ANDA MEMANG CANTIK
Dalam kebanyakkan program motivasi yang saya kendalikan, selalu saya bertanya, "Anda semua yang berada di dalam dewan ini, siapa rasa dirinya cantik sila angkat tangan." Tiada. Kemudian saya ulang, "Siapa –siapa yang merasa dirinya cantik sila angkat tangan." Masih tiada. "Hai, tak ada seorang pun dalam dewan yang besar ini cantik?" Soal saya.
Kemudian saya akan bertanya lagi buat kali ketiga, "Sesiapa di dalam dewan ini yang merasakan dirinya lawa dan cantik silalah angkat tangan." Adalah dua tiga orang yang mengangkat tangannya, itu pun malu-malu, takut-takut dan antara ya dan tidak. Sebenarnya bukan tangan yang diangkat tetapi jari, rendah paras dada, takut dilihat dek orang. "Sungguh kita ini tak tahu diuntung". Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik. Padahal kita dicipta oleh ALLAH, yang Maha Bijaksana. Beranikah anda mengatakan diri anda tidak cantik, sedangkan anda dicipta oleh ALLAH?" Senyap…
Kemudian saya akan bertanya lagi, "Siapa –siapa disini metrasakan dirinya masih tidak cantik, sila angkat tangan." Masing-masing toleh menoleh dan bertukar senyum, setengah-setengah tertawa kecil tetapi tiada siapa sanggup mengangkat tangan. "Jadi, kalau begitu, apakah ini bermakna anasemua cantik? Ya atau Tidak. Jawab, " Yaaaaa!!!!" jawab semua orang sambil tertawa dan juga bersemangat. "Baik, soalan saya yang terakhir. Siapa-siapa didalam dewan ini yang merasakan dirinya cantik sila angkat tangan, tinggi sekali." Seluruh dewan riuh dan tangan-tangan kelihatan menceracak di sema sudut. "Ha, barulah betul," kata saya. Dewan terus riuh dan dan gamat sekali dengan tertawa ceria dan juga cakap-cakap yang tidak jelas butir bicaranya. "Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan ALLAH? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan ALLAH itu tidak cantik? Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik, sedangkan kita dicipta oleh ALLAH?" Soal saya. "Setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham sekarang ini adalah ukuran manusia. Ukuran ALLAH berbeza. Amat berbeza malah jauh sekali daripada ukuran yang kita buat".
Begitulah kita, selalu gagal merangsang diri sendiri dengan keyakinan-keyakinan yang padu, padahal hidup itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut, hati, perasaan, emosi, kemahuan, kehendak, cita-cita, azam, usaha, pemikiran dan segala macamnya lagi.
Bagaimana hidup ini hendak dijalani dengan penuh tertib dan adil jika kita marasakan TUHAN tidak adil terhadap kita. TUHAN menciptakan kita dengan pelbagai rupa sebagai bukti kekuasaannya dan selagi namanya ciptaan ALLAH tiada yang buruk. Kita semua cantik, lawa, macho, handsome, menarik, unik, mengancam dan segala-galanya. Bagaimanapun keadaan anda, anda adalah cantik. Anda bukan sahaja cantik, bahkan menarik sekali. Anda akan bertambah cantik sekali jika disulami akhlak, peribadi, dan pegangan agama yang kukuh. Setiap kali melihat cermin tanyalah diri apakah ALLAH saying padaku? Jika anda boleh menjawab spontan tanpa teragak-agak atau berfikir sejenak, anda seorang yang baik, tetapi sebaliknya jika anda tidak dapat menjawab atau mereka-reka jawapan, anda mungkin termasuk di kalangan orang yang tidak berapa baik. Yakinilah diri anda cantik luar dan dalam. Cantik luar dan dalam bermakna anda baik. Jika anda baik anda tentu disayangi oleh semua orang termasuklah TUHAN yang menciptakan. Syabas, anda memang cantik!.