Gambar sekadar hiasan
Dalam Sebuah
kitab karangan ‘Usman Bin Hasan Bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi,
seorang ulama yang hidup dalam abad ke
Хlll Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman yang
bermaksud: “Wahai akal menghadaplah engkau”. Maka akal pun menghadap ke hadapan
Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai akal
berbaliklah engkau!”, lalu akal pun
berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai akal!siapakah aku?” Lalu akal pun berkata: “Engkau adalah Tuhan yang
menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah”.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : “Wahai
akal tidak Kuciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau”.
Setelah itu Allah S.W.T. menciptakan nafsu, dan
berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai nafsu, menghadaplah kamu!” Nafsu
tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T. berfirman
lagi yang bermaksud : Siapakah engkau dan siapakah aku?” Lalu nafsu berkata :
“Aku adalah aku dan engkau adalah engkau”.
Setelah itu Allah S.W.T. menyiksanya dengan neraka
jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya.. kemudian Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah aku?” Lalu nafsu berkata
: “Aku adalah aku dan engkau adalah engkau”.
Lalu Allah S.W.T. menyiksa nafsu itu dalam neraka
Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud: “Siapakah engkau dan siapakah aku?” Akhirnya nafsu mengakui dengan
berkata : “Aku adalah hambamu dan kamu adalah Tuhanku”.
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan
sebab itulah maka Allah S.W.T. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini, dapatlah kita mengetahui bahawa
nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu mengawal kita.
Sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...