Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, June 20, 2013

Hasan Jendul Punya Cerita...

Sifat ramah tamah ni adalah satu sifat yg menyerikan rumahtangga. Bila suami balik keja contohnya, suami ada benda nak cerita kat isteri. Isteri pun bila suami cerita tu, isterì tunjuk kata dia bagi perhatian, kemudian sat lagi suami pulak dengaq apa isteri nak komen. Nampak suasana ceria tu.

Jangan bila suami balik, masuk2 ja dalam rumah dgn muka masam tambah cengeynya sampai isteri rasa dalam
hati,"balik dah laki aku ni..rimas aku.. kalau tak balik pun takpa.."

Balik ja suasana jadi tegang. Balik ja anak2 jadi ketakutan. Jadi tak tenteram rumah tu dgn kerana balik dia ni. Sehinggakan anak isteri rasa kalau dia ni tak balik pun lagi elok dari dia balik. Allah swt tak beri kebaikan dalam rumah tu.

Ingat naa..di dalam sebuah hadith sahih riwayat Imam Muslim nabi saw pernah berkata kepada isteri baginda Siti Aisyah, kata nabi saw" Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu bersifat ramah dan Dia suka kepada orang yang ramah. Dan Allah akan beri kepada orang yang bersifat ramah ini anugerah yang tak diberikan kepada orang yang bersifat keras. Dan Allah tidak akan beri apa2 kebaikan kepada orang yang bersifat keras ini.."

____________________________________________________

Lelaki fitrahnya membimbing wanita dan lelaki yg baik adalah lelaki yg boleh membimbing wanita ke jalan Allah swt. Jadi orang pompuan jangan mudah tertipu dan terpedaya dgn ayat2 lelaki yang mengorat versi baik," Saya tertarik la dgn posting2 saudari, kalau boleh saya nak saudari bimbing saya supaya jadi baik...bla,bla,bla.."

Kalau betul lelaki tu nak jadi baik dia pasti cari ustaz, tok guru atau kawan2 hat perangai elok. Hat kalut pi suruh pompuan bimbing pasaipa? Tak lain tak bukan ni mesti ada udang di sebalik kue tiaw ni !!! Aku tau la pasai tadi aku baru pekena kue tiaw goreng tengok2 bawah kue tiaw tu ada udang ! Hahahaha !!!

_______________________________________________________

Nak tegelak(gelak dah sebenaqnya) dgn sesetengah orang yg suka kondem ustaz2. Tak kira la ustaz mana pun. Bila ustaz tu cakap lembut2 depa kata boring la ustaz tu. Bila ustaz mengajaq tegas sikit depa kata tak berhikmah. Bila ustaz tu berceramah kasaq sikit depa kata ustaz tu kata kat orang. Bagi depa suma ustaz bermasalah. Ustaz ni tak betul, ustaz tu tak betul. Habeh hang sorang ja betul? Kalau
camtu hang la jadi ustaz..

La ni sapa yg ada masalah? Hangpa ka atau para ustaz tu yg ada masalah? Aku rasa hangpa yg ada masalah. Hangpa nak ustaz yg perfect macam mana? Nak hat macam Imam Syafie baru hangpa nak mai mengaji? Nak macam Imam Malik mai masjid hangpa baru hangpa kalut nak bukak kitab? Mana ada dah la ni ustaz hat hebat macam Imam2 tu suma. La ni hat dok ada ustaz2 hat tu ja. Takkan pasal sikit kelemahan dia hangpa tolak dia? Dah nama kata ustaz mesti ada kelemahan dia. Ustaz pun manusia jugak. Kalau hangpa pi korek cari kelemahan dia pakat tak mengaji la hangpa. Takkan kerana ustaz tu kata kat orang sikit hangpa kondem dia teruk2. Takkan pasal bahasa dia kasaq sikit hangpa takmau mai masjid mengaji kat dia ? Habaq teruih terang yg sebenaqnya hangpa MALASS !! Habeh cerita !


________________________________________________

Ada satu ketika di zaman nabi saw dulu, nabi saw nak lancaqkan satu perang ke atas musuh islam. Kumpulan yg nabi saw nak hantaq ni lebih kurang tiga ratus orang. Zaman nabi saw kalau perang besaq dia panggil ghazwah. Macam perang uhud tu dipanggil ghazwatul uhud. Kalau perang hat melibatkan bilangan yang sikit macam dua, tiga ratus orang dipanggil sariyyah.

