Memperolehi harta melalui cara haram bermaksud mencari rezeki atau memperoleh harta melalui cara berjudi, riba, menipu dalam perniagaan, mencuri dan lain-lain yang dil arang oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.
Di Malaysia, masih ada juga tempat-tempat yang digunakan
untuk kerja-kerja seperti ini. Kerja-kerja sebegini banyak akan memberi kesan
yang negatif jika dilakukannya sehingga memakan dari hasil yang haram.
Antara kesan-kesan negatif yang akan terjadi jika kita
memperolehi dari sumber-sumber yang haram ialah :
- Memberi impak yang buruk kepada generasi-generasi atau keturunan-keturunan seseorang jika hasil rezeki perolehi dari sumber yang haram.
- Hasil dari sumber haram akan membuatkan seseorang akan lupa pada Allah S.W.T. kerana mereka akan bergantung dengan sumber berkenaan sahaja.
- Membuatkan seseorang akan merasa angkuh dan bongkak jika mula mendapat hasil yang lumayan dari kerja-kerja seperti penipuan di dalam perniagaan.
- Membuatkan kebahagiaan di dalam hidup seseorang akan hilang.
- Menjadikan orang lain akan hilang kepercayaan dan hilang rasa hormat kepada diri orang yang mengerjakan kerja-kerja yang haram.
- Dan lain-lain.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang
lain di antara kamu dengan jalan yang batil”
( Surah Al-Baqarah Ayat 188 )
Maka, hendaklah seseorang yang bergelar khalifah di bumi
Allah S.W.T. menghindarkan diri dari melakukan kerja-kerja atau memperolehi
harta dari sumber-sumber yang haram kerana yang haram ini adalah kerja yang
dikutuk dan di laknat oleh Allah S.W.T.
Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dirahmati dan
diberkati oleh Allah S.W.T. Insyallah…
Sumber : Daripada pembacaan dan pemahaman admin
<< Kredit Mesra Ilmu >>
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...