Dan Iblis mengatakan kepada Rasulullah S.A.W. : “Ya
nabi Allah, apabila mereka telah terlanjur melakukan maksiat itu, setelah
fikiran mereka kembali normal lalu mereka akan berasa takut kepada Allah S.W.T.
dan mereka ingin berubah dan insaf serta hendak bertaubat.
Lalu mereka hendak melakukan ibadah kepada Allah
S.W.T., maka dimasa itu aku akan mencari tektik baru yang seboleh-bolehnya
supaya mereka tidak meneruskan impian dan cita-cita mereka yang baik itu. Aku
akan membisik kepada mereka supaya menangguhkan hingga ke satu masa lain,
kerana mereka masih muda dan umur masih panjang lagi.
Ketahuilah berapa banyak umatmu yang telah aku
perdayakan serta telah kupesongkan diri mereka dan aku menyuruh semua anak buahku
dari kalangan syaitan dan jin supaya dapat mencari sebanyak-banyak anak Adam
untuk bersama denganku. Kalau mereka melakukan amal pula maka aku akan masuk
kedalam hati mereka dan membuat mereka itu riya’k dalam melakukan amalannya dan
sum’ah serta juga takabur, ujub dan sombong akan dirinya yang banyak melakukan
amalan kepada Tuhannya. Dan akan aku buat dia memandang orang lain tidak sama
taraf dengan kebaikkan yang telah dia lakukan selama itu.