Gambar sekadar hiasan
Dari Abu Saied Al-Khudri r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda pada hari waktu Asar hingga terbenam matahari: "Bahawa sesungguhnya ingatlah bahawa dunia ini hijau lagi cantik dan manis dan Allah S.W.T. menyerahkan kepada kamu sebagai khalifah, maka Allah S.W.T. akan melihat bagaimana perbuatanmu, berhati-hatilah kamu, jangan sampai dipengaruhi oleh dunia.
Berhati-hatilah dari pengaruh wanita, ingatlah Bani Adam dijadikan bertingkat-tingkat, ada yang dilahirkan dalam mukmin dan hidup dalam mukmin dan mati dalam mukmin. Ada pula yang lahir dalam mukmin dan hidup di dalam mukmin dan mati dalam kafir. Ada pula yang lahir dalam kafir dan hidup dalam kafir tetapi mati dalam mukmin. Ketahuilah bahawa marah itu adalah berupa api yang menyala dalam hati anak Adam, tidaklah kamu lihat matanya yang merah dan tegang kesemua uratnya, maka sesiapa yang berada dalam keadaan sedemikian maka hendaklah dia duduk.
Ingatlah sebaik-baik orang yang lambat marah dan lekas rela, maka bila dia cepat marah cepat pula relanya, maka dia bersama-sama. Ingatlah sebaik-baik pedagang ialah yang baik cara menerima dan baik pula cara membayarnya. kalau dia baik cara menerimanya dan buruk pula bayarannya, maka ia bersama-sama. Ingatlah sesungguhnya sejahat-jahat pedagang yang buruk caranya dan buruk pula cara mengembalikan maka ia bersama-sama.
Ingatlah jangan ada di antara kamu takut kerana seseorang sehingga tidak berkata benar terhadap apa yang diketahui dan disaksikannya sehingga bila telah sampai ke masa terbenam matahari, ingatlah sesungguhnya tiada tinggal dari umur dunia sejak masa yang lalu itu melainkan sebagaimana tinggalnya matahari yang akan terbenam ini.
Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin
<< Kredit Mesra Ilmu >>
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...