Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Wednesday, August 21, 2013

OHBlogger Blogger Baru




Assalamualaikum kepada semua pembaca blog "mesrailmu" ini. Hari ini admin hendak berkongsi satu segmen yang cukup hebat bagi semua blogger-blogger baru seperi admin juga. Rakan merangkap senior blogger kita En. Hasrul Hassan  telah membuat satu segmen yang bertajuk "OHBlogger Blogger Baru"

Di dalam segmen ini, kelebihan diberikan kepada semua blogger-blogger baru yang mempunyai pengikut yang rendah, seperti blog admin ini, untuk menyertainya. Entri yang perlu di tulis atau sebagai kelayakannya adalah mudah iaitu perlu mempamerkan nama anda, nama blog anda, mengapa pilih nama blog tersebut, link blog anda, bila anda mula berblog, dan tujuan anda berblog serta sebab utama juga mengapa anda menyertai segmen ini. 

Di sini, admin akan menerangkan sebagaimana syarat yang diperlukan di dalam segmen ini. Sebelum itu, admin akan menerangkan sedikit sebanyak berkenaan diri admin. Admin adalah gelaran di dalam penggunaan kata di dalam blog ini. Nama admin ialah Abdullah Bin Kasim, nama blog admin pula ialah "Mesra Ilmu". Admin memilih nama blog "Mesra Ilmu" ini adalah kerana admin inginkan kepuasan di dalam berblog ini, untuk berkongsi sebanyak mana artikel-artikel yang berguna untuk setiap diri kita, tidak kira bangsa, agama, dan negara. Artikel-artikel yang admin kongsikan ini adalah bertujuan juga bagi kegunaan setiap generasi sekarang mahupun akan datang kerana bagi admin, dengan adanya artikel-artikel sebegini, ia sentiasa seiring dengan dunia teknologi kita yang mana di masa sekarang jarang-jarang atau kurangnya generasi sekarang untuk mendidik diri bagi membeli buku atau rujukan-rujukan di kedai-kedai, perpustakaan atau di mana sahaja. Kebanyakan mereka akan lebih suka mencari sebanyak mana aritkel yang berguna di dalam laman sesawang bagi memudahkan dan menyingkatkan masa seharian. 

Admin telah memulakan dan mendekatkan diri dengan dunia blog pada tahun 2011, dimana ketika itu, admin masih menuntut di sebuah institusi pembelajaran di bawah naungan  kerajaan Malaysia. Ketika itu, penulisan dan perkongsian artikel-artikel, dan kemahiran berblog admin adalah di tahap paling rendah kerana admin tiada rujukan modal insan melainkan hanya pembacaan dan pemahaman admin sahaja. 

Akhir kata, admin menyertai segmen ini adalah kerana bertujuan untuk berkenalan dengan lebih ramai blogger-blogger Malaysia mahupun luar negara supaya admin sentiasa mendapat ilham yang berguna untuk sebagai tanda kepuasan admin serta slogan admin "pembelajaran berterusan" sebagai medan utama ilmu. 

Sekian, kepada semua pembaca-pembaca dan pengikut-pengikut admin yang agak kurang memuaskan, admin berharap agar anda semua boleh cuba menyertai segmen ini untuk bersama kita merancakkan lagi segmen En.Hasrul Hassan dan sentiasa menjadi "supporter" kepada blogger-blogger Malaysia. 

Terima Kasih. 


7 comments:

  1. Singgah dari HasrulHassan.com.. Selamat bersegmen, all the best..! ^___^

    ReplyDelete
  2. Selamat berbloging..www.tepakku.com

    ReplyDelete
  3. dr segmen sama.. :)

    http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/08/ohblogger-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan...dari segmen yang sama , good luck ya :)

    http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/2013/08/ohblogger-blogger-baru.html

    ReplyDelete
  5. ok semua hehe terima kasih kunjung ke sini... =)

    ReplyDelete
  6. Masih belum terlambatkah saya untuk nak join jgk

    ReplyDelete

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net