Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Thursday, July 11, 2013

Tidak Dapat Menahan Haus

Soalan

Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa hausnya kerana cuaca teramat panas, maka bolehkah dia meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan kerongkongnya dengan tidak membatalkan puasanya?

Jawapan

Jika berpuasa tanpa dapat menahan haus dan lapar kerana sakit atau kerja berat, atau kalau meneruskan puasanya nescaya akan membahayakan kesihatannya, maka haruslah dia berbuka dan wajib pula mengkadanya.

Sekiranya seseorang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk maka batallah puasanya. Begitu juga kalau menelan sebiji ataupun sekepal nasi nescaya batal puasanya dan wajib mengkadanya.

Barangsiapa berbuka puasa tanpa sebab-sebab seperti yang disebutkan itu, maka dia telah melakukan dosa dan wajiblah mengkada puasanya itu. Jika dia mati sebelum sempat mengkada dia dikira berhutang kepada Allah. 

Rujukan : 600 jawapan kemusykilan agama jilid 2

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net