Berkata Iblis kepada Rasulullah S.A.W. :- “Ya
nabi Allah, banyak kaum lelaki dank aum wanita yang akan aku perdayakan mereka
itu tanpa disedari sedikitpun, sehingga iman mereka menjadi lemah dan gugur
sama sekali. Apabila iman mereka sudah lemah maka kau akan kerahkan semua bala
tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin untuk menarik mereka semua dengan
senang kejalan maksiat, demikian juga didalam masa gembira ( di dalam majlis
perayaan piknikk, walkaton, marathon ) dan apa sahaja majlis yang bercampur
lelaki dengan wanita secara tidak halal.
Maka tempat seperti itulah aku akan mengerahkan bala
tentera ku yang ramai, dengan cara aku menghidangkan makanan dan minuman yang
haram, yang mana kesemua mereka itu akan hilang rasa malu dan maruahnya sama
sekali. Dan disinilah masanya aku akan menaburkan syahwat keinginan antara satu
sama lain, lalu aku bukakan kepada mereka beberapa pintu maksiat yang mana
kadang-kadang membawa kepada zina”.
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...