gambar sekadar hiasan
Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya
Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa A.S. dengan berkata: “Wahai Musa,
engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah S.W.T. dan Dia telah
berkata-kata denganmu secara langsung”.
Kemudian Nabi Musa A.S. berkata : “Memang benar apa
yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?”
Lalu berkata Iblis: “Aku adalah Iblis! Wahai Musa
aku mahu kamu tolong katakana pada Tuhanmu bahawa seorang makhluknya ingin
minta taubat kepadanya”. Lalu Nabi Musa A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. dan
menyampaikan apa yang diucapkan oleh Iblis, kemudian Allah S.W.T. pun menurukan
wahyu yang bermaksud : “ Wahai Musa, katakana padanya bahawa sesungguhnya aku
berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia
(Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni
segala dosanya”.
Setelah Nabi Musa A.S. menerima wahyu dari Allah
S.W.T. maka Nabi Musa A.S. pun terus
memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah S.W.T. perintahkan.
Sebaik sahaja selesai Nabi Musa A.S. memberitahu
segala perintah Allah S.W.T. maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata :
“Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika di Syurga, bagaimana aku hendak
sujud padanya sesudah dia mati”.
Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan
kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia
tetap tidak mahu beriman pada Allah S.W.T.
Dikisahkan bahawa di akhirat nanti siksaan yang
dikenakan ke atas Iblis adalah sangat berat. Dikatakan kepadanya: “Bagaimana
kamu rasa akan seksaan Allah S.W.T.?”. Maka berkata Iblis; “Seberat
seksaan yang ada”. Kemudian dikatakan
padanya lagi: “Wahai Iblis sesungguhnya Nabi Adam A.S. berada di dalam
taman-taman syurga, jadi sujudlah kamu kepada dia dan ajukan udzur sehingga
kamu diampuni”.
Tetapi Iblis tetap menolak dan dikenakan seksa yang
bertambah dahsyat lagi keatasnya dengan 70,000 kali ganda penghuni neraka.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya
Allah S.W.T. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000 tahun sekali dan
mengeluarkan Adam A.S. serta memerintahkan Iblis supaya bersujud kepada Adam
A.S. Disebabkan sikap angkuhnya dia
tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka.
Dikisahkan lagi apabila tiba hari kiamat maka akan diletakkan
kerusi dari api neraka dan duduk Iblis di atasnya. Syaitan-syaitan dan orang
kafir berkumpul disampingnya. Dan dia bersuara seperti suara keldai dan
berkata: “ Wahai ahli neraka, bagaimana kamu rasakan hari ini terhadap apa yang
dijanjikan oleh Tuhanmu?” . Lalu berkata mereka: “Sesungguhnya telah nyata
benar”. Dan berkata Iblis lagi: “Hari ini adalah hari yang mana kau telah putus
asa dari rahmat”.
Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan para malaikatnya
memukul Iblis dan para pengikutnya dengan beberapa cambuk dari neraka, lalu
mereka terjun ke dalam neraka itu selama 40 tahun dan mereka tidak mendengar
lagi perintah Allah untuk keluar buat selama-lamanya.
Dikisahkan lagi bahawa di hari kiamat nanti akan
diperintahkan Iblis duduk di atas kerusi
dari api dan pada lehernya dikalungkan kalung laknat. Kemudian Allah S.W.T.
memerintahkan para malaikat penjaga ke dalam
neraka. Maka kesemua malaikat-malaikat penjaga berusaha untuk melemparnya
ke dalam neraka maka tidak berjaya.
Kemudian Allah S.W.T. memerintahkan Jibrail A.S.
bersama 80,000 malaikat untuk mengangkat Iblis itu untuk dilemparkan ke dalam
neraka, maka mereka juga gagal berbuat demikian. Lalu Allah S.W.T.
memerintahkan malaikat Israfil dan Izrail bersama 80,000 malaikat melemparkan
Iblis ke dalam neraka, maka mereka juga gagal berbuat demikian.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Sekiranya
berlipat kali ganda malaikat yang aku cipta itu berkumpul, sudah tentu tidak
boleh mereka melakukan selagi kalung laknat itu masih di leher Iblis itu”.
Rujukan :
Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...