Dalam sebuah Riwayat mengatakan bahawa seorang
lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya
isterinya itu tidak menyedekahkan sesuatu apa-apa pun kepada orang lain.
Maka pada suatu hari datang seorang peminta sedekah
ke rumah orang munafik itu dengan berkata: “wahai penghuni rumah, tolonglah
berikan aku sesuatu”
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar ada
orang meminta sesuatu maka dia pun memberi kepada orang itu 3 keping roti.
Dalam perjalanan orang munafik itu telah melihat
akan pengemis yang sedang membawa 3 keping roti dan lalu bertanya: “Di manakah
kamu mendapat roti ini?”. Maka pengemis itu pun berkata: “Orang rumah di sana
itu memberikan kepadaku”.
Setelah orang munafik itu tahu bahawa rumah yang
dimaksudkan itu adalah rumahnya maka dengan perasaan marah dia pergi ke
rumahnya dengan berkata: “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan
sesuatu kepada sesiapa pun?”.
Kemudian isterinya berkata: “Aku memberikan kepada
pengemis itu adalah kerana Allah S.W.T.”. Apabila orang munafik itu mendengar
kata-kata isterinya maka dia menjadi marah, lalu menyalakan dapur rotinya
sehingga panas, kemudian berkata orang munafik itu: “Berdirilah dan campakkan
diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”.
Lalu isteri munafik itu memakai perhiasannya, tetapi
orang munafik itu berkata: “kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Berkata
isteri orang munafik itu: “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk
kekasihnya, sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku
(Allah)”.
Setelah berkata demikian maka isteri orang munafik
itu pun terjun ke dalam dapur tempat buat roti, lalu orang munafik itu menutup
tudung dapur dan beredar dari situ.
Setelah tiga hari maka orang munafik itupun membuka
tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat
tanpa terdapat apa-apa cacat dengan kuasa Allah S.W.T.
Setelah itu orang munafik itu mendengar suara
berkata : “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar
kekasih-kekasih kami”.
Rujukan :
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...