gambar sekadar hiasan
Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W. adalah orang
yang paling berlega hati dengan bersenda gurau dengan isteri-isteri beliau.
‘Aisyah r.a. berkata : “Pada hari Assyura aku mendengar
suara beberapa orang Habsyi dan
yang lain sedang bermain-main”. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Wahai Aisyah, apakah kamu hendak melihat permainan mereka?”. Lalu ‘Aisyah r.a.
berkata : “Ya Rasulullah S.A.W.”.
Maka Rasulullah S.A.W. pun menghantar dua orang
utusan untuk menjemput mereka. Berkata ‘Aisyah r.a. : “Setelah mereka datang
maka Rasulullah S.A.W. berdiri di antara dua buah pintu dan menghulurkan
tangan, maka aku meletakkan daguku di atas tangan baginda”. Maka orang Habsyi
itu pun memulakan permainan, setelah sekian
lama maka Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Wahai ‘Aisyah
sudah cukupkah kamu melihat?” Berkata pula ‘Aisyah r.a. : “Nantilah dulu, dua
atau tiga kali”.
Berkata ‘Aisyah r.a. : “Setelah sekian lama maka Rasulullah S.A.W. bersabda: “Wahai
‘Aisyah, sudah cukup engkau melihat?” Berkata ‘Aisyah r.a. : “Ya”. Kemudian
Rasulullah S.A.W. pun mengisyaratkan kepada orang Habsyi itu dan mereka pun
pergi”.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Yang
paling sempurna dari orang-orang mukmin dalam imannya ialah mereka yang paling
bagus budi pekertinya dan paling belas kasihan di antara mereka terhadap
keluarganya (isterinya)”.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Yang
paling utama dari kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya dan aku
adalah orang yang paling baik dari kamu terhadap isteriku”.
Rujukan :
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...