Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, June 20, 2013

Kisah Orang-Orang Nasrani Berhujah Dengan Nabi SAW

Orang2 nasrani/kristian ni kot mana pun depa kata nabi Isa adalah anak Allah. Oleh kerana Isa anak Allah maka Isa pun dikira tuhan jugak. Orang2 nasrani ni dari dulu lagi, dari zaman nabi Muhammad saw dulu sampai la ni dan sampai kiamat, depa tetap dengan pendirian depa yang Isa ni anak Allah. Depa percaya bahawa Allah, Maryam dan Isa berkongsi satu nyawa. Depa menganggap Maryam dan Isa adalah tuhan.

Dalam surah Ali Imran ada cerita panjang tentang perkara ni. Sampailah nabi saw tak boleh tahan dah dgn puak2 nasrani pada masa tu maka nabi saw jemput orang2 nasrani daripada Najran untuk bertemu baginda di Madinah. Najran ni kubu kuat orang nasrani. Sepertimana Khaibar menjadi kubu kuat bagi orang yahudi, maka Najran menjadi kubu kuat bagi orang2 nasrani.

Nabi saw kata," Panggil orang2 alim di dalam agama kamu untuk berdebat denganku.."

Dan puak2 nasrani daripada Najran sahut cabaran nabi saw untuk berdebat. Enam puluh orang nasrani datang ke Madinah dengan kuda dan pakaian yang hebat2.

Dalam enam puluh orang yang datang ke Madinah tu ada empat belas orang alim ulama' depa. Dan kumpulan tu diketuai oleh Abu Haritsah bin Al Qomah. Abu Haritsah bin Al Qomah ni satu orang yang paling alim dalam agama nasrani. Dia alim kitab Injil. Dan dia ni kalau dia berkunjung pi ke negeri Rom, raja Rom akan turun dari singgahsana pi sambut Abu Haritsah ni kerana hormat dia.

Lalu setelah depa tiba di Madinah, duduk beradap dengan nabi saw, di depan orang2 nasrani dan orang2 islam perdebatan dimulakan. Alim ulama' nasrani tetap dgn pendirian depa kata Isa anak Allah. Oleh kerana Isa anak Allah maka Isa pun tuhan jugak. Dakwa alim ulama' nasrani tersebut.

Nabi saw tanya," Apa alasan kamu yg mengatakan Isa itu adalah tuhan?"

Lalu depa berhujah," Kami mengatakan Isa itu tuhan kerana yang pertama Isa boleh menghidupkan orang mati. Siapa yang boleh menghidukan orang mati? Yang boleh menghidupkan orang mati hanya Tuhan maka Isa itu tuhan !"

Depa berhujah lagi," Yg kedua Isa boleh mencelìkkan mata orang yang buta matanya sejak dari orang tu lahir lagi. Siapa yang boleh buat macam ni? Tak lain tak bukan Tuhan saja. Maka Isa boleh buat macam ni maka Isa itu tuhan !"

Depa berhujah lagi," Yang ketiga Isa boleh menyembuhkan penyakit sopak yang tabib paling handal tak boleh sembuhkan. Siapa yang boleh menyembuhkan penyakit sopak ni? Tidak lain hanya Tuhan. Maka Isa boleh menyembuhkan penyakit maka Isa adalah tuhan."

Depa berhujah lagi," Yang keempat Isa boleh memberikan nyawa kepada benda yang tidak bernyawa, Isa ambil tanah liat kemudian dibentukkan seperti burung kemudian Isa hembus dan burung dari tanah liat itu boleh bernyawa dan terbang. Siapa yg boleh buat satu benda daripada tak bernyawa tiba2 boleh bernyawa? Tak lain tak bukan Tuhan saja yang boleh buat semua ni. Isa boleh buat semua ni maka Isa itu Tuhan."

Depa sambung lagi hujah depa," yang kelima Isa juga tahu benda2 ghaib, Isa tahu bila satu orang datang depan dia, Isa tahu orang itu telah makan apa dan kemudian orang itu akan makan apa nanti bahkan Isa tahu apa yang disimpan di dalam rumah orang tu. Jadi ya Muhammad, siapakah yang tahu benda2 ghaib ni semua? Tak lain tak bukan Tuhan. Isa tahu benda2 ghaib maka Isa itu tuhan !"

