Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, August 26, 2013

Merdeka 2013 “ Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”



Ambang Kemerdekaan kali ke-56 hampir tiba. Kini, Negaraku Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 2013. Kemerdekaan pada tahun ini telah bermula dengan pelancaran bendera Jalur Gemilang 2013 di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah pada 16 Ogos 2013 yang lepas pada jam 8.00 malam.

Teristimewa ulang tahun yang akan menjadi kenangan selamanya adalah ambang kemerdekaan akan disambut dengan unggulnya di Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya. Sambutan bermula pada jam 8.00 malam bertarikh 30 Ogos 2013 untuk menunggu detik-detik kemerdekaan tepat jam 12.00 tengah malam. 

Awal pagi 31 Ogos 2013, jam 7.30 pagi akan berlangsungnya Acara Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-56 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Acara ini akan disambut dengan gilang-gemilang dengan pelbagai aktiviti bagi memperingati perjuangan-perjuangan terdahulu demi membebaskan maruah Tanah Melayu dari gengaman penjajah.


Mengimbau kembali ketika Peristiwa Pengistiharan Tarikh Kemerdekaan pada 1 Januari 1956, rombongan rundingan kemerdekaan telah  bertolak ke Karachi, Pakistan dengan menaiki kapal laut bernama M.V. Asia. Seramai 10,000 orang yang sebilangan terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah pergi mengikuti rombongan tersebut di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. 

Ketika menjelang malam 30 Ogos, Bandar kuala lumpur diterangi dengan cahaya-cahaya lampu kenderaan yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Berpuluh-puluh ribu rakyat Tanah Melayu, tidak kira tua atau pun muda, berpusu-pusu menuju ke Kelab Padang Selangor. Di sepanjang Batu Road, kedai-kedai terbuka sehingga larut malam, bagi meraikan sambutan kemerdekaan yang pertama bagi Tanah Melayu.




Wartawan-wartawan, pihak-pihak media, dan jurugambar dari pelbagai rantau negara berkumpul di sekitar padang bagi mendapatkan liputan peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu. Tiga tiang bendera dipacakkan di tengah-tengah padang bagi mengibarkan bendera UMNO disebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. 

Kini, peristiwa-peristiwa dahulu akan kembali menyegarkan ingatan setiap anak-anak Tanah Melayu akan perjuangan dan erti kemerdekaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kedaulatan Tanah Melayu sentiasa akan disemai di setiap jiwa dan raga rakyat-rakyat Malaysia, supaya tidak ditenggelam dek zaman, dengan arus pembangunan dan peredaran zaman. 


Sumber : Sambutan Merdeka, MalaysiaMerdeka – 56

<< Kredit Mesra Ilmu >>


No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net