Ali ( bukan nama sebenar ) seorang bekas pelajar di
Universiti Terkemuka Malaysia. Dia lahir dari sebuah keluarga yang sederhana
dan tidak ada sumber pendapatan kekal keluarga. Setahun sudah berlalu, Ali
telah tamat di dalam pembelajarannya. Ali seorang anak yatim yang ketiadaan
bapanya yang telah meninggal 3tahun sebelum dia tamat pengajian.
Kini, Ali tinggal bersama ibunya dan sejak dia sudah
tamat pengajian, dia telah bekerja di satu sektor swasta yang tidak berapa
hebat dan pendapatannya agak tidak memberangsangkan. Setahun telah berakhir Ali
bekerja di Syarikat tersebut, dan Ali cuba mencari pekerjaan yang lain setaraf
dengan anugerah yang dimilikinya semasa di Universiti namun tidak menjumpai juga.
Ali meneruskan pekerjaan tersebut dengan penuh redha dan bersabar. Walaupun
pendapatan Ali tidak seberapa, dia dapat melunaskan hutang pembelajarannya,
serta makan dan minum Ali bersama ibunya, Ali tetap merasa syukur kepada Allah
S.W.T. kerana dengan yang sedikit ini mampu Ali menjalankan tanggungjawabnya
kepada ibunya.
Dikisahkan pada suatu hari, Ali telah diberhentikan
kerja di tempat kerja tersebut. Pemberhentian dia disebabkan kerana syarikat
yang dia kerja berhadapan dengan masalah kewangan. Ali merasa sungguh terkilan
serta kepeningan melanda diri dia. Dia khuatir akan tidak mendapat pekerjaan
lain dengan segera dan tidak dapat menghasilkan pendapatan untuk keperluan
harian bersama ibunya.
Sebulan telah berlalu, Ali mencari pekerjaan tidak
ditemukan jodoh juga oleh Allah S.W.T. Ibunya selalu berkata dan bertanya
kepada Ali apakah dia tidak mendapat pekerjaan lagi. Ali hanya mampu menggelengkan
kepala dan dia mendapat tekanan hebat dari rakan-rakan seperjuangan yang telah
mendapat pekerjaan yang tetap dan hasil upah yang lumayan. Walaupun sebulan Ali
mencari pekerjaan tidak bertemu juga, Ali sentiasa memohon berdoa kepada Allah
S.W.T. agar ia ditemukan dengan pekerjaan yang baik untuk dia, dan mampu
meneruskan mencari sumber pendapatan untuk dia dan ibunya.
Ali selalu berkata dengan ibunya, agar meminta
berkat ibunya berdoa untuk menunjukkan supaya dia mendapat pekerjaan yang baik
selepas ini. Jika tidak mendapat pekerjaan yang baik pun, dia tetap mendapat
apa-apa kerja asalkan dia mampu memberi dan melunaskan tanggungjawabnya. Setiap
malam, Ali selalu menghabiskan masanya bersama tikar sembahyangnya yang buruk
lagi rapuh.
Ali sentiasa tidak putus asa dalam berusaha mencari
pekerjaan lain serta dia sentiasa memohon agar Allah S.W.T. menunjukkan dan
memberikan dia tempat pekerjaan yang sesuai serta pekerjaan yang lebih baik
untuknya berbanding sebelum ini. Ianya berterusan selama sebulan ke dua bulan
berlalu.
Pada suatu ketika, dia pergi ke kedai untuk membeli
serba sedikit barangan keperluan makanannya dengan membawa wang yang tidak
seberapa. Ketika ali sibuk hendak membayar barang yang dibelinya, ia menyelak
senaskah surat khabar di bahagian iklan jawatan kosong. Ali ternampak satu
syarikat mengiklankan jawatan kosong yang memerlukan pakar setaraf dengan
kelulusannya selama ini. Syarikat tersebut agak ternama dan terkemuka di dunia
global lagi canggih kini. Kadar upah yang ditawarkan untuk jawatan tersebut
agak lumayan dan tinggi sekali. Tanpa membuang masa, ali sempat mengingati
alamat syarikat tersebut dan terus membayar barang yang dibelinya dengan
segera.
