Rukun
Solat
Rukun solat ada tiga belas iaitu :
1. Niat di
dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat.
Niat itu berlaku semasa seseorang
mengangkat takbiratulihram iaitu tatkala ia menyebut “Allahu Akhbar” maka
hatinya berkata;
- Sengaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.
- Sengaja aku solat fardhu asar 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.
- Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah Taala.
- Sengaja aku solat fardhu isya’ 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.
- Sengaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala.
2. Takbiratul-Ihram : iaitu Allahu Akhbar yang dikehendaki disebut semasa dengan takbiratul Ihram.
Semasa ia memulakan bacaan tersebut maka haramlah ia melakukan sesuatu kecuali apa yang menjadi
kewajipan dalam solat. Perkataan Allahu Akhbar itu tidak boleh ditukar dengan yang lain
umpamanya Arrahmanhu Akhbar.
3. Berdiri
betul bagi orang yang berkuasa : Sekiranya ia berdiri
tetapi condong ke hadapan, ke
belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak
dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukumnya tidak sah.
Sekiranya tidak sanggup berdiri bolehlah duduk, baring
miring sebelah kanan, kiri, menelentang atau sekadar yang ia boleh
melakukannya.
4. Membaca
Al-Fatihah : Membaca Al Fatihah pada tiap-tiap rakaat dan
Bismillah adalah salah satu daripada ayat fatihah.
Perlu diingat bahawa adalah wajib memelihara segala makhraj dan tajwid
fatihah itu. Oleh itu sekiranya seseorang itu menukar sebutan DHAD kepada ZO
atau sebagainya seperti hack kepada
maka tidak sah bacaannya, tetapi sekiranya memang tidak boleh maka
solatnya sah.
5. Ruku’ serta tumakninah
: Sekurang-kurangnya ruku’ ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangannya
terletak di atas dua kepala lututnya serta tumakninah, iaitu berhenti sebentar
sekadar bacaan Subhanallah; sedang anggota-anggota berat hendaklah berhenti.
Anggota-anggota berat itu
termasuklah kedua tangan termasuk pergelangan tangan, kepala, kaki. Sekiranya
anggota-anggota ini masih bergerak semasa ruku’ tanpa berhenti maka tidak lagi
dikira sebagai tumakninah.
6. I’tidal
: Ertinya berdiri tegak semula selepas ruku’ dan tumakninah (berhenti sekejap
semasa berdiri). Oleh itu apabila I’tidal hendaklah semua anggota berat
berhenti sebentar sebagaimana yang telah diterangkan dahulu.
7. Sujud :
Sekurang-kurang sujud meletakkan dahi diatas tempat sujud dan dahi itu mestilah
tidak berlapik dengan sesuatu. Tetapi sekiranya terpaksa dahi itu dibalut
kerana luka dan sebagainya maka tidaklah diwajibkan membukanya.
Begitu juga umpamanya dahi terlapik
dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab maka solat itu tidak sah. Tetapi
kalau terlupa maka wajib sujud sekali lagi sekiranya teringat dalam solat itu.
Apabila telah selesai solat, baru teringat tidak sujud wajib mengulangi solat
itu semula.
Anggota Sujud ada tujuh ;
- Dahi
- Dua tapak tangan
- Dua lutut
- Dua perut jari kaki
Mengangkat kepala dan badan untuk
duduk di antara 2 sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu sekiranya
mengangkatnya kerana tujuan lain umpamanya mengelakkan daripada binatang maka
hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara 2 sujud merupakan rukun pendek
maka tidak boleh dipanjangkan masa duduk.
Dan sunat membaca :
Maksudnya :
Ya Allah ampunilah daku, Rahmatilah
daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
9. Tahiyat/Tasyahhud awal :
Membaca tahiyat akhir juga
hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya.
Lafaznya ialah :
Maksudnya :
Segala penghormatan yang berkat
serta solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatanNya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba
Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
10. Duduk Tahiyat akhir :
Ertinya
tidaklah boleh seseorang itu membaca tahiyat sedang berdiri, sujud atau
sebagainya.
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad
S.A.W. :
Sekurang-kurangnya
bacaan selawat ialah :
Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi
Muhammad.
Sebagus-bagus
selawat ialah :
Maksudnya
:
Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Berkatilah
ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas
Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji lagi Maha Agong.
Perhatian :
- Selawat ka atas Nabi adalah rukun.
- Selawat kepada kaum keluarga Nabi adalah sunat Ab’adh.
- Selawat kepada Nabi Ibrahim dan seterusnya adalah sunat Hai’ah.
Sekurang-kurang
salam “Assalamualaikum” dan yang
sempurna ialah “Assalamualikum Warahmatullah” sejahtera ke atas kamu beserta
rahmat Allah.
13. Tertib :
Segala
rukun yang tersebut adalah dari mula sehingga akhir. Sekiranya tertinggal
ketertiban itu maka solat itu tidak sah.
Tertib
bolehlah ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang
kemudian.
Nota ini adalah peringatan kepada kita semua, agar
ingatan dan serta rujukan untuk semua generasi Islam akan datang sebagai
petunjuk diri.
Petikan ini diambil dari artikel yang sah dan lagi
bernas nas-nasnya.
---
>> Kredit Mesra Ilmu
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...