Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 11, 2013

Pahala Tidur Ketika Puasa

Soalan

Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar, tidur yang bagaimanakah?

Jawapan

Memang benar tidur disiang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan berpahala. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ; “Tidur orang yang berpuasa adalah suatu ibadah”.

Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegiatan yang dilarang oleh syarak. Dengan demikian, terpeliharalah dia daripada dosa dan berhaklah dia mendapat pahala ibadah daripada Allah S.W.T.

Huraian

Kalau seseorang yang ada kerja yang diamanahkan, tidak dilakukannya sebaliknya tidur disepanjang hari, tidaklah diberi pahala. Amanah adalah wajib maka mesti diutamakan daripada tidur yang hukumnya sunat.


Rujukan : 600 jawapan kemusykilan agama jilid 2

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net