Sejarah Orang Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan
sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan
untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum
dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
·
Bangsa
Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori
Yunnan)
·
Bangsa
Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang
mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,
iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa
banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang
kukuh.
Teori Yunnan
Teori ini disebut oleh
beberapa cendikiawan seperti R.H
Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji
Omar. Secara umumnya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti
berikut:
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak
Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya
migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip
kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran
dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun
dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin
berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan
bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran
Yunan.
Teori ini
merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang"
orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori
ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi
tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto,
dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk
paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM
berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito
telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri
fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar,
berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke
Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban
yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk
tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai
Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali
sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak
pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro
merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada
1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran
berlayar.
Teori ini disebut oleh
beberapa cendikiawan seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga
Gorys Keraf. Secara umumnya, alasan-alasan yang menyokong teori ini
adalah seperti berikut:
1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa
mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat
dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang
Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di
Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan
pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa
(Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu
fenomena "ambilan".
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo
Wajakensis terdapat
di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya
kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni
berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang
ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Rujukan : Di ambil melalui wikipedia dan diubah
mengikut kefahaman
*rujukan ini berdasarkan pembacaan saya, jika ada kesilapan mohon semua memberi pendapat.
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...