4.1 Pengenalan Kawalan Motor
Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
4.2 Fungsi Sistem Kawalan Motor.
1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan.
( No-volt coil atau No-volt release )
3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup Bintang- Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.
4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem yamg mengawalnya.
5. Menghidupkan motor secara berperingkat.
6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.
4.3 Jenis-Jenis Penghidup Motor
- Penghidup Talian Terus ( Direct On Line Starter )
- 0HP hingga 3HP ( 0.37 kW hingga 3.7kW )
- Penghidup Bintang Delta ( Star-Delta Starter )
- 3HP hingga 10HP (2.3kW hingga 7.46kW)
- Penghidup Bintang Delta Mara Songsang ( Star Delta Forward / Reverse Starter )
- 3HP hingga 10HP (2.3kW hingga 7.46kW )
- Penghidup Alat Ubah Auto (Autotransformers Starter)
- 10 HP hingga 25 HP ( 7.46 kW hingga 18.6 kW )
kebaikan mengurangkan arus mula
Ø Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung
Ø Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor.
Ø Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
Ø Mengurangkan susutan voltan talian.
Ø Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan
Keburukan mengurangkan arus mula
Ø Mengurangkan daya kilas.
Ø Kos meningkat dalam menyediakan alat-alat bagi sistem penghidup.
Ø Keperluan penyelanggaran meningkat.
4.4 Jenis alat kawalan yang digunakan
- Alat penghidup
Penghidup, pemula atau kawalan bermaksud satu sistem yang paling mudah untuk membantu menghidupkan dan menghentikan pergerakkan sesebuah motor. Ia juga dibekalkan dengan pelindung beban lampau (over load leakage).
- Alat penyentuh
Merupakan sejenis suis yang dikendalikan oleh satu electromagnet yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan melengkapkan litar dengan menggunakan punat tekan.
Arus akan mengalir ke dalam gegelung dan menghasilkan urat daya magnet yang menarik omboh supaya ia bergerak dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.
Sesentuh-sesentuh suis disambung secara mekanikal ke omboh supaya apabila omboh bergerak kepada keadaan menutup,ia juga akan turut sama tertutup.
Rajah 4.4.1 gambarajah binaan sesentuh
Prinsip kendalian penyentuh
- Boleh berfungsi pada 240V atau 415V.
- Bila gelung mendapat bekalan aruhan elektromagnet wujud pada teras besi. - Teras tetap menarik teras boleh gerak dan juga menggerakkan bar bersilang.
- Bar bersilang mempunyai sesentuh boleh gerak dan menggerakkan sesentuh tersebut.
- Saiz sesentuh bergantung pada keupayaan membawa arus sesentuh tersebut.
Simbol Sesentuh
- Pelindung beban lampau
Untuk menghalang sesebuah motor elektrik dari terbakar ,maka satu pelindung beban lampau perlu diadakan untuk satu alat kawalan motor.
Semasa beban lampau berlaku terhadap sebuah motor,ianya akan mengeluarkan arus yang berlebihan yang mana akan menyebabkan kepanasan yang boleh merosakkan gegelung motor tersebut . Tetapi dengan adanya pelindung beban lampau,bekalan akan diputuskan bagi memutuskan arus pada motor dan beban.
Alat ini juga bertujuan untuk menjauhkan sesebuah motor dari mengeluarkan arus berlebihan.
- Punat Tekan / Push Button
Terdapat berbagai bentuk dan jenis punat tekan (p/b) yang mana ia berfungsi sebagai p/ tekan hidup (p/b on) atau p/tekan henti (p/b off) untuk sesuatu kawalan motor.
Punat tekan ini biasanya dipasang pasa tempat yang mudah dicari atau ditemui oleh pengguna.
Ia menggunakan kekunci sebagai keselamatan di mana ia sebuah kawalan motor tidak boleh dihidupkan tanpa kekuncinya.