Berlaku satu perang kecik, nabi saw han
taq tentera islam lebih kurang tiga ratus orang. Dalam kumpulan yg nabi saw hantaq tu ada saiyidina Umar Al Khattab dan beberapa sahabat besaq lain. Nabi saw tak lantik saiyidina Umar jadi ketua sebaliknya nabi saw lantik Abu Ubaidah Al Jarrah.

Ok stop takat tu. Apa pengajaran yg kita dapat dari cerita ringkas kat atas?

Pengajarannya ialah sahabat2 nabi saw ni depa tak gaduh apa. Walaupun dari segi senioriti dalam kumpulan hat nak pi perang tu saiyidina Umar kita top la. Sepatutnya dia yg patut dipilih jadi ketua pasukan tapi dak,nabi saw tak lantik dia sebaliknya nabi saw lantik Abu Ubaidah.

Nabi saw lantik Abu Ubaidah jadi ketua pasukan, saiyidina Umar tak calaq hati sikit pun. Kot Saiyidina Umar nak kata nabi saw silap pasaipa tak pilih dia dak sekali-kali. Kerana saiyidina Umar tau kalau itu keputusan nabi maka itulah yg terbaik.

Kita pulak tak boleh nak amek contoh sikap saiyidina Umar ni pasal kita berasa kita yg patut jadi ketua. Tengok2 dapat kat orang lain.Kita mula berasa kecik hati. Mula la kita merungut dlm hati awat pilih dia, dia tu bagus sangat ka, aku keja lama dah awat tak pilih aku dan mcm2 lagi pemikiaqan yg menunjukkan kita tak redha dgn ketentuan Allah swt.


______________________________________________________

Ini pengakuan kami kaum lelaki kepada hangpa kaum hawa...

Kami kaum lelaki ni bukan apa, macam yang hangpa tau, kami amat payah menahan pandangan mata kami ketika melihat hangpa. Pantang hangpa lalu depan kami ja, tak kira la hangpa pakai baju pa pun, pakai baju kurung warna warni ka, bertudung bawai ka, bertudung stail Hana Tajima ka, stail Heliza ka, mata kami ni secara automatik dan tanpa perl
u tekan kelas akan mengusha hangpa. Automatik. Usha tu pulak dgn serapat mungkin. Diulangi, serapat mungkin ! Apatah lagi kalau hangpa berbaju ketat berseluaq jeans sendat, nampak pusat, body pulak hot dan hebat, masyaAllah ! mau tenganga mulut kami serta tersembui keluaq bijik mata kami. Sungguh ! Bukan melawak ni !

Oleh sebab tu, kami kaum lelaki yang prihatin terhadap hangpa (yang tak prihatin toksah kira, depa tak kesah hangpa pakai pa janji buleh usya rapat) mintak tolong sangat2, tolong bagi lebaq serta longgaq pakaian hat hangpa pakai tu saudari2 sekalian, katup rambut hangpa tu hingga ke dada dengan tudung yang mengikut syarak. Tolong jangan dera perasaan kami. Tak kesian kat kami kaa? Hangpa kan punya hati yang lembut..

Kasihanilah kami kaum lelaki wahai kaum hawa sekalian, kami ni nampak ja gagah tapi sebenaqnya kami kaum yg lemah :(


___________________________________________________

Ada ramai orang suka komplen kata," Ustaz ni kasaq, kalau dia berlembut sikit macam Ustaz Don Danial mesti ramai orang suka.."

Ada satu cadangan lagi pulak kata," Ustaz hat ni tegas sangat, kalau ustaz ni selit lawak jenaka dalam kuliah dia macam Ustaz Azhar Idrus mesti aku pi mengaji kat dia.."

Nasihat saya, biaq la ustaz2 dengan cara dan kehendak depa dalam menyampaikan ilmu, jangan dipaksa kehendak kita ke atas guru, hormati depa semua dan duduk belajaq dari depa dan bukan mengajaq depa !

___________________________________________

Semalam masa nak pi main badminton lalu kat depan masjid padang temusu. Memang selalu lalu kat situ pun kalau pi main badminton. Tapi semalam masa aku lalu kat situ, masjid tu ada buat ceramah tentang isu yang terjadi kat syria la ni. Siap pasang skrin lagi. Apa lagi aku pun berhenti sat la nak dengaq.

