Apakah yang dimaksudkan dengan waktu terbitnya
matahari itu bermakna berakhirnya waktu
sembahyang Subuh? Masih Bolehkan kita mengerjakan sembahyang Subuh kalau sudah
pukul 7.00 pagi?
Sudah semestinya ya,
waktu terbit matahari adalah waktu berakhirnya sembahyang Subuh, ia dinamakan Syuruk.
Jadual masa terbit
matahari di suatu tempat dengan tempat yang lain tidak sama. Ada sebelum pukul
7.00 pagi dan ada yang selepas pukul 7.00 pagi. Untuk kepastian rujuklah Jadual
Waktu Sembahyang untuk daerah-daerah sama ada di akhbar, calendar ataupun diari
Islam terbitan Karya Bistari yang
dinamakan Bitaqah Yaumiyah.
Kalau sembahyang
selepas tamat pada waktunya, ia dinamakan sembahyang kada. Mereka yang tidak
sempat sembahyang dalam waktu, wajib sembahyang kada selepas waktunya. Akan
tetapi, kalau mereka sengaja melewat-lewatkan sembahyang kada itu, maka mereka
dicap sebagai orang yang berdosa. Oleh itu, segeralah kada sembahyang yang
tertinggal itu, nescaya kuranglah dosanya.
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...