Islam adalah agama rasmi yang berpaut di Malaysia.
Hampir majoriti kaum di Malaysia adalah beragama Islam. Islam adalah agama yang
mudah dan agama yang indah untuk diketahui oleh setiap kaum!..
Kedatangan Agama Islam di rantau nusantara adalah timbulnya
bahan-bahan arkeologi yang menjadi bahan bukti kedatangan Islam di Nusantara.
Antaranya ialah batu
nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik,
Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat
Terengganu bertarikh
1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu,
serta pengislaman raja Pasai pada
tahun 1282.
Islam telah mengukuhkan
kedudukannya pada akhir abad ke-15, Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Bruneidan Utara Borneo.Islam
juga menembusi bahagian Maluku dan Sulu.
Batu
bersurat di Terengganu, yang menunjukkan bukti kedatangan Islam Di Terengganu
Namun, kepastian belum dijumpai siapakah yang telah
membawa Agama Islam dan menyebarkannya di Nusantara. Golongan manakah yang membawanya dan tarikh permulaan bermulanya penyebaran Islam di Rantau Nusantara ini.
Walau bagaimanapun, dengan
berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan
catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat
pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara.
Kedatangan Islam Dari Tanah Arab
Pada abad ke-7 Masihi, berdasarkan
catatan sejarah Cina, telah disebut bahawa Tanah Jawa telah di datangi oleh
orang-orang Arab. Mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di Pantai Barat
Pulau Sumatera, pada tahun 684.
Pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid,
seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari
kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk
menyebarkan Islam.
Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Achehdan
berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu
denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan
wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan
mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian
menjadi Sultan Perlak.
Pada Tahun 1717
Masihi, catatan Barat menyebut bahawa sebuah angkatan laut Islam dari tanah
Arab telah berlayar dengan sebanyak 35 buah kapal yang menuju ke China.
Perjalanan kapal itu berhenti sebentar di di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika
mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.
Kedatangan Islam Melalui India
Pada abad ke-13
Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur
India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur
dengan barat.
Dengan adanya kemudahan tersebut,
saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara
untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk
tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui
daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.
Bengal jatuh ke
tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan
penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat
pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai
daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka
sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.
Kedatangan
Islam Melalui China
Islam telah
sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin
Affan lagi. Baginda
telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke
sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.
Pada zaman
pemerintahan Bani Umaiyyah,
Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua
pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut
catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.
Pada suatu masa,
berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara.
Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh
sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.
Sesetengah ahli
sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China
telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.
Rujukan : Di ambil melalui wikipedia
dan diubah mengikut kefahaman
*rujukan
ini berdasarkan pembacaan saya, jika ada kesilapan mohon semua memberi
pendapat.
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...