Kemudian depa tanya satu soalan kepada Nabi saw,"Ya Muhammad, siapa bapa kepada Isa ?"

Setelah diasak bertubi2 oleh depa, lalu Nabi saw kata kat puak2 nasrani Najran," Aku minta tangguh untuk menjawap soalan kamu semua kerana soalan itu tak mampu aku jawap melainkan dengan pertolongan Allah."

Tak lama selepas itu, Allah swt turunkan kepada nabi saw ayat 1-80 daripada surah Ali Imran menceritakan secara complete tentang kisah nabi Isa as untuk membidas hujah2 alim ulama' nasrani itu.

Nabi saw mai balik depan orang2 nasrani Najran, kemudian nabi saw baca surah Ali Imran depan depa suma. Nabi saw baca, nabi saw baca sampai suma terdiam dan terpegun mendengaq kalam dari Allah yang dibaca Nabi saw.

Kemudian nabi saw menegaskan Isa bukan anak Allah. Isa hanyalah nabi dan rasul yang diutuskan Allah.

Berkata nabi saw," Apa yang kamu semua khabarkan tentang Isa boleh menghidupkan orang mati, boleh menyembuhkan penyakit sopak, boleh mencelikkan orang yang buta dari kecil, boleh buat satu benda tak bernyawa kepada bernyawa dan tahu perkara2 ghaib itu memang betul. Memang Isa boleh buat semua itu tetapi itu bukan tanda ketuhanan tapi tanda kenabian Isa. Semua kelebihan itu adalah mukjìzat yang Allah kurniakan sebagai bukti kenabian Isa. Apa yang kamu khabarkan itu betul tapi tafsiran kamu salah !"

Ulama' nasrani Najran tak dapat terima hujah yang dikemukan Nabi saw walaupun hujah itu datang dari wahyu Allah swt. Depa tetap dengan kedegilan depa. Lalu Allah swt perintahkan Nabi saw bersumpah mubahalah dgn puak2 nasrani. Kata nabi saw kepada depa," Jika kamu semua masih degil dan tetap dgn pendirian kamu, marilah kita bersumpah mubahalah, kamu kumpulkan kaum kerabat kamu, anak-anak kamu, sahabat2 kamu dan isteri2 kamu dan kami pun akan panggil kaum kerabat kami, anak2 kami, sahabat2 kami serta isteri2 kami lalu bersumpah dgn nama Allah, jika sekiranya salah satu diantara kita berdusta, laknat Allah akan menimpanya..!"

Bila nabi saw cabar depa untuk bersumpah, depa mintak tangguh untuk berbincang sesama depa.

Yang kata 14 orang alim ulama' nasrani ni pun berbincang. Di akhir perbincangan, bangkit orang paling kanan kumpulan ulama' nasrani yang bernama Abdul Masih, katanya," Tuan2 semua, ada beberapa perkara yang ingin aku beritahu kepada kalian. Yang pertama, kita semua percaya bahawa Muhammad itu nabi akhir zaman. Yang kedua, kita semua tahu siapa jugak manusia yang lawan nabi akan dibinasakan Allah. Yang ketiga aku menasihatkan agar kita berdamai dengan Muhammad dan kita pulang. Kita dengan agama kita, Muhammad dengan agama dia.."

Maka pendapat Abdul Masih tadi dipersetujui oleh semua orang. Akhirnya depa pi jumpa nabi saw dan minta berdamai dan takmau bersumpah mubahalah.

________________

Ulama'2 nasrani ni alim kitab Injil. Di dalam kitab Injil pun ada sebut tentang kelebihan2 nabi Isa as yang depa hujahkan sebelum ni kerana kitab Injil tu pun Allah jugak yang turunkan. Cumanya, ulama2 nasrani ni, depa pinda sebahagian isi kandungan kitab Injil. Depa pi pinda cerita tentang kedatangan nabi Muhammad saw. Depa pi pemohong kat pengìkut depa bahawa Isa adalah satu2nya nabi yang terakhir, takdak dah nabi selepas tu. Depa pi padam ayat yg cerita tentang nabi Muhammad saw tapi depa tau pasal kitab Injil asal ada kat depa dan disembunyikan.

 www.facebook.com/Zunnuun
 www.facebook.com/pages/Kami-Anak-Melayu-Terhebat-Masa-Kini/368820096562793

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net