
- Apabila ia bercakap bohong, ia akan mendapat dosa daripada Allah S.W.T.·
- Akibat selalu berbohong, seseorang akan kehilangan kepercayaan daripada orang lain.
- Seseorang yang bercakap bohong, sukar mendapat rakan atau teman yang baik.
- Seseorang yang bercakap bohong, fikirannya sering kali terganggu dan sering kali merasa kekusutan akan memikirkan kesudahan bohongnya itu.
- Bercakap bohong juga akan mengakibatkan seseorang itu tidak akan mendapat rasa hormat dari orang lain dan akan memalukan diri sendiri.
- Dan lain-lain kesan negatif yang teruk.
Maka, hindarkanlah diri dari bercakap bohong kerana bercakap
bohong akan sentiasa merugikan diri seseorang. Berkata-katalah sesuatu yang
benar kerana yang benar itu adalah dituntut
didalam Islam, yang benar itu juga tidak akan merugikan diri sendiri serta mudahnya seseorang akan mendapat
rakan,teman yang baik untuk selamanya.
Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin
<< Kredit Mesra Ilmu >>
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...