Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, July 22, 2013

Kisah Iblis Dalam Masjid

Gambar sekadar hiasan

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah S.A.W. pergi ke masjid, apabila Rasulullah S.A.W. hendak masuk ke dalam masjid maka baginda S.A.W. telah terpandang Iblis dekat pintu, lalu Rasulullah S.A.W. pun bertanya; “Wahai Iblis! Apa yang kamu buat disini?” berkata Iblis: “Sebenarnya aku  hendak masuk  ke dalam  masjid untuk menganggu orang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat orang yang sedang sembahyang ini”.

Kemudian Rasulullah S.A.W. bertanya lagi: “Wahai Iblis! Kenapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang, sedang dia dalam beribadah dan berbisik kepada Allah S.W.T. dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?”.

Lalu Iblis berkata: “Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu alim;kalau saya berjaya menganggunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya khuatir orang alim itu akan bangun dan segera memperbetulkan sembahyang orang itu”.  



Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan 

No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net