Mendoakan orang kafir agar diampunkan dosa dan
seumpamanya yang tidak patut adalah haram. Akan tetapi mendoakan orang kafir
agar diberi petunjuk supaya dia masuk Islam, dibenarkan. Ataupun mendoakan
supaya si kafir tadi sihat atau selamat dibolehkan asal ia bukan kafir harbi (kafir yang memusuhi Islam).
Apa pula hukum jika kita terpaksa membaca doa di
rumah orang cina yang bukan Islam? Terkadang seperti dipaksa berdoa pula?
Dalam masalah ini, jika seorang kafir sudah
memanggil kita untuk mendoakannya bererti kepercayaan si kafir terhadap
agamanya sendiri sudah tiada. Disinilah terletaknya kewajipan kita untuk
menyampaikan dakwah kepadanya. Ini wajib ditunaikan kerana dia sudah berminat
pada agama Islam.
Info
Kalau kita membaca doa untuk keselamatan
diri, dan seluruh orang islam daripada diganggu oleh orang kafir memang
disuruh. Bacalah doa ini dimana-mana sekalipun asalkan jangan di dalam tandas.
Rujukan : 600 Jawapan
Kemusykilan Agama Jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...