Rasulullah S.A.W.: “Wahai Iblis bagaimanakah
cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah?”
Berkata Iblis: “Ya Nabi Allah, aku mempunyai
beberapa tektik yang aku gunakan untuk menganggu makhluk Allah mengikut
keperluan semasa aku.
Pertama, bagi mereka yang bernama perempuan, aku
akan menaikkan nafsu syahwat mereka, supaya mereka merenggangkan kedua peha
mereka untuk lelaki yang bukan suaminya, sehingga mereka mengeluarkan
benih-benih yang salah ( menjadi anak zina ) yang dikeji oleh Allah”.
Larangan Allah tentang hal ini disebutkan dalam
Al-Quran;-
Yang bermaksud:
“Dan
janganlah mendekati perzinaan, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang
sangat keji dan juga perbuatan yang jelek sekali”.
[Surah
Al-Isra ayat 32]
Zina juga membawa kepada beberapa perkara sumbang
dan kejahatan serta penyakit rohani bagi sepelakunya, ini telah disebutkan di
dalam sebuah hadis nabi S.A.W. ;-
Yang bermaksud:
“Tiada
dosa yang lebih besar disisi Allah S.W.T. sesudah Syirik. Daripada titisan mani
yang dipancutkan dalam rahim yang haram baginya”.
[Hadis
Riwayat Ibnu Abiddunnia r.a.]
Hadis kedua menerangkan;-
Yang bermaksud:
“Jika
seseorang melakukan zina maka keluarlah Iman daripadanya bagaikan paying diatas
kepalanya, dan bila dihentikan zina itu barulah kembali Iman kepadanya”.
[Hadis
Riwayat Imam Abu Daud dan Al Bhaihaqi serta At Turmizi r.a.]
Hadis ketiga menerangkan;-
Yang
bermaksud:
“Awas
kamu kepada zina, kerana pada zina itu ada empat perkara ;
1. Menghapuskan kejernihan pada wajah
2. Memutuskan rezeki
3. Dimurkai oleh Allah S.W.T.
4. Kekal didalam Api Neraka
[Riwayat Imam At Thabrani r.a.]
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...