Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, July 15, 2013

Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu

Terdapat banyak pengkaji di seluruh dunia ini telah cuba mengkaji sejarah lahirnya Bahasa Melayu. Antara pengkaji yang memberi pendapat tentang asal usul Bahasa Melayu ini antaranya R.H. Geldern yang merupakan seorang ahli prasejarah yang berasal dari Wien,Austria. Beliau mula membuat kajian terhadap Kapak Tua (beliung batu).

Selain daripada ini, J.H.C. Kern juga telah memberi pendapat dalam kajian beliau. J.H.C. Kern ini ialah  seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India. Manakala Bahasa Austronesia ini pula ialah sebuah keluarga bahasa yang tersebar meliputi gugusan kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik

Lain pula dikatakan oleh W.Marsden bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun.  E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. 

Banyak lagi ahli-ahli pengkaji memberi pendapat tentang bahasa-bahasa melayu ini. Kebanyakan mereka membuat kajian mengikut perbezaan sumber-sumber yang berlainan. 

Walaubagaimanapun, bagi saya dan mereka yang berbangsa melayu, perlulah sentiasa menyegarkan otak dan fikiran kita agar bahasa yang telah sekian lama kita gunakan ini tidak akan lapuk begitu sahaja. Penyegaran tentang asal-usul Bahasa Melayu ini perlu di buat semula bagi generasi-generasi akan datang tidak akan lupa pada sejarah Bahasa Melayu ini. 

Di sini, saya lampirkan pula Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu yang telah di susun semula oleh Darwis Harahap,M.A. (USM), Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan , Universiti Sains Malaysia.
Sumber ini pun saya terjumpa dalam pembacaan saya di dalam internet...

http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/Utama.html



Dan juga sumber ini juga boleh kita membuat rujukan pembacaan kita.
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm



*sumber-sumber ini di dapati melalui internet. Jika ada kesilapan sumber-sumber ini, sila beri pendapat anda kepada saya. 

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net