Pada suatu hari, Imam Hambali sedang dalam perjalanan jauh
bersama-sama teman-temannya. Kerana jauhnya perjalanannya, mereka kehabisan
makanan dan perbelanjaan. Untuk mendapatkan sesuatu, Imam Hambali dan
teman-temannya singgah di rumah seorang yang bernama hamdan Bin Sinan Al-Wasity
yang kebetulan orang berada.
Rombongan itu menceritakan keadaan mereka. Hamdan bersimpati
ke atas mereka dan memberikan bantuan kepada semua teman-teman Imam Hambali. Mereka
menerima pemberian itu, kecuali Imam Hambali sahaja yang tidak mahu menerima
bahkan beliau mnegeluarkan sehelai bajunya dan berkata : “Siapa yang mahu
menjualkan baju ini, aku kuberi hadiah”.
Hamdan mengeluarkan seuncang wang dan menyerahkannya kepada
Imam Hambali. Namun Imam Hambali menolak dan tetap ingin menjual bajunya yang
dibuat dari bulu itu. Isteri Hamdan berkata : “Dia adalah seorang yang soleh
dan tidak suka menerima pemberian sedikit pun”.
Kini Hamdan ada cara lain iaitu mengambil baju kurung Imam
Hambali untuk membelinya. Diapun membayar
dengan harga yang tinggi dengan harapan Imam Hambali mahu menerima wang
penjualan itu. Sayang setelah Imam Hambali mengetahui bahawa wang sebanyak itu
tidak patut untuk harga sehelai baju kasar, beliau pun mengambil baju itu
semula dan terus pergi meninggalkan rumah Hamdan tanpa mengambil apa-apa.
Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...