Soalan
Haruskah berpuasa bagi seseorang yang berpenyakit buasir
dimana ketika dia membuang air besar akan keluarlah darah bertitik-titik dan
duburnya juga ikut keluar sehingga terpaksa dimasukkan kembali. Kalau dia puasa
apakah batal puasanya dengan sebab memasukkan duburnya itu?
Jawapan
Seseorang yang berpenyakit buasirtidak terkecuali daripada
hokum wajib berpuasa. Dan sekiranya dia puasa, maka sah puasanya walaupun
berlaku perkara-perkara yang disebutkan di atas. Ini adalah keringanan hukum
kerana keuzurannya itu.
Rujukan : 600 jawapan kemusykilan agama jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...