Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, July 08, 2013

Nama Domain

Apa itu Nama Domain?

Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, tentang 3 komponen Utama untuk membina website, kali ini saya akan terangkan pula secara lebih terperincin apa itu nama domain. Nota sebelum ini saya menerangkan maksud domain iaitu sebagai alamat rumah dan amat penting untuk memastikan pelawat dapat menjumpai dan memasukinya atau dengan kata lain mengakses laman web anda itu. 

Secara mudahnya, nama domain ialah alamat laman web yang anda taip apabila ingin mengakses (melawat) sesebuah laman web. Sebagai contoh, anda ingin melayari laman web jl3tebuhitam.com, maka anda perlu menaip jl3tebuhitam.com pada ruang browser yang anda gunakan. 


Domain ini terbentuk dari turutan nombor yang kita panggil sebagai IP address. Domain lebih mudah digunakan dan diingati berbanding IP address yang terdiri daripada nombor-nombor yang unik.

Di alam siber, domain di ibaratkan  seperti alamat sebuah rumah di mana satu rumah hanya mempunyai alamatnya tersendiri. Dalam erti kata lain, alamat tersebut hanya khas untuk rumah itu je, dan tiada alamat yang sama di tempat lain. Contoh paling mudah ialah alamat rumah anda yang mana alamat itu hanya untuk rumah anda sahaja, bukan untuk rumah orang lain.

Contoh nama domain : 
google.com
facebook.com
irfanview.com

Untuk pemilihan nama domain, anda boleh cuba melihat nama-nama domain yang anda ingin mengikut citarasa anda di namadomain.com

Setiap pemilihan nama domain anda akan berbeza pada kadar harganya dengan merujuk pada apa yang anda pilih di hujung nama domain anda. Contohnya jomhosting.net dan jomhosting.com

Sekian sahaja penerangan saya disini, selamat mencuba. =)


No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net