Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Wednesday, July 17, 2013

Hukum Bertindik



Tindik ertinya melubangkan cuping telinga untuk memakai subang atau anting-anting sebagai perhiasan. Hukum menindik telinga baik lelaki atau perempuan ada berlaku khilaf di antara ulama.

Hujjatul Islam Al-Ghazali mengharamkan tindik telinga sama ada lelaki atau perempuan. Alasannya perkara tersebut menyakitkan yang tiada bersebab suatu hajat dan tidak adanya suatu kelonggaran syarak yang sampai membolehkannya.

Adapun Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami menyatakan bolehlah bagi perempuan dan haramlah bagi lelaki.
Sedangkan Allamaturramli menyatakan boleh bagi anak lelaki ataupun anak perempuan. Kalau isteri bertindik bertujuan berhias pada suami hukumnya adalah sunat kerana menyukakan hati suami.

Perhiasan itu kalau dipakai sewaktu keluar rumah hendaklah disimpan atau ditutup dengan tudung kerana ia termasuk aurat.


Info
Cuba anda bayangkan dan renungkan, bagaimana anak-anak muda sekarang yang bertindik bukan setakat ditelinga, tetapi di hidung, mata , mulut, lidah dan sebagainya…
Marilah kita bersama-sama menegur dan semoga Allah memberi jalan yang terbaik kepada mereka. Semoga generasi yang akan datang akan berbalik semula seperti sedia kala Insyallah…



Rujukan : 600 Jawapan  Kemusykilan Agama Jilid



No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net