Ka’bul Ahbar berkata bahawa: “Saya telah membaca kitab yang
diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Musa A.S., yang mana Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud : “Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada
waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku mengampunkan apa yang terjadi pada
malam dan siang hari, dia tetap dibawah lindunganKu”.
Firman Allah S.W.T. : “Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat
yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya Aku akan beri kepada mereka
pengampunan pada rakaatpertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat
kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malikatKu bertasbih dan membacakan
istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk
mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka”.
Firman Allah S.W.T. : “Wahai Musa, empat rakaat solat Asar
yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit
dan di bumi meminta ampun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun
oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu”.
Firman Allah S.W.T. : “Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh
Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam maka Aku bukakan untuk
mereka pintu-pintu langit, dan setiap yang mereka minta pasti akan Aku
berikan”.
Firman Allah S.W.T. : “ Wahai Musa, solat isya’ empat rakaat
yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, ketika terbenam mega-mega merah,
solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas
dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu”.
Firman Allah S.W.T. : “Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya
berwudhu’ sebagaimana Aku perintahkan maka Aku berikan kepada mereka setiap
titik air wudhu’ itu dengan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi”.
Firman Allah S.W.T. : “Wahai Musa, puasa yang dikerjakan
oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap
tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di
syurga dan setiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka, yang sunat akan diberi
pahala sebesar pahala fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama
Lailatul Qadar, barang siapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali
tetapi bersungguh-sungguh dan menyesal di dalam hatinya terhadap
kesalahan-kesalahanya, apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu,
maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid”.
Firman Allah S.W.T. : “Wahai Musa, di antara umat Muhammad
S.A.W. ada orang-orang yang berdiri di atas tempat-tempat tinggi untuk
mengumandangkan syahadat La illaha illallah, maka pahala mereka bagaikan pahala
para nabi-nabi A.S. dan rahmatKu wajib atas mereka. Sedangkan murkaKu jauh dari
mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap
bersyahadat Ashhadu an Laa illaha illallah”.
Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin
<< Kredit Mesra Ilmu >>
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...