Sambil dok atas motor dgn helmet tak buang aku dengaq ceramah tu. Aku cam suara penceramah tu.
Dia ustaz Amri Nasrun. Ustaz biasa mai masjid Al Barakah masa bulan puasa lepas jadi penterjemah kepada sorang sheikh dari syria.

Satu persatu kejahatan puak2 syiah pimpinan Basyar Al Asad dibongkarkan. Meremang bulu roma bila tengok video sorang lelaki sunni ditanam hidup2 oleh tentera2 laknat Basyar. Video tu pernah aku tengok kat fb lama dulu. Aku rasa hangpa pun biasa tengok. Sebelum lelaki sunni ni ditanam, tentera Basyar menyuruh dia mengucap kalimah," Katakan bahawa tiada tuhan melainkan Basyar wahai binatang...!!" dah la depa suruh ucap kalimah kufur kemudian gelar pulak lelaki sunni hat nak kena tanam tu binatang.

"Hangpa la binatang wahai tentera Basyar woi !!" marah aku dalam hati. Menyirap darah tengok saudara seagama diperlakukan sebegitu rupa. Tapi iman lelaki sunni ni tetap teguh. Dia tetap mengucapkan kalimah tauhid 'Lailahaillallah' sehingga akhirnya dia ditanam hidup2. Allahurabbi...

Di syria, ustaz menerangkan suma pelajar2 malaysia yg baru sampai di sana akan diberi peringatan oleh senior2 supaya tidak memanggil Basyar dgn namanya tapi dengan panggilan lain yaitu 'pak long'. Di syria nak sembang politik orang takut pasai mata2 gelap dok ada banyak. Nak bekumpul ramai2 tk dibenarkan.

Takat tu ja kut. Cumanya aku nak habaq kegigihan ustaz Amri Nasrun dalam usahanya menyebarkan kesesatan dan kejahatan puak2 syiah. Dan salah satu cara yg berkesan untuk menghalang ajaran sesat syiah menular di Malaysia ni adalah ceramah dan kuliah di masjid disertakan dgn skrin. Tunjuk kat para jemaah apa yg sebenar-benarnya terjadi kat syria la ni. Tunjuk apa itu syiah dan bahaya syiah. Kerana yg mai masjid ni kadang2 orang2 tua yg tak pernah tahu guna internet. Apatah lagi nak berfb dan bukak Youtube. Maklumat tk sampai kat depa. TV pun tak tunjuk dan memang takkan tunjuk !

__________________________________

Mencuba melupakan seorang yang anda cintai itu adalah seperti cuba mengingati seseorang yang tidak pernah anda kenal..
__________________________________
Jangan pandang rendah kepada konsep dan uslub dakwah. Islam kaya dengan uslub dakwahnya. Lihat saja ustaz Azhar Idrus, dengan lawak kasaqnya mampu fahamkan orang terutama golongan muda terhadap hukum agama. Tengok pulak ustaz Don Danial, dengan gaya bahasa yang lembut mampu membuat orang insaf. Lihat ustaz Pahrol Mohd Juoi di Siaran IKIM, dengan kekreatifan dan petah berkata-kata mampu menarik gol
ongan elit cinta kepada islam. Lihat jugak ustaz Ismail Kamus, dengan gaya penyampaian yang mencuit hati. Ustaz Mutalib Maarof dengan ketegasan beliau mampu mendisiplinkan pelajar2nya. Ustaz Zaharudin dengan bidang kepakarannya. Ustaz Shamsuri dengan loghat pinengnya. Ustaz Abdullah Khairi dengan gaya motivasinya. Tak lupa jugak tok guru Nik Aziz, satu2nya tok guru yang mengikut sunnah nabi saw menjadi pemimpin sebuah negeri. Itu jugak dakwah. Dan banyak lagi ustaz dengan gaya dakwah tersendiri(hangpa boleh senaraikan di ruangan komen) yang mampu menarik orang ramai cinta kepada agama.

Tanggungjawap kita apa? Tanggungjawap kita ialah support golongan ustaz ni. Nak support macam mana? Hadiri kuliah2 depa. Ambik pengajaran dan amalkan apa yang dipelajari dari depa. War2kan kedatangan depa bila depa mai kat tempat hangpa. Yang paling utama jangan kondem depa ! Ishh..aku cukup geram orang yang kondem ustaz2 ni !

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net