Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Friday, August 23, 2013

Syarat Sah Solat




Assalamualaikum semua kepada pembaca-pembaca blog "Mesra Ilmu". Hari ini, admin akan menerangkan tentang perkara yang wajib kita ingat dan tahu. Walaupun masing-masing tahu, tetapi kadang kala kita akan terlupa semua ini akan banyaknya urusan-urusan dunia yang lain. 

Perkara yang admin akan sampaikan adalah berkenaan tentang syarat-syarat sah dalam solat. 

Syarat sah solat maksudnya hendaklah ada lima syarat berikut barulah solat itu sah. Sekiranya salah satu di antara syarat ini tiada, maka solat itu tidak sah.


Syarat-syarat sah solat tersebut adalah : 

  1. Mengetahui masuknya waktu itu dengan yakin. Sekiranya seseorang itu solat tanpa meyakini waktu, maka solatnya tidak sah walaupun tepat pada waktunya. 
  2. Menghadap kiblat semasa mengerjakan solat bagi orang yang boleh melakukannya. Sekiranya orang uzur dan sakit yang tidak terdaya melakukan demikian, maka diberi kelonggaran ke atasnya menghadap ke mana-mana arah yang ia boleh tetapi hendaklah mengulangi solat tersebut apabila ia telah sembuh dari penyakitnya. Menghadap kiblat yang dimaksudkannya ialah dengan dada sahaja. Oleh itu berpaling muka semasa solat tidak membatalkan solat, cuma makruh sahaja. Tetapi kalau digerakkan kepala tiga kali berturut-turut maka batal solatnya.
  3. Menutup aurat sama ada ditempat yang sunyi atau ditempat-tempat awam. Aurat lelaki ialah dari lutut hingga pusat. Aurat perempuan pula ialah seluruh badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
  4. Suci dari najis baik dari segi pakaian mahupun anggota badan dan juga tempat. Maksud tempat ialah tempat berdiri dua kaki, tempat sujud, tempat letak tangan dan juga tempat letak dua lutut. 
  5. Suci dari hadas. Ertinya ia telah pun berwudhu’ dan juga telah mandi hadas. 


Kesimpulannya, apabila terdapat lima syarat yang telah disebutkan tadi maka solat itu kira sah.


Perhatian / Masalah

  • Wajib ke atas tiap-tiap orang yang mukallaf menutup auratnya diluar solat untuk dirinya dan orang lain yang tidak harus melihatnya kecuali darurat seperti berubat dan boleh dibuka sekadar yang diperlukan sahaja. Demikian juga semasa membuang air dan juga semasa beristinja’ dengan syarat di tempat yang tertutup. Batasan bagi perempuan di luar solat di tempat yang tertutup atau di hadapan mahramnya atau bersama-sama orang perempuan muslimat adalah di antara pusat dan lutut.Tetapi di hadapan lelaki yang asing (ajnabi) atau perempuan yang bukan Islam adalah seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Andainya pemandangan muka juga membawa kepada menimbulkan syahwat maka muka juga dikira aurat.

  • Suara perempuan tidak termasuk dalam erti kata aurat kerana isteri-isteri Rasulullah S.A.W. telah pernah bercakap dengan sahabat-sahabat dan mereka mendengar daripada isteri-isteri Nabi tentang hukum-hukum agama. Walaubagaimanapun diharamkan mendengar suaranya jika takut terpesona.

  • Jika seseorang sedang solat dan membawa najis yang tidak disedarinya kemudian baru diketahuinya selepas solat, maka wajib ia mengulangi semula solat tersebut.

Nota ini adalah peringatan kepada kita semua, agar ingatan dan serta rujukan untuk semua generasi Islam akan datang sebagai petunjuk diri.

Petikan ini diambil dari artikel yang sah dan lagi bernas nas-nasnya.

--- >> Kredit Mesra Ilmu

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net