Powered by Blogger.
Selamat Datang Ke Blog Mesra Ilmu [Pedoman Dan Tauladan]


Monday, July 15, 2013

Asal Usul Bahasa Melayu


Boleh dikatakan Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling mudah bagi setiap jenis orang untuk mempelajarinya. Tetapi setiap perumpamaan mereka yang mengatakan ini, perlulah kita mengkaji agar Bahasa Melayu ini tidak menjadi bahasa yang ketinggalan di masa akan datang.
Hari ini, mari kita cuba mengkaji asal usul Bahasa Melayu ini. Sumber utama pembacaan saya adalah melalui ensiklopedia bebas iaitu Wikipedia. Bagaimana pun, kita perlu mengkaji juga dari sumber-sumber yang lain. Ini permulaan penerangan saya sahaja.
Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Diantaranya ialah Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah dan sebagainya. Teori ini disokong oleh beberapa ahli sejarah dan bahasa, berikut merupakan kajian mereka.

R.H. Geldern
Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Beliau juga menemui kapak yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

J.H.C Kern

J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagascar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu, Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden

W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun.

E. Aymoneir, A. Cabaton dan Hamy

E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.

W. Humboldt

W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

 

J.R. Foster

J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

A.H Keane

A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

Slametmuljana

Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana berkesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia.

Asmah Haji Omar

Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya, asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Rujukan : Di ambil melalui wikipedia dan diubah mengikut kefahaman

*rujukan ini berdasarkan pembacaan saya, jika ada kesilapan mohon semua memberi pendapat. 


No comments:

Post a Comment

Tambah komen anda di sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Informasi Kartikel

Informasi Ping.busuk

 
SEO Stats powered by MyPagerank.Net