gambar sekadar hiasan
Pada suatu
malam datang beberapa Jin kepada Rasulullah S.A.W. ketika itu Rasulullah
S.A.W. sedang membaca Al-Quran dalam sembahyang, lalu jin tersebut mendengarkan
bacaan ayat al-quran sambil itu berkata Jin sesame mereka: “Diamlah dan
dengarlah ayat Al-Quran itu baik-baik”.
Setelah Rasulullah S.A.W. selesai membaca, lalu
kembalilah Jin-Jin tersebut kepada kaumnya dengan berkata: “Wahai kaumku,
sesungguhnya kami telah mendengar bunyi kitab Al-Quran yang diturunkan sesudah
Musa dan membenarkan kitan yang dahulu serta menunjuki kebenaran dank e jalan
yang lurus. Kaumku, ikutlah orang yang menyeru kepada Allah (Muhammad S.A.W.)
dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah S.W.T. akan mengampuni dosa kamu dan
memelihara kamu dari seksa api neraka. Sesiapa yang tidak suka mengikut orang
yang menyeru kepada Allah S.W.T. maka orang-orang itu dalam kesesatan yang
nyata”.
Dari Said bin Jubir berkata: “Tidakkah Rasulullah
S.A.W. membacakan Al-Quran kepada Jin dan tidak pula dilihat Jin itu, hanya
Rasulullah S.A.W. membaca Al-Quran dalam
sembahyang, ketika itu melintaslah beberapa Jin lalu mereka berhenti dan
mendengarkan bacaan Al-Quran itu, dan
Rasulullah S.A.W. tidak sedar akan hal demikian, kemudian Allah S.W.T.
memberitahu Rasulullah S.A.W. bahawa beberapa Jin mendengarkan bacaannya itu.
Kisah ini Allah S.W.T. menerangkan dalam Al-Quran
dalam surah Al-Ahqaaf ayat 29 yang bermaksud :-
“Ingatlah ketika kami hadapkan kepada engkau (ya Muhammad) suatu kaum di antara jin,
supaya mereka mendengarkan Al-Quran. Maka tatkala mereka hadir dekatnya, mereka
berkata sesamanya : “Diam (dengarkanlah). Setelah selesai mereka kembali kepada
kaumnya memberi peringatan”.
Dalam Surah Al-Ahqaaf ayat 30 yang bermaksud :-
“Mereka
berkata: “Hai kamu kami, sungguh kami telah mendengar kitab(Quran) yang
diturunkan kemudian Musa dan membenarkan kitab yang dahulunya, serta menunjuki
kepada kebenaran dank e jalan lurus”.
Dalam surah Al-Ahqaaf ayat 31 menerangkan yang
bermaksud :-
“Hai
kaum kami, turutlah orang yang menyeru
kepada Allah (Muhammad S.A.W.) dan berimanlah kepadanya, nescaya Allah
mengampuni dosamu dan memeliharakan kamu dari seksa yang pedih”.
Dalam surah Al-Ahqaaf pada ayat 32 menerangkan yang
bermaksud :-
“Sesiapa
yang tidak menurut orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak dapat
melemahkan (mengalahkan Allah) di muka bumi dan tidak ada baginya wali-wali
selain daripadanya. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata”.
Rujukan :
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...