Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama".
Pada suatu hari Nabi Isa A.S. telah melawat sebuah perkampungan, kesemua penduduk kampung itu sangat taat beribadat kepada Allah S.W.T. Nabi Isa memberi salam kepada mereka dan beliau pun duduk bersama mereka.
Nabi Isa A.S. melihat makanan dan minuman mereka itu terdiri dari buah-buahan yang beraneka warna, sementara anak-anak dan para ibu pula kelihatan cukup cantik. Perhiasan yang dihiasi di kampung tersebut tidak dapat digambarkan kerana kecantikan yang amat sangat. Setelah itu Nabi Isa A.S. pun beredar dari situ.
Tidak berapa lama kemudian, Nabi Isa A.S. datang semula ke perkampungan tersebut. Alangkah terperanjat apabila melihat kesemua penduduk itu termasuk anak-anak kecil dan ibu-ibu kesemuanya mati dan keadaan kampung tersebut juga musnah sama sekali.
Nabi Isa A.S. pun berdoa kepada Allah S.W.T. untuk mengetahui apa yang telah berlaku: "Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kepadaku sebab-sebab penduduk kampung yang taat kepadaMu ini menjadi begini? Adakah sebabnya mereka ini telah meninggalkan solat atau mereka ini telah menderhaka kepadaMu?".
Allah S.W.T berfirman: " Wahai Isa, penduduk kampung ini tidak menderhaka kepadaKu tetapi telah lalu seorang yang telah meninggalkan solat di kampung ini dan dia telah membasuh mukanya dengan air mereka itu, maka setiap titis air yang jatuh ke bumi telah memusnahkan mereka".
kalau kita tidak mahu mengajak seseorang mendirikan solat dan mentaati perintah Allah maka apabila turun siksa Allah maka kesemua mereka yang beriman juga akan menerimanya. Oleh itu, janganlah kamu mementingkan diri sendiri sahaja tetapi hendaklah menasihatkan orang lain yang lalai dengan dunia supaya kembali mengingati Allah S.W.T.
Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin
<< Kredit Mesra Ilmu >>
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...