Apabila sampai masa manusia diseru untuk
dibangkitkan semula dari mati, bermula lah hari penghitungan amalan-amalan
setiap makhluk Allah S.W.T. Selama mana ia menduduki di bumi Allah, sebanyak
mana amalan-amalannya akan dihisab.
Keadaan manusia di Padang Mahsyar dibangkitkan
dengan pelbagai rupa. Apakah ada yang berkeadaan dalam keadaan bogel, ataupun
tidak, berapa lama manusia harus menanti untuk dihisab, hanya Allah S.W.T yang
mengetahui.
Tersebut dalam
kitab bahawa keadaan manusia di Padang Mahsyar amat dahsyat sekali.
Setelah dibangkitkan dari kubur, manusia dihalau ke Padang Mahsyar dalam
keadaan telanjang. Matahari sangat terik, terasa sejengkal dari kepala.
Cuaca amat panas dan manusia berpeluh. Di antara
wajah-wajah manusia berbeza-beza mengikut amalan. Ada yang hitam pekat, ada
yang berkerut masam, dan ada yang berseri-seri. Dan ada pula yang paling
istimewa, mereka mendapat lindungan daripada bayangan Arasy dan berpakaian
lengkap dan duduk bersama para nabi dan rasul. Itulah orang yang beramal soleh
dan meninggalkan maksiat.
Mereka masing-masing tidak sempat melihat keaiban
orang lain kerana mereka sibuk memikirkan apa yang hendak dijawab dalam
perbicaraan nanti. Yang bersalah dan berdosa susah hati dan gelisah menyesal.
Sedangkan orang yang bertaqwa tenang kerana amalan mereka menjadi pakaian,
itulah pakaian taqwa.
Semoga Allah S.W.T memberkati kita hidup di dunia
dan akhirat, dapat bersama orang-orang yang beriman kelak.. Insyallah.
Rujukan : 600
Kemusykilan Agam Islam Jilid 2
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...