Mengapa wanita berpurdah sedangkan Islam tidak
mewajibkan begitu?
Nabi S.A.W. di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari Menegaskan bahawa haram itu telah jelas dan halal itu pun jelas.
Perkara haram dan halal atau haram dan wajib
merupakan hukum yang telah termaktub dan tidak boleh diubahkan lagi. Orang yang
meminda-minda hukum, disebut oleh Nabi S.A.W. di dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Tarmidzi bahawa mereka menyerupai orang yahudi.
Menyentuh hukum memakai purdah, terdapat beberapa
pendapat ulama. Pendapat Mazhab Syafie bahawa aurat perempuan kepada orang
lelaki yang bukan muhrimnya ialah seluruh badan. Oleh yang demikian, seseorang
wanita itu wajib menutup seluruh badan termasuk muka (memakai purdah) apabila
dia hendak keluar rumah.
Pendapat lain di kalangan pendapat yang agak lemah
(daif) mengatakan muka adalah sunat sahaja ditutup, tetapi selain muka adalah
wajib.
Sungguhpun pendapat tersebut berbeza, tetapi tidak
ada ulama berdalilkan Al-Quran atau hadis yang menyebut menutup muka atau
memakai purdah itu haram. Yang ada ialah mendedah aurat itu haram.
Oleh yang demikian, kalau ada sesiapa yang
menghukumkan haram menutup aurat yakni memakai purdah, maka pendapat itu
bertentangan dengan ajaran Islam, mereka cuba mengubah hukum Allah.
Kita kena faham perintah Allah ada 3; wajib,sunat
dan harus. Ketiga-tiga itu disuruh oleh Allah, cuma ada suruhan paksa, ada
suruhan galakan dan ada suruhan biasa. Di antara ketiga-tiga suruhan, suruhan
galakan (sunat) dan suruhan biasa (harus) diberi ganjaran yang paling tinggi.
Ini adalah kerana mereka lakukan secara sukarela. Jadi, mereka yang sanggup
pakai purdah memang besar pahalanya.
Rujukan : 600
Kemusykilan Agama Islam Jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...