Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, July 22, 2013

Kisah Allah S.W.T. Dengan Malaikat


Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Ketika Allah S.W.T. telah mencipta bumi dan bumi selalu bergoncang, maka Allah S.W.T. mencipta gunung-gunung dan mencacaknya di atas bumi, maka berhentilah bumi dari bergoncang.

Maka kagumlah para malaikat lalu berkata: “Ya Tuhanku, apakah ada dari makhlukMu yang lebih hebat daripada gunung-gunung?”

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Ya ada, iaitu besi”.

Kemudian para malaikat bertanya lagi: “Adakah sesuatu makhlukMu yang lebih hebat daripada besi?”

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Ya ada, iaitu api”.

Para malaikat bertanya lagi: “Adakah makhlukMu yang lebih hebat daripada api?”

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Ya ada iaitu air”.

Lalu para malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhan kami, adakah makhlukMu yang lebih hebat daripada air?”

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Ya ada, iaitu angin”.

Para malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhan kami, adakah makhlukMu yang lebih hebat daripada angina?”
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Ya ada iaitu anak Adam yang memberikan suatu derma dengan tangan kanannya dan merahsiakan itu (sehingga) dari diketahui oleh tangan kirinya, maka dia lebih hebat daripada angin”.

Dalam kisah ini kita mendapati bahawa sedekah yang sembunyi itu  adalah lebih utama.
Sufyan Ats Tsaury berkata: “Sesiapa mendermakan sesuatu yang haram di dalam  mentaati Allah, dia seperti mencuci pakaian dengan air kencing. Sebab kain yang dicuci dengan air yang kotor sesungguhnya kain itu tidak akan bersih. Dan begitu juga dengan dosa, tidak akan seseorang itu bersih dari dosa selagi dia mengamalkan yang haram kecuali dia kembali ke jalan asal dengan yang halal”.

Allah S.W..T. berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah dan mereka tidak menyertakan umpatan dan tidak menyakitkan hati sesudah mereka memberikan dermanya, maka bagi mereka itu pahala disisi Allah mereka dan tidak ada rasa takut bagi mereka dan mereka pun tidak bersedih hati”.


Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net