Tiba sahaja dirumah, Ali terus menulis semula alamat
syarikat tersebut di atas sekeping kertas buruk dan terus mencapai bajunya yang
agak lusuh kerana sudah beberapa hari tidak dibasuhnya. Ibunya hairan dengan
ali yang berkeadaan terburu-buru seperti dirasuk syaitan. Ibunya bertanya kepada Ali akan
keadaannya begitu, lalu Ali memberitahu kepada ibunya untuk keluar sebentar
pergi ke syarikat yang dibacanya di iklan suratkhabar tersebut.
Ali sempat memberitahu kepada ibunya agar mendoakan
supaya dia ditawarkan bekerja di situ. Ibunya lantas menjawab dengan hati yang
baik dan senyuman yang manis dengan berkata bahawa ia sentiasa mendoakan masa
depan Ali yang cerah. Ali terus mencapai lagi beg sandang buruknya yang berisi
dengan sijil-sijil dan salinan “resume” nya.
Dengan langkah kanan, Ali sempat berdoa kepada Allah
S.W.T. agar dia keluar ini mendapat keberkatan supaya dimurahkan rezekinya
untuk mendapat pekerjaan itu. Setibanya dia di syarikat tersebut, Ali terus
bertanyakan kepada “pak cik gate” yang berada dihadapan pintu pagar syarikat
tersebut akan iklan jawatan kosong syarikat itu. Lalu Ali dibenarkan masuk
untuk pergi ke pejabat utama syarikat itu untuk mengisi borang kerja serta
untuk “interview” sekali.
Selang sejam kemudian, Ali keluar dari kawasan
syarikat tersebut dengan riak muka yang gembira sekali. Ali terus cepat-cepat
pulang kerumah untuk memberitahu khabar gembira kepada ibunya. Tiba sahaja
dirumah, Ali terus mendakap ibunya lantas memberitahu kepada ibunya bahawa dia
telah ditawarkan bekerja di syarikat tersebut. Malah, permulaan upah untuk Ali
dibayar dengan kadar yang sungguh lumayan sekali. Ibunya sungguh terharu dan
gembira sekali kerana anaknya telah mendapat kerja semula serta pendapatan yang
sungguh lumayan pula.
Ali dan ibunya bersyukur dan berterima kasih kepada
Allah S.W.T. kerana dengan berkat doa dan usahanya diperkenankan oleh Allah
S.W.T. Malah disertakan sekali dengan bonus pendapatan yang lumayan buat Ali.
Lima tahun telah berlalu, Ali bekerja di syarikat
tersebut dan keadaan dia serta ibunya telah berubah sama sekali. Ali telah
membawa ibunya berpindah kerumah yang lebih luas, malah perkakasan dan barangan
keperluan mereka amat cukup lengkap dan hampir sempurna. Ali bersyukur ke
Hadrat Illahi kerana dengan berkat doa, tawakal dan usahanya selama ini telah diperkenankan
oleh Allah S.W.T. Kini, Ali telah meneruskan rutin harian kehidupannya sedia
kala dan berjanji dengan ibunya agar dia meneruskan pekerjaan tersebut dan akan
bekerja sehingga Allah mengizinkan dia disitu.
Akhir kata, percayalah bahawa setiap apa yang kita
lakukan di dunia ini, Allah jualah yang memberi dan menentukan serta dengan
limpah kurnia, berkatNya juga yang menjadikan kita seorang yang berguna dunia
akhirat. Tidak ada yang diperlukan didunia untuk berjaya melainkan doa Ibu
bapa, dan doa kepada Allah S.W.T. Jika A yang Allah janjikan pada kita, maka A
lah yang kita dapat. Insyallah, moga cerita ini menjadi teladan dan pedoman
untuk kita semua.
Terima Kasih,
--- >> [kredit Mesra Ilmu]
--- >> [kredit Mesra Ilmu]
Semoga doa kita akan sentiasa diperkenankan olehnya.
ReplyDeleteIsyAllah.
http://totallymejah.blogspot.com/
Berbaik sangkalah kepada Allah. Berdoa dan merintihlah kepadaNYA, insyaAllah akan diperkenankan olehNYA.
ReplyDeleteYup..berbaik sangkalah dengan Allah dan juga dengan makhluk yang lain..jaga hubungan dgn Allah, Allah juga akan jaga kita..
ReplyDelete