Nabi Ibrahim mempunyai
sebuah rumah kecil yang khas digunakannya untuk beribadat kepada Allah. Apabila
hendak keluar, rumah itu akan dikunci supaya tiada sesiapa pun yang boleh masuk
dan merosakkan rumah ibadatnya itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi Ibrahim
terkejut kerana sebaik memasuki rumahnya itu, didapati ada seorang lelaki di
dalamnya.
“Siapa kamu yang berani
menceroboh rumahku?” tanya Nabi Ibrahim.
“Aku dimasukkan ke dalam
rumah ini oleh tuan empunya rumah ini,” jawab lelaki itu ringkas.
Nabi Ibrahim terdiam. Dia
mula terfikir sesuatu. “Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?”
Lelaki tersebut menjawab
pertanyaannya, “Ya… aku adalah malaikat. Malaikat Maut!”
Lantas Nabi Ibrahim
bertanya, “Kalau begitu, bolehkah kamu tunjukkan kepadaku akan keadaan rupa
wajahmu apabila kamu hendak mencabut nyawa orang mukmin?”
Berkata malaikat maut,
“Berpalinglah kamu daripadaku buat seketika.”
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang harum semerbak.
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang harum semerbak.
Kata Nabi Ibrahim, “Wahai
malaikat maut, jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum
mereka mati, maka itu pun sudah cukup bagi mereka.
Suatu hari Nabi Ibrahim
didatangi oleh malaikat maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail adakah
malaikat maut itu boleh memperlihatkan wajahnya. Dia ingin benar melihat wajah
malaikat yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk Allah itu.
“Wahai Ibrahim, kalau itu
yang engkau minta, aku sedia melakukannya,” jawab Izrail.
Apabila sudah mendapat
keizinan, Nabi Ibrahim bertanya lagi, “Aku minta padamu Izrail, bolehkah kau
tunjukkan rupamu ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah Allah
dan berbuat zalim?”
Jawab Izrail, “Wahai
Ibrahim, kini kamu berpalinglah daripada melihatku buat seketika.”
Lalu Nabi Ibrahim pun
memalingkan mukanya. Seketika kemudian Nabi Ibrahim memandang kembali ke arah
malaikat maut. Seketika itu juga Nabi Ibrahim melihat suatu lembaga berbentuk
lelaki hitam dan rambunya keriting. Dari mulut dan lubang hidung malaikat maut
itu keluar lidah api yang menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.
Apabila melihat keadaan
malaikat maut yang mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus jatuh dan pengsan.
Setelah Nabi Ibrahim sedar semula, Izrail pun kembali menunjukkan wajahnya yang
cantik dan bersinar-sinar.
Berkata Nabi Ibrahim,
“Wahai malaikat maut, kalaulah orang yang zalim itu melihat mukamu sebelum
mereka mati, maka itu pun sudah memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada
Allah.”
Sumber : Harian Islam
<< Kredit Mesra Ilmu >>
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...