gambar sekadar hiasan
Dalam sebuah
hikayat diterangkan bahawa sesungguhnya Dzun-Nun masuk ke dalam Masjidil
Haram, dalam pada itu dia terpandang seorang pemuda yang bogel dan sedang
meraung sakit di bawah sebuah tiang, dia menangis sangat kuat dan bersedih,
melihat hal yang demikian maka Dzun-Nun
berkata: “Wahai anak muda siapakah kamu?” Maka berkata orang muda itu: “Aku
adalah pengembara yang sedang rindu”.
Kemudian orang muda itu pun menangis dengan kuat
sekali sehingga sampai ajalnya, maka Dzun-Nun pun membuka pakaiannya lalu
menutupnya dan dia keluar untuk membeli kain kafan untuk orang muda tersebut.
Setelah Dzun-Nun kembali maka dia terperanjat
apabila mendapati pemuda itu tidak ada lagi di situ dan dia berkata:
“Subhanallah”.
Kemudian Dzun-Nun
mendengar suara yang berkata: “Wahai Dzun-Nun, sesungguhnya pengembara
itu adalah orang yang dicari-cari oleh syaitan tetapi syaitan gagal bertemu
dengannya. Dan dia juga dicari oleh malaikat Malik tetapi malaikat Malik juga
gagal bertemu dengannya. Dan dia juga dicari oleh malaikat Ridhwan dari syurga
tetapi malaikat Ridhwan juga gagal bertemu dengannya”.
Lalu Dzun-Nun berkata: “Jadi dimanakah dia?” Maka
berkata suara itu: “Dia berada di tempat yang disenangi di sisi Tuhannya yang Maha
Berkuasa ( perhatikan Al-Quran dalam Surah Al-Qamar ayat 55).
Disebabkan
cintanya, serta banyak ketaatannya dan cepat dalam taubatnya”.
Masyallah……
Surah Al-Qamar Ayat
-55
“Ditempat yang sungguh
bahagia, disisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa
melakukan sekehendakNya”
Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Teladan
No comments:
Post a Comment
Tambah komen anda di sini...