Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, June 20, 2013

Keluhan Teruna Dan Dara

Keluhan si Teruna.... 

Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !Aku ingin kahwin, 
Tapi tak mampu! 
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju. 
Apa nak buat, sudah nasibku.Operator kilang bateri pekerjaanku 
Gajiku pulak, tak sampai seribu.. 
Tapi bakal isteriku tu editor.. 
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !! 
Hai.. Aku pun tak tahu..Apa nak jadi, dengan bangsaku. 
Makin jauh dan tenggelam,Dalam keduniaan dan pembaziran. 
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan. 
Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut ! 
Bersanding kan adat Hindu,Apasallah kita ni, dungu ? 
Kitakan dah Islam..Beratus tahun dahulu ? 
Kenduri kahwin tu, bukannya salah 
Asalkan dibuat, mengikut sunnah 
Takde pembaziran, takde bid'ah 
Lebih gembira, lebih meriah ! 
Kalau duit tu, kita buat sedekah 
Dirikan masjid ke, atau madrasahKan lebih baik, dan barakah ? 
Mendekatkan kita, kepada Allah ? 
Aku nak kahwin, dan merasa bahagia.. 
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa 
Tapi kalau begini, macam mana ? 
Boleh jadi papa kedana ! 
Hai Muslim.. Hai Muslimah..Bilakah kita, akan berubah ? 
Ikutilah cara Rasulullah..Kan lebih baik, dan diberkati Allah ? 

KELUHAN SI DARA..... 
Ayah ! Ibu !Ampunkan Daku ! 
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu ! 
Kahwin itu besar pengertiannya 
Bukan sekadar suka-suka 
Semua orang kahwin minta bahagia 
Aku pun mahu berteman jugaBukan harta benda ataupun rupa 
Mahupun bujang atau yang duda 
Aku tak kisah tua ke mudaAsalkan baik hati budinya 
Ku cuba cari teman sejatiYang memahami hati ini 
Seorang yang berjiwa murni 
Teguh peribadi dan positif personaliti 
Seorang Muslim yang solehah 
Gaya hidup mengikut Sunnah 
Menjadi contoh anak isteriMembimbing keluarga yang mithali 
Duit hantaran dan persandingan 
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan amanYang penting pernikahan 
Adat resam mesti dijagaAsal tidak melanggar Aqidah 
Ramai Melayu masih lupa 
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah 
Buatlah majlis yang sederhana 
Ijab kabul biar sempurna 
Pasangan mempelai diraikan bersama 
Sebagai pengumuman pada semua 
Duit hantaran jangan dibazirkan 
Buat simpanan masa hadapan 
Suami isteri harus muafakat 
Agar ekonomi keluarga terselamat! 
Wahai Ayah ! Wahai Ibu !Ku mohon doa ku mohon restu 
Biar pun lambat jodoh ku temu 
Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku 

www.facebook.com/Zunnuun